Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Movie Review: Avatar 2 The Way of Water

Hai lovely readers,



After 13 years of its first release, Avatar 2: The Way of Water finally opens in theatres. I was so excited and watched it on the first day of its release with two of my favorite friends, Azy & Rayme.

When Avatar first hit theatres in 2009, we had never seen anything like it before. I still remember the beautiful calming forest, that glowed in the dark .. which touched my heart till now.

Avatar 2 : The Way of Water started with the world of Pandora (i want to be there!) where Jake Sully, Chief of Omaticaya, and Neytiri live happily with their 3 kids, Neteyam, Lo'ak, Tuk, their adopted daughter, Kiri, and a human boy named Spider, the son of Miles Quaritch who was born in Pandora and was unable to transport to earth.

Quaritch who was killed by Neytiri in the 1st Avatar was cloned into the Navi's body fitted with his template's memory before death and returned to Omaticaya for revenge. Aware of the danger and safety of his family, Jake and his family moved to Pandora's eastern seaboard where the Metikayan clan live. They were accepted by the clan and forged a new life at the sea (they are no longer the forest people .. so sad!).

It was not an easy journey especially for Jake's children but they finally made it, bonding very well with the sea life and the Metikayan's clan.

Unfortunately, Quaritch reached Jake and his family. Jake was left with no choice other than fight a difficult war against the human. Here comes the climax of the movie (the last 1 hour show) and it was severely fast paced (I love!). If you are watching it later, please do not even blink your eyes during the war scene (tapi sebenarnya i tutup muka during a few scene .. LOL)


My review about Avatar 2 : The Way of Water

  • the visuals are perfect, the storyline are strong but I guessed I walked in with too high expectations 
  • the movie is beautiful - the script reminds us of what is really important in life .. family, relationship and taking care of our world
  • it doesn't have the original 'wow' factor as we felt it more in the previous Avatar 
  • the best part of the movie is the world of pandora itself. The forest scene were beautifully done and the ocean shots blew my mind (but I love the Pandora's forest more)
  • the sinking vessel reminded me on Titanic.
  • i love Kate Winslet's act as Ronal, the pregnant warrior of Metkayina
  • When it comes to emotions, I am more touched with Avatar 1 .. more love, romance, sadness, happiness compared to Avatar 2 : The Way of Water.
  • Yes! There will be Avatar 3, definitely!





To Azy & Rayme who joined me watching Avatar 2 : The Way of Water, thank you! I love both of you and your accompany. I hope both of you enjoyed the movie too as much as I do.

To all my lovely readers, do not wait anymore. Quickly grab your handphone, book your tickets and make your way to the cinema soonest possible. 

Kacang pool sedap di Larkin, Johor Bahru

Assalamualaikum pembaca kesayangan,

Hujung minggu yang lalu Misz-ella ke Johor Bahru. Bila di Johor Bahru, haruslah cari kacang pool iaitu makanan popular di bandar Johor Bahru.

Kacang pool berasal dari Timur Tengah tetapi telah diolah resepinya mengikut citarasa orang Malaysia. Misz-ella memang suka makan kacang pool yang sangat popular di Johor Bahru ni.


Maka kami ke Restoran Kacang pool Haji untuk misi memburu kacang pool. Di Larkin ada dua cawangan kacang pool haji ni iaitu di Medan Selera Larkin dan di Jalan Dato Jaafar. Kami pergi ke Restoran Kacang Pool Haji yang terletak di No. 12 Jalan Dato Jaafar, Taman Dato Onn, Larkin Johor Bahru.



Masa kami sampai orang tak berapa ramai, senang parking. Sebaik kami duduk, pekerja restoran ambik order dan tak lama selepas itu, makanan pun sampai.  Alhamdulillah tak tunggu lama.



Kacang pool yang di idam-idamkan. MINE! Kacang pool diadun bersama daging kisar dan dimasak menggunakan rempah ratus. Dimakan bersama roti bakar dan telur mata. Serius sedap! Cukup rasa rempah ratus dan bila kunyahan terkena bawang dan hirisan cili hijau tu .. sedaps! Harga sekeping roti bakar tebal dan kuah kacang pool berserta telur mata ini hanya RM6.00.


Selain dari itu, Lontong Kering di sini juga sangat sedap. Nasi impitnya besar-besar, dihidang dengan kuah kacang, serunding kelapa, sambal goreng, rendang ayam .. hanya RM6.00 - macam-macam ada. Berbaloi lah!


Kak Yun makan soto. Dia cakap sedap! Rayme pulak order Lontong goreng. Lontong goreng agak sedikit tawar.



Secara keseluruhannya, makanan di Restoran Haji Kacang Pool semua sedap-sedap. Lepas ni bolehlah bersarapan pagi di sini tiap kali ke Johor Bahru. Ehh bukan sarapan je, nak makan tengahari atau minum petang di sini pun boleh.

