Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Raya ke 3 panas gila!!

Baru raya ke 3. Haruslah kita bercerita tentang raya. Alaaaa .. apa "kita .. kita" ni? La ni dok di Taiping, Perak haruslah kita bertukar menjadi 'Cheq' di sini. "Kita-kita" tu kat Johor jer. Hihihi.


Kat Tepen ni cuaca punyalah panas dari pagi. Cheq jemoq kain sat je kerin. Tadi cheq p beraya rumah Adik Ipaq cheq kat Kg. Matang Raja. Dah tak dak ketupat rendang. Licin sudah. Yang ada cuma Meehoon Tomyam. Tapi kat belakang rumah dia ada banyak pokok keladi, ada pokok ubi, ada banyak pokok ulam. Mak mertua dan asben cheq dok sebut pasai makan nasik dengan sayoq keladi. Kami pun terpaksa la masak nasik. Maka bermakan-makan lah kami untuk round yang ke 2. Asam pedas keladi, Ulam Kangkong, Ulam Pucuk Ubi, Sambal Belacan, Ikan masin kedera goreng, Ikan kembung goreng dan Air Roselle dari pokok sendiri.  Fuiiii .. dasyat depa ni. Dari main dish sampai la ke beverage, sume dari pokok sendiri. Tak yah nak p beli kordial jenama Sunquick kat Supermarket macam kita kat KL tu. Hebat kan diaorang? Hihihi.

Hmmm .. meriah betul raya. Dari Sg. Buloh ke Segamat .. dari Segamat ke Taiping .. berkilo-kilometer keta cheq p. Luas betul pandangan mata .. Lelap .. jaga .. lelap .. jaga .. sampai la tiba ke destinasi. Pesta lampu brek kat lebuhraya tersangatlah meriah. Eh .. Jalan persekutuan pun jem jugak la. Malam kelmarin masa cheq otw balik kampung mertua, cheq tengok Jalan Tanjung Karang menghala ke Kuala Selangor punya lah meriah dengan pesta lampu brek. Alahaiiii .. Sian kat depa, kan. Pukui berapa la depa sampai ke destinasi tu? Cheq rasa macam nak ambek "hailer" buat pengumuman suh depa patah balik sebab jem teruk. Tapi .. cheq bukan polis traffik. Cheq tak dak kuasa nak buat lagu tu. So, cheq bersimpati je la kat depa. Hihi. 

Eh .. OK lah. Selamat Hari Raya buat sesapa yang membaca entry cheq ni ye. Eh .. ada ke yang baca?? Ke cheq cakap sorang-sorang ni?? Apa-apa la ye .. asalkan bahagia. Hihi.







12 comments:

alexa yussida said...

selamat hari raya akk cyg:) aih ckp utara plak:)

♥NuR SyAFiQah♥ said...

kat kl pon panas giler

Gen2Merah said...

wah bagusnyaa.. kat tawai ni 3 hari raya asyik2 hujan je.. sukar nak gerak sana sini.. apa pun semoga berbahagia di aidilfitri

cikcloudy said...

salam lebaran... kat kota bharu pun panas gakss..

eliyaezlinalias said...

Kt ipoh pon panas sgttttt

Melati Qistyna's Mummy said...

Mmg panehhh, tp kt mersing ni rini br panas, ry pertama kedua, ujannnnn je


P/s: Ada ni cheq yg bc, hehehe

norh said...

Salam Aidilfitri kak chik :)

diana said...

kita selalu singgah kat matang raja tu kalau balik ke beruas..
kak chik pi umah sapa kat situ??

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

jauh perjalanan akak.pasti hepi kan

alinac lover said...

selamat hari raya kak~

missNick said...

Salam Aidilfitri kak chik....kat kelantan pun panas giler hari ni.....rasa mcm nk masuk bilik air x nak klua2 je huhu...

azzey said...

sy plak x dpt beraya ke tepen tahun ni coz cuti raya x lama..;)