Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Al-Kisahnya Makan

Al-kisahnya makan ...

Sapa tak suka makan? Sapa suka makan? Sapa kuat makan?
Sapa yang suka makan tu .. meh sini Gimme Five *pap* Tampo skrin memasing je la ye. Hehehe.

Sapa kuat makan tu ~ Syhhhh .. *jari telunjuk di tengah bibir*


Al-kisahnya makan .. tetiba rasa berat macam dah bertambah.  Duk bunyi kat orang dalam rumah dia kata ... Tak da la .. biasa je.  Ermmmm .. baju i dah ketat ok .. tetiba i rasa cam tak best. cam tak selesa. So how?? Diet la jawabnya, kan.

Tu la kan .. bersenam beria pun if makan tak jaga memang tak nampak hasilnya. Just imagine .. u earn more calories than burning it.  Earn 2000, bako 600 je. Kesian, kan.  Just to share with you readers, exercise only contribute 30% from our total weight loss program.  Selainnya ialah Gaya Hidup dan antaranya termasuk lah 'Eat Healthy'

Hurmmm .. EAT HEALTHY katanya. Tekak Melayu Misz-ella dah biasa makan Sambal Tumis *forever feveret*, sesekali teringin Kari dan Masak Lemak Cili Api, Asam pedas kalau depan mata memang takkan tolak lah dan Ikan goreng, Ayam goreng dan semua gorengan yang lain adalah kesukaan saya. Pisang Goreng kalau tak dapat sedih you all .. Masa mengandungkan Aiman dulu kalau boleh tiap petang nak Pisang Goreng. Masa tu duk Apartment 5 tingkat dan rumah kitorang kat atas, Kalau laki penat tak larat nak gi beli sanggup Misz-ella turun naik tangga semata-mata kerana Pisang goreng dan bila keluar .... Alamak Pisang!!! Patut la den suko sangat pisang goreng .. Boboy rupanya baby ku itu. Ehhh ... apa kena mengena? Haha.

Tapi hakikatnya .. when Life Begin at Forty, banyak yang perlu kita jaga. Empat puluh tahun memanjakan 'tummy' menternak lemak sesuka hati. Terfikir tak? By the end of the day .. even kita makan kerana melayan selera dan kehendak 'tummy' yang manja .. sebenarnya tanpa 'Eat Healthy' kita memudaratkan diri sendiri. Kita develop cholesterol, kita welcome asik urik, kita semai lebihan gula dan akhirnya yang ada hanyalah PENYAKIT. Obesiti, sakit itu, sakit ini .. terfikir tak masa ni .. Kenapa la awal dulu aku tak jaga?

Dont stress with my statement ok .. sebab ini biasa. BIASA SANGAT. Jarang kita jumpa orang yang menjaga dari awal lagi. So jangan stress. Asal ada kesedaran, tak terlalu lambat untuk kita beri perhatian pada benda-benda camni.  Kita jaga makan bukan sebab kita nak kurus nak comel nak lawa tapi sebab kita sayang diri kita. Tu yang penting. Looking backwards, Arwah Abah meninggal sebab Serangan jantung mengejut. Masa hayatnya ada Kencing manis dan Darah tinggi. Mama pun tiap bulan ber 'check up' kerana Darah tinggi dan Kencing manis yang dia hadapi.  Family History very strong. So tak mustahil kami-kami mewarisi penyakit yang dikatakan berpunca dari 'genetic' jugak ni.

Aaaa dah. Dah macam Puan Doktor lak i ni ye.  Saja nak share dengan readers semua tentang perlunya ada kesedaran untuk menjaga pemakanan. EAT HEALTHY. HEALTHY LIFESTYLE. THINK POSITIVE. BE ALWAYS HAPPY.  OK dah takmo cakap banyak .. i believed Message Delivered to my beloved readers. Jom tengok gambar makan.

Sesekali ber 'steam boat'.  Steam boat is good sebab non oily.  But putting too much 'Ball' as the ingredients is not good.  Banyak bahan pengawet, banyak tepung. Not good for diet. Take more Vege, Fresh ingredients such as Slice Fish, Prawn etc.


I am a Sugarcraze but only for Desert. Desert/Pencuci mulut harus la manis, kan. Dah makan macam-macam marilah kita menutupnya dengan pencuci mulut yang manis supaya kita pun kekal manis. Hehe.  Putu Piring Misz-ella beli setelah diajak Adik Misz-ella si Az.  Dua hari berturut kami pergi ke tempat Abang ni.  Sib baik dapat di hari kedua. Lemak manis memang best. Take once a while only, OK.

Mak mana tak sayang anak.  When Aiman chosed KFC haruslah kita melayan kehendak si anak. SESEKALI. SESEKALI. SELALU-SELALU tak boleh eh. But one thing, KFC sekarang tak sesedap macam hok dulu-dulu. Tak tau kenapa .. 

Dia pun ada Hash Brown tapi tak sama macam McD. Tok leh sama la kan .. nanti kena saman. Misz-ella rasa biasa je .. Aiman cakap SEDAP LA Ma. Ermmm .. OK.

Ada satu malam Misz-ella keliru ~ Antara Tahu Bakar dan Rojak Buah dua-dua i nak. Tapi tak boleh tamak. Tak Boleh. Syaiton yang direjam punya angkara tu menggoda suruh ambik dua-dua. Lastly i chosed Rojak Buah Special. Dia tambah Sotong dan Tahu goreng dipotong RM7 dia caj. Rojak Buah RM7? Dah kau nak special .. bayo je la kan .. Yang special tu haruslah lebih bagus, berkualiti dari yang biasa-biasa aje. Ye dak? Haha.  This is not good for diet sebab kuahnya manis.  Kalau makan ni, make sure minumnya Air mineral sahaja.  Jangan kita tambah gula lagi ye.

I love Japanese Food and This Softshell Crab Salad is super delicious. Kalau nak komplen pun sebab Ketamnya masin.  Apa nak buat .. dah Resepi dorang gitu.

I love Fish dan ini ialah Salmon Teriyaki.  Bila ada perkataan 'Teriyaki' i knew  that this is sweet sebab Sos Teriyaki manis ye kawan-kawan.  Bila di Restoran Jepung ni, minum Green Tea je la jawabnya dah semuanya manis, masin .. harus la kita minum yang tak do rasa nak bagi 'balance', kan.

Salmon comel. Dalam ada nasik secubit. Ermmm .. ermmm .. kalau makan dua ketoi ni je untuk lunch boleh la kata diet, kan. Tapi yang ni cuma sampingan. Yang lain-lain tu 'main course' nya.

OK dah.  Settle with a little bit of sharing with my beloved readers in this 'Al-Kisahnya Makan' Entry.  A few tips .. kalau makan Laksa, lebihkan Timun, Salad dan Bawang .. Laksa buh separuh je. Kalau buat Mee Goreng lebihkan sayur sampai tak nampak mee nya pun tak apa.

Kalau berkemampuan, makan lah Beras Herba Ponni Taj Mahal yang kurang kanji .. gunalah Minyak Bunga Matahari instead of Minyak Kelapa Sawit. Kurangkan makan 'Bola-bola', Sausages dan yang seangkatan dengannya sebab banyak pengawet dalam tu.  OK ye readers semua.  I got to go already.  Thank you baca. Jaga diri ok. Bye.