So wahai pembaca kesayangan, kalau ke Johor Bahru, jangan lupa makan kacang pool yang sedap ni, k.

Ice Watch Light Up The Night Run 2022 - lebih berwarna warni dan 'sporty'


Hello pembaca kesayangan,


Masih ingat lagi akan kemeriahan ICe Watch Light Up The Night Run  (IWLUTNR) yang pernah Misz-ella ceritakan di blog ini beberapa tahun yang lepas?

Kalau tak ingat, sila baca blog Dari Jari-Jari Halusku ini berulang kali ye. IWLUTNR kembali lagi tahun ini buat tahun yang ke lima.


Mirzan Meer, Pengarah Urusan Time Zone Malaysia

Menurut Mirzan Meer, IWLUTNR 2022 bakal mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat dan lebih berwarna-warni serta 'sporty'.

Walau apa pun umur atau kemampuan anda, IWLUTHR 2022 10km dan 5km adalah untuk menjadikan seluruh keluarga aktif, sambil berseronok dan untuk meningkatka kesedaran di kalanga masyarakat tetang jenama kami


Peserta akan berlari dengan lebih bergaya dan penuh warna warni dengan warna-warna t-shirt pilihan seperti ungu, hijau, kuning, merah dan juga oren.

Acara larian jenama jam tangan dari Belgium ini akan diadakan pada 3hb Disember 2022 bertempat di IOI City Mall, Putrajaya. Larian pada waktu malam ye, pembaca-pembaca semua.



Peserta-peserta larian LWLUTNR 2022 boleh mendapatkan koleksi jam tangan ICE terbaru ini pada harga istimewa. Ada berbagai kategori yang boleh you all pilih ye. Antara nya :-

10km (Lelaki) - RM65.00
(12 tahun & ke atas)

10KM (Wanita) - RM65.00
(12 tahun & ke atas)

5km Fun Run (Open) - RM55.00
(5 tahun & ke atas)

VIP Slot (FREE ICE WATCH) 
10km Open - RM150.00
(Lelaki & Wanita)

5km Fun Run Open - RM150.00
(Lelaki & Wanita)



 



Aku ada. Aku sentiasa ada.

Kau jangan sedih, aku ada ~ Walau hanya sebaris ayat, besar makna nya. 

Take care ~ Meskipun lafaznya hanya dua saat, kesannya hingga ke hati.

Are you ok? ~ I will always appreciate those moments when you concern and care about me.

Kita tak sedar, kan. Kita tak sedar yang kita telah menyentuh hati seseorang dengan hanya sebaris ayat ringkas. Sebab tu kita kena selalu luahkan perasaan kita, besar maknanya pada orang yang menerima. Your words touched my heart. Thank You. 

Parti Pizza Hut Loooooooooooong Box dengan Coach Azy and The Good Vibes Tribe


Hai pembaca kesayangan,

Remember the pizza hut looooooong box pizza? Pizza istimewa sepanjang 1 meter, 3 perisa dari Pizza Hut! Kalau tak ingat, sila tekan link ini untuk refresh memory.


Pada 11 September yang lalu, Misz-ella repeat lagi loooooooooooong box pizza. Kalau dulu Misz-ella ber pizza parti dengan rakan-rakan bloggers dan media, kali ini Misz-ella ber pizza parti dengan dance buddies di bawah bimbingan Coach Azy.



Masing-masing teruja dengan keunikan loooooooooooong box pizza ni. Bukak je kotak .. Wow! .. Fitrah manusia, kita akan tergoda dengan phycial attraction dahulu. Dari mata turun ke hati .. rasa sedap ke tak?  tak tau lagi. Eheemmmm .. sabarrrr ..



Dengan lafaz Bismillah, kita makan. Amboi asyik dan khusyuk sungguh Coach Azy makan ye (well, food is sinful pleasure, anyway). Sekeping demi sekeping .. kami makan tanpa rasa guilty (sebab awal pagi tu dah ber cardio dance sejam bersama Coach Azy). Kita ni adalah spesis manusia yang enjoy lifestyle .. suka makan itu, makan ini, cuba makanan itu dan ini maka haruslah kita seimbangkan kehidupan dengan makan dan bersenam dalam waktu yang sama. Bak kata Coach Azy ~ Hidup kena sedap. Nak makan sedap-sedap kena lah bersenam. Tak tau macamana nak bersenam? Boleh cari Coach Azy di sini. Kelas Coach Azy best .. definitely you all akan burning calories and having fun! 

