Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

PESANAN SELAMAT HARI RAYA.

Di masa bulan Ramadhan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari Raya di sambut dengan gembira

lalalalala ... 
*mood : happy*
Tapi happy happy pun .. Misz-Ella masih bekerja penuh harini.
Esok baru kita cuti.
Yeayyyy .... nak raya sangat-sangat dah ni ..

Kawan-kawan .. kita nak ucapkan Selamat Hari Raya. Maafkan saya andai ada Entry-entry di dalam Blog ini yang menyinggung hati dan perasaan kawan-kawan. Sekadar luahan hati dan emosi seorang Misz-Ella .untuk kenangan hari tua. Tak berniat menyakiti hati sesiapa. Tapi andai ada .. Sori eh. Kita mintak maaf banyak-banyak *sobs*

Lagi satu .. Hati-hati di jalanraya. Jangan lupa baca Doa Naik Kenderaan. Laju tak apa .. asalkan sentiasa berwaspada tapi kalo kena saman sendiri bayo ye .. jangan claim kat kita. Hehehe. Pastu .. Hati-hati dengan makanan best-best masa raya nanti. Jangan dera 'tummy' eh. Sian 'tummy' kena buli. Masa main mercun *yeayyy .. tak sabar dah* hati-hati tau .. takmo cedera sini sana. 

Selamat Hari Raya korang. Misz-Ella dah tak sabar nak peluk cium Mama dan Abah. Dah 'excited' nak bermaafan dan berhimpun dengan adik beradik. Dah terbayang keseronokan main bunga api dengan anak buah. Dah terasa-rasa keenakan Rendang Dendeng, Rendang Ayam, Kuah Kacang, Masak Lodeh, Rendang Cili Api, Ketupat Palas, Lemang dan Nasi Impit. Jari-jari halus Misz-Ella dah gedik nak menganyam ketupat. Phewwwww .. bestnya raya, kan.

Akhir kata .. Hargailah detik-detik emas bersama kesayangan *Mama, Abah, Adik Beradik, Anak, Saudara mara, kawan-kawan* selagi kita berpeluang merasainya. Uishhhh .. sentimental la pulak *mata berkaca*

Nasi Lemak & Ayam Goreng

'Round' ke 2 berbuka Nasi Lemak di bulan Ramadhan 2012 ni. Atas permintaan Anakanda tunggal kesayangan ~ Bila Mama nak masak Nasi Lemak lagi? Eh .. kan aritu Mama dah masak Nasi Lemak? Alaaa .. Nasi Lemak mama tu buat ari-ari pun tak pe. Aiman suka. Nasi Lemak Mama sedap. Mak aihhh .. bertepek le lemak kalo makan Nasi Lemak ari-ari. Hehe.

Sambal Nasi Lemak kita. Perghhhhh .. sedapnyaaaaa

Ayam Goreng dengan garam dan kunyit je

Ikan Bilis rangup dan Telur Rebus. Timun rangup tak da sebab Abah Aiman lupa beli*grrrrrr ..* 

Masa mula-mula bagitau Aiman hari ni nak masak Nasi Lemak, Aiman cakap Yeayyy .. mesti tambah-tambah Aiman makan nanti. Betul pun. Nasi Lemak Misz-Ella laku sungguh haritu.Berbaloi-baloi ahh masak Nasi Lemak untuk diaorang ni.

Agar-Agar Santan Perisa Pandan

Akhirnya .. di hujung puasa ni barulah berkesempatan masakkan Agar-Agar untuk Geng Makan. Diaorang lama dah mintak .. Misz-Ella yang tak free. Pagi ni .. selepas sahur Misz-Ella free kan diri. Janji mesti ditepati, kan .. Lambat tak apa janji diaorang merasa.

Seloyang Agar-Agar Santan Perisa Pandan buat Geng seperjuangan ~ Geng Makan, Geng Gossip, Geng Gelak, Geng Menangis, Geng Shopping. Akrabnya kami hingga bisa tidur sebantal makan sepinggan. Selepas hampir 20 tahun kenal rapat hati budi masing-masing, ikatan tetap utuh dan jitu seperti dulu. Senah, Fiza dan Lin ~ sayang korang ketat-ketat dan ketat*takmo lepas*

Wangiiii sangat Agar-agar ku ini. Rela ku korbankan masa tidur kerana menyiapkan Agar-agar buat mereka bertiga. Nasib baik diaorang suka. Diaorang suka .. Misz-Ella bahagia. Wahhhhh .. sastera la sangat, kan. Hehe.

Duit Raya, Kueh Raya 2012

Lagi 2 hari nak raya. 
Ramai yang dah mula bercuti*'mood' raya sudah mari*. 


