Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

PESANAN SELAMAT HARI RAYA.

Di masa bulan Ramadhan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari Raya di sambut dengan gembira

lalalalala ... 
*mood : happy*
Tapi happy happy pun .. Misz-Ella masih bekerja penuh harini.
Esok baru kita cuti.
Yeayyyy .... nak raya sangat-sangat dah ni ..

Kawan-kawan .. kita nak ucapkan Selamat Hari Raya. Maafkan saya andai ada Entry-entry di dalam Blog ini yang menyinggung hati dan perasaan kawan-kawan. Sekadar luahan hati dan emosi seorang Misz-Ella .untuk kenangan hari tua. Tak berniat menyakiti hati sesiapa. Tapi andai ada .. Sori eh. Kita mintak maaf banyak-banyak *sobs*

Lagi satu .. Hati-hati di jalanraya. Jangan lupa baca Doa Naik Kenderaan. Laju tak apa .. asalkan sentiasa berwaspada tapi kalo kena saman sendiri bayo ye .. jangan claim kat kita. Hehehe. Pastu .. Hati-hati dengan makanan best-best masa raya nanti. Jangan dera 'tummy' eh. Sian 'tummy' kena buli. Masa main mercun *yeayyy .. tak sabar dah* hati-hati tau .. takmo cedera sini sana. 

Selamat Hari Raya korang. Misz-Ella dah tak sabar nak peluk cium Mama dan Abah. Dah 'excited' nak bermaafan dan berhimpun dengan adik beradik. Dah terbayang keseronokan main bunga api dengan anak buah. Dah terasa-rasa keenakan Rendang Dendeng, Rendang Ayam, Kuah Kacang, Masak Lodeh, Rendang Cili Api, Ketupat Palas, Lemang dan Nasi Impit. Jari-jari halus Misz-Ella dah gedik nak menganyam ketupat. Phewwwww .. bestnya raya, kan.

Akhir kata .. Hargailah detik-detik emas bersama kesayangan *Mama, Abah, Adik Beradik, Anak, Saudara mara, kawan-kawan* selagi kita berpeluang merasainya. Uishhhh .. sentimental la pulak *mata berkaca*

10 comments:

Peri PiA said...

selamat hari raya kc,mohon maaf andai ade salah silap

CT said...

laju2 xpe ya, saman bayo masing2...hahaha. slmt hai raya KC...

nurazzah8 said...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

buat Kak Cik sekeluarga

daripada
Kak Azzah & family
Shah Alam (belum balik kpg lagi ni)

auni shahira said...

selamat hari raya jugak....adoi...sedapnya rendang..hehehe

kakcik said...

Selamat hari raya Ella. Salam until Aiman Dan suami Ella ya.

Kakcik pohon ampun dan maaf untuk kata2 kakcik yang mengguris perasaan Ella sekiranya ada.

mama aini said...

salam aidil fitri KC..maaf jika mama ada melakukan kesilapan ..selamat pulang kekampung..

Anonymous said...

air suam said:
kak chik sy nk mntak mmaf atas sgala dosa silap sy kalo ade dgan kak chik trutama jika ada silap kata2 komen di blog k.chik.ktahuila kalo ade tsilap kata komen sy xsngaja. ampunkan sy maaf zahir & batin.selamat ari raya k.chik skeluarga, aiman jga ksihatan.. pastu k.chik bbaik2 la dgn 'kakak yg lbih tua' tu ek.. org yg mndulukan mntak maaf adlah yg lbeh mulia d sisi tuhan.. dua2 da tua so xperlula nk kras2 ati.. smoga raya ni lbeh bmakna untuk smua org..amin..

Denaihati said...

Sekali lagi selamat hari raya idil fitri n maaf zahir batin

kasihibu said...

salam lebaran KC...
kita pun mohon maaf andai ada terlanjur tertulis dan terkomen yang mendatangkan rasa di hati

Adzrien Shoppe said...

KC comel..