Dalam kelas Coach Azy, dia akan bawak korang pusing satu dunia - Bollywood? Dangdut? Latin? Arab? Lagu lama? Lagu baru? Ohhh K-Pop pun ada. Best! Best! Kalau kelas dia tak best, I tak pergi. 



All in .. all in .. we had a good times spending quality times together with Pizza Hut Loooooooooooong Box pizza. Tq so much Coach Azy sebab tolong co-ordinate parti ni bersama the good vibe tribe - Nat, Rayme, Diana, Zack, Sherry and Shameer. 

Thank You so much Pizza Hut Malaysia for sponsoring misz-ella.blogspot.com pizza party. That delicious, flavourful eye-cathching pizza won our hearts! Pizza Hut never fails to satisfy our tummy. We love it!



The hardest part is to say goodbye .. especially after a meet-up session full of love and laughter. So we adjourned for coffee. As usual, coffee makes lives better. Buat Misz-ella sendiri, kalau stress cari coffee, kalau happy pun cari kopi sampaikan aiman cakap "nak beli jiwa mama belanja dia kopi" Heyyy pandai ye Aiman .. you know your mom strength and weakness. Anyway, Aiman is right when he says Coffee is way to my mom's heart. Coffee touched my heart in many ways - memory keluar malam-malam minum kopi berdua dengan arwah Abah, memori buat kopi untuk arwah Abah (because mama dont take coffee). I always have mix feelings with coffee (ada masa sedih, ada masa lega, ada masa suka). To those people who touched and enlivened my life with coffee (termasuk lah arwah Abah), Thank You. Walaupun cuma secawan kopi, besar maknanya buat diri ini (rolling tears, bergenang airmata terharu)

Selepas beberapa jam spending time together, it's time to say goodbye to each other. GoodBye bermaksud Selamat Tinggal. Jauh di mata tapi I simpan diaorang semua dekat hati. Thank you so much for your time.














Bonda Fiesta Vaganza anjuran Bonda Rozita meriah!

 Hai pembaca kesayangan,

Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang kemeriahan karnival Bonda Fiesta Vaganza yang telah berlangsung di Rumah Hutan pada 1 hingga 2hb Oktober 2022 yang lalu. Misz-ella telah hadir ke karnival tersebut pada hari pertama dan ... wahhhh meriah you alls !

Bonda Fiesta Vaganza atau lebih dikenali sebagai BFV adalah hasil ilham Bonda Rozita Ibrahim, pengasas produk Sendayu Tinggi yang telah melebarkan sayap perniagaannya ke Jamu Ratu Malaya (JRM), DeRatu dan juga pemilik Rumah Hutan Bonda Rozita.

Well, siapalah yang tak kenal dengan Rozita Ibrahim, seorang wanita hebat yang sangat Misz-ella kagumi kerana kecekalannya membina empayar perniagaan dan mengharungi cabaran kehidupan. Bonda Fiesta Vaganza tahun ini merupakan karnival yang ke 2 selepas penganjuran pertamanya di tahun 2019.


Sebaik sampai, Misz-ella ke Barista Cafe dulu. Wow! terpegun! terpesona dengan keindahan dan kemewahan cafe di dalam hutan ini. Dari jubin lantai, tiang cafe, siling hinggalah ke lampu chandelier .. cafe mewah dengan dekorasi sentuhan Inggeris di tengah hutan .. menarik!


Ramai, kan. Kat Barista Cafe ni, ada Hot Latte yang sangat sedap dan dijual pada harga yang berpatutan. Rasa coffee kat sini setanding dengan rasa kopi jenama antarabangsa (I LIKE!)



Di sebelah Barista cafe ada Ixora Garden, khas buat mereka yang mahu menjamu selera dalam suasana 'outdoor' yang lebih santai. Masa Bonda Fiesta Vaganza tu, ada jual ABC madu tiga kat sini. Sedap!




Jalan masuk ke Rumah Hutan .. cantik, kan. Yang ni baru bahagian bawah atau kita panggil 'base' kat atas tu lagi cantik. Misz-ella sempat ke atas .. MasyaAllah .. di atas tu ada rumah-rumah penginapan bertaraf 5 bintang with beautiful landscape dikelilingi pandangan banjaran Titiwangsa yang sangat indah. I want to be there, again! Pasti Misz-ella akan berkunjung lagi ke Rumah Hutan ini.



OK dah puas ronda .. jom kita ke tengok apa ada di karnival BFV 22 ni. Wow! Ramainya orang .. ok kita skip dulu astaka ni.

Ada promosi produk Dapur Kayu Bonda. Sebelum beli, kita rasa dulu. Sedap sungguh karipap, cucur badak dan ikan lunak cicah air asam. Harga promosi memang sangat murah! Berbaloi membeli belah di BFV.