"Angpow" raya dan Kueh Raya


Kenangan raya dulu-dulu. 
Auwwwww .. comelnya korang-korang bertiga ni ye. Dulu halus mulus ala-ala soyabean .. sekarang Danial, Amir dan Aiman dah bujang dan bertukar menjadi cincau .. tak lagi sesuci soyabean  .. gara-gara kulit expose bawah matahari. Seronok bila kenangkan masa kecil mereka .. times flies very fast .. and three of them remains best friend till now. Masa kecik-kecik dulu .. Aiman dengan Amir paling notty .. merangkak berdua main dalam almari. Terkejut kitorang terjumpa diaorang dalam almari baju Opah. Hehehe.  Dah dekat nak raya ni ... Aiman paling 'excited'. Tak sabar nak raya katanya. Nak jumpa sepupu .. nak balik Johor .. wahhh kau .. kau tak tau mama kau ni tiap kali nak raya mesti 'nervous'. Macam-macam nak buat .. banyak tempat nak kena pergi. Sg Buloh-Segamat-Taiping-Teluk Intan harus settled dalam masa 4 hari. Tiap kali raya penat. Tiap kali raya rasa nak pengsan. Tapi best!! Raya memang best, kan. Ramai dah mula wish Selamat Hari Raya. But for me .... tak nak lah wish korang sekarang. I want to save the best for last. Hehehe. By the way .. Selamat ber 'Emejing Res' menyiapkan persiapan Raya terakhir kita. Sapa-sapa yang belum shopping .. cepat-cepat sebelum terlambat. Ada masa lagi ni. As for me .. 90% settled. Tinggal seperkara dua sahaja. Yang penting .. i appreciate ketenangan jiwa dan minda yang ada sekarang ni. Tenangnya jiwa .. hanya Allah SWT yang tau. Hmmm .. got to go. Nanti-nanti kita cerita lagi. Mekaseh baca ye. Bye.


Tukang Gunting

My Girlfriend proposed  i become Tukang Gunting or dalam Bahasa Malaysia nya Puan Editor.
Meng edit atau menggunting hasil kerja ketuk keyboard seseorang sebelum dipublish?


Kauuu .. tingginya 'expectation'. Edit surat Boss dan Kak Senah (my assistant) boleh la. Edit kerja orang lain belum tentu.

Tetapi suatu fakta yang pasti ialah Kerjaya Si Tukang Gunting @ Editor, Tukang Gunting Rambut, Tukang Gunting Kain dan Tukang Buat Kueh Gunting jauh lebih mulia dari 'Gunting Dalam Lipatan'. Depan kita bukan main .. lembut gigi dari lidah .. senyum tak sudah. Belakang kita .. Nahhh ..tajamnya tusukan sampai rebah kau tak boleh bangun dah.

Kalau difikirkan .. lebih baik si Mulut Laser yang tembakannya berdas dan tepat tapi dia ikhlas. Cakap depan-depan bukan mengata di belakang. Si Gunting Dalam Lipatan depan bukan main lembut tapi dalam hati .. bergelodak macam-macam ada. Hipokrit sangatlah. Cukup lah sekali dua kena dengan orang camni.

Tapi kannnn .. dah dekat-dekat nak raya ni kan .. kalau ada masa buat kueh gunting pun best eh. Pastu buh dalam balang. Pastu sambil borak-borak kita makan. Krupp .. krappp .. krupp .. krapp .. bunyi dia. WaWaWa .. mentang-mentang dekat sangat nak raya dah .. asyik cite pasal raya ye.

"Mood Raya In The Air" gamaknya ye? Hehehe.




Nasi Beriani Fareed Line Clear

Rasanya sekarang ni ramai ibu-ibu sudah mula gantung periuk dan kuali. Ibu-ibu sudah mula bizi. Ibu-ibu sudah mula fikir itu ini untuk famili. Lalu bab makan-makan ibu-ibu mahu kedai makan aja uruskan. Ibu-ibu dah tak mahu lagi 'headpening' tapi mahu bikin raya 'happening' . Hehehe.

Di satu hari Ahad, Misz-Ella keluar rumah pagi-pagi sorang diri. Ada appointment kat Klang dari jam 10 pagi hingga jam 12 tengahari. Amboiii kauuu .. kemain appoinment .. dari pagi sampai tengahari!! Hehehe.

Pastu Misz-Ella balik rumah ambek anak. Ada appointment kat Sg Buloh Komuter jam 1 tengahari. WahWahWah .. appointment back to back. Dahsyat kau!! Jam 3 petang kereta CRV Misz-Ella sudah park nicely di 1Utama. Jam 5 gegas balik rumah untuk berbuka. On the way .. terbayang keenakan Nasi Beriani Fareed Line Clear yang pernah masuk Melodi dan Jalan-Jalan Cari Makan tu. Fareed, kawan lama yang Misz-Ella dan famili kenali sebelum dia meletop terkenal lagi. Makanya 2 bungkus Nasi Beriani satu lauk Ayam Madu dan satu Mutton Curry jadi hidangan berbuka kami. WaWaWa .. sedap. Sedap sangat-sangat. Hmmmm .. untuk famili kecik macam kami, kalau nak beria-ia masak Nasi Beriani lauk kambing dan ayam madu ni memang tak berbaloi .. beli aje lebih jimat. 

OK. Itu cerita hari Ahad. Untuk hari Selasa yang paginya matahari seakan bersedih tapi tengahari matahari panas senyum ceria ni, Misz-Ella nak masak masakan feveret anak kesayangan. Misz-Ella belum lagi nak gantung periuk kuali. Masih nak main masak-masak sorang-sorang di dapur sendiri. Yeayyy!!

Cerita Raya

Raya dah dekat. Dah dekat sangat-sangat. Jap-jap hepi. Jap-jap susah hati. Jap-jap sedih. Jap-jap gembira. 'Mood' raya macam-macam ada.

Eh jap .. Sebelum apa-apa meh kita Senyum pagi-pagi.
Senyum itu sedekah. Senyum itu ibadah. 
Senyum je la walau dalam hati macam-macam ada.

Rumah dah 'ditogelkan' malam semalam. 
Kita panjat sini .. dia panjat sana.
Kemas rumah secara berjemaah.
Tu baru tengah rumah. 
Dalam lagi? Atas lagi? Luar lagi?

*rasa macam nak joget-joget untuk bikin hati hepi*