DeRatu adalah salah satu lagi rangkaian perniagaan milik Bonda Rozita yang fokusnya adalah fesyen muslimah serta produk kelengkapan rumah. Abaya import dijual pada harga yang sangat berpatutan, periuk tanah dan pelbagai barangan eksklusif hasil sentuhan Bonda Rozita dijual pada harga promosi yang buatkan para pengunjung pulang dengan gembira.


Di atas bukit tu, ada Warong Bonda. Misz-ella paling suka makan di Warong Bonda. Suasana di Warong Bonda yang dikelilingi kehijauan hutan semulajadi mendamaikan perasaan. Bagaikan syurga kecil jatuh ke bumi, Misz-ella jatuh cinta dengan ketenangan di sana.


Bonda dan menantunya, Datin Sri Shahida turut menjual barangan preloved milik mereka. Khabarnya mendapat sambutan yang hangat. Semua habis dijual.



Selain itu, pengunjung turut dapat menyertai beberapa aktiviti interaktif seperti majlis perkongsian, suka rakyat, explorace dan berbagai lagi. Bertuahnya kita kerana berpeluang mendengar perkongsian dari Bonda Rozita sendiri. Di mata Misz-ella, Bonda hebat kerana kecekalannya melalui setiap fasa kehidupan. Ketabahan beliau keluar dari kisah silam yang sangat menyakitkan seterusnya membina empayar perniagaan yang telah merubah status kehidupan. Betapa bangganya saya sebagai seorang wanita dengan kecekalan dan ketabahan Bonda. Bonda lah idola Ella. I want to be like you. Super .. superwoman!  



Akhirnya, pada lewat petang, barulah Misz-ella dapat jumpa dan beramah mesra dengan Bonda yang sangat Ella kagumi, hormati dan sayangi. Tahniah Bonda denga kejayaan Bonda Fiesta Vaganza yang sangat meriah. Tahun depan, kalau Bonda buat lagi Bonda Fiesta Vaganza ni, korang semua kena pergi sebab best gila!

OK Misz-ella dah habis berkongsi cerita. Terima Kasih pembaca kesayangan blog Dari Jari-Jari Halusku. Tulis sorang-sorang, baca ramai-ramai. Baru lah best! Bye.
























Merdeka kah kita?

Sedar tak sedar, kita dah sampai ke pertengahan bulan Oktober. Masa tak tunggu kita .. we get old just in a blink of eyes.



Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan ke 65 pada bulan Ogos yang lalu. Rakyat Malaysia bergembira. Malaysia yang merdeka dari dijajah. Malaysia yang bebas. Malaysia yang gah berdiri atas nama sendiri.


I had a good time celebrating Merdeka in a healthier way bersama-sama rakan kaki menari bersama Coach Azy di Mzone Studio, definitely a good way to de-stress.

Feel so patriotic bila Coach kesayangan ramai buat dance lagu merdeka. MERDEKA!



Lepas habis kelas, Coach Azy jamu kami dengan kek MERDEKA. Maka kami memerdekakan minda dari dibelenggu persoalan berapa kalori kah kek ini? (esoklah diet). Sedap gila kek tu. Tq Coach Azy!


Malamnya, bertemankan Azy, Rayme dan Zulfi, kami ke restoran Pier 12 Seafood Tavern. Makan, berbincang, bersembang,ber lawak jenaka dan ber gelak ketawa. Cuaca sangat cantik, langit bumi Malaysia tercinta berseri berlatar belakangkan Menara Kuala Lumpur yang sentiasa indah di pandangan mata. Bangganya kita menjadi rakyat Malaysia yang bebas ke sini sana tanpa ada rasa takut membelenggu diri. MERDEKA!



Sedap makanan di Pier12 Seafood Tavern. 

Bertuahnya kita sebagai rakyat Malaysia yang boleh makan tanpa rasa ragu serta was-was kerana kita tau status halal atau haram makanan di Malaysia. MERDEKA!

Kesimpulannya, betapa bertuahnya kita dilahirkan sebagai rakyat Malaysia yang MERDEKA. 

Persoalannya, betul-betul MERDEKA kah aku? Jauh di sudut hati masih ada bekas luka yang pedihnya masih sesekali aku terasa. Jiwa masih belum merdeka dari penjara yang aku cipta. Dinding-dinding penahan yang ku bina masih kuat mempertahankan jiwa agar tidak ditembusi. Bukan tidak mahu berdamai dengan takdir tetapi kisah silam masih memburui. Yes! Past is still following me hingga aku masih takut, curiga, dan ragu-ragu untuk bina jambatan baru. 

I am not sure whether my soul will be free. Aku lalu je tiap detik hidup ini dengan penuh ketabahan, kesabaran diiring doa agar aku sentiasa kuat. Semoga yang baik-baik sahaja buat Ella dan semua. Amin.