Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Boyce Avenue Live in KL - 12th February 2015

Hello Frens.  Weekends is just around the corner *tomorrow Saturday !!* Yess!! So since weekend is approaching us let me share with you this light entertainment entry.

Have you heard of Boyce Avenue? Pernah dengar tak?


Boyce Avenue adalah Kumpulan Rock 3 adik beradik yang ditubuhkan di Sarasota, Florida.  Kumpulan ini akan mengadakan Konsert Boyce Avenue Live in Malaysia di KL Live Centre pada 12 February 2015. OK .. dah tengok Poster .. dah tau Konsert Boyce Avenue bila dan di mana .. lets know them more.

Boyce Avenue started their journey in the music industry on year 2004. Tiga orang ahli kumpulan Boyce Avenue adalah Daniel Enrique Manzano with his two brothers Alejandro Luis Manzano and Fabian Rafael Manzano.

Boyce Avenue produced their original songs as well as contemporary and cover version song on You Tube. They are also famous with the Acappella version of music which is very eye catchy.  Ermmmm .. i just love watching them on You Tube enjoying the song that they sang.  Sampai pejam-pejam mata menghayati petikan gitar dan suara sedap mereka.  Boyce Avenue  even collabrated with other You Tube artists such as Megan Nicole, Alex Goot, Fifth Harmony, Diamond White *just to named a few* and off course !! i paling suka gandingan Boyce Avenue with Fifth Harmony. Best gila!! Tak percaya? Cari dioarang di You Tube Sekarang!! Haha.  Seiously sometimes i feel lagu-lagu Cover version yang Boyce Avenue nyanyi lagi best dari penyanyi asal. Tehehe.


Good thing is Boyce Avenue will be performing Live in Malaysia on 12th February 2015 And

Yessssss ..

I've got my Ticket!!

Now dah excited dah.  Dah terbayang-bayang A romantic night with Boyce Avenue. They gonna sing the Acapella version of all the songs that i used to listened on You Tube sambil petik gitar. Wahhhh .. Best gila lah!! Tak sabar dah aku ni. Haha.



For those of you who want to watch Boyce Avenue Live .. grab your ticket now as the tickets is selling very fast.



And for those of you who has got the ticket, jumpa di sana. 12th February 2015, Thursday, KL Live Centre. I will be there and i hope to see you too. Byeeee.







5 Minutes Beauty Break. Jom Cantik!

I was having a tough time.
Banyak entry nak buat.
But ideas and feel was not with me at that time.
Tak best menulis tanpa jiwa.  Nanti tulisan tak da rasa. Baik korang baca Wikipedia je, kan. Haha.

Ketuk keyboard laptop ..
sambil menung panjang
And suddenly ....
Ermmm .. mekap lah *terjun katil laju-laju*

I took 5 minutes break to make over my bare face.

Products used :-
Bene Premium Rougeria Delicious Hair Repair Oil
Tinted Moisturizer spf 20 (Natural) by laura mercier
 Compact Powder, Eyeshadow and Lipstick by BeCreative Make Up
Dollywink Eyeliner
Maybeline Hyper Curl Volum Express Mascara
Maybeline Color Show Nail Polish
Shizens Lip Tatoo as my blusher

Thanks for the sponsored products. I love all except the lipstick colour macammmmm ... Merah sangat lah untuk makcik nih!! Haha. Tapi kan .. Ada nampak macam 20's tak? Tehehehe *perasan*



Hair Cut by Jannah Hair & Beauty Salon Puncak Alam.  Lokasi salon di Shop lot baru tepi Tesco. The salon are having an opening promotion such as Rebonding + Treatment at RM80 only. Murah, kan. Other services includes Facial, Slimming Massage, Urutan Tradisional, Urutan lepas bersalin dan sebagainya. Tel 012-9587177/017-2110677 for appointment. Oopss .. Ladies Only ya.

OK dah cukup stress release dengan conteng muka dan sembang dengan korang kat sini. Nak gi sambung buat keja. Byee.



Bene Premium - Bluria and Rougeria

Hai Readers ..

Kali ni Misz-ella nak 'share' tentang kewujudan satu produk penjagaan rambut jenama baru di pasaran yang didatangkan khas dari Jepun bernama Bene Premium.


Bene Premium adalah produk penjagaan rambut yang tidak mengandungi silikon, 100% Japan Made dan telah memenangi beberapa 'award'  kerana kebaikan dan faedahnya kepada pengguna.  Bene Premium didatangkan dalam 2 pilihan - Bluria dan Rougeria. Kedua-dua rangkaian produk ini dicipta menggunakan bahan-bahan semulajadi yang terbaik. Ianya bakal mengembalikan kesegaran dan keserian rambut yang rosak akibat dari penggunaan produk penjagaan rambut yang mengandungi silikon.

Apakah silikon?
Silikon adalah sejenis bahan yang digunakan di dalam kebanyakan produk penjagaan rambut untuk memberi kesan licin dan mengurangkan kekusutan rambut selepas bershampoo.  Penggunaan silikon dalam jangkamasa yang panjang menyebabkan peningkatan lapisan luar rambut seterusnya membuatkan rambut lebih berat dan mudah gugur serta mendatangkan kerosakan rambut pada jangkamasa panjang.

Penggunaan produk penjagaan rambut ber 'silikon' dalam jangkamasa yang panjang juga akan menyebabkan folikel rambut tersumbat seterusnya menyukarkan kerja-kerja pembersihan kulit kepala.

Menyedari masalah yang timbul berkaitan akibat dari penggunaan silikon, MoltoBene, jenama professional produk penjagaan rambut telah memperkenalkan Bene Premium Bluria dan Bene Premium Rougeria yang kaya dengan 'enzyme', tidak mengandungi silikon dan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang terbaik sahaja.



Kedua-dua rangkaian produk Bene Premium Bluria dan Rougeria.


Bene Premium Bluria 
Diperkayakan dengan 'Green enzyme'.  Dibuat dari buah Kiwi, Avocado dan Timun dengan tambahan 'Rhassoul (Morocco Clay)' dan disegarkan dengan wangian 'Bluria rose' untuk pembersihan dalaman kulit kepala.  Bene Premium Bluria didatangkan dengan set lengkap yang terdiri dari :-

Bene Premium Bluria Delicious SPA Shampoo - RM43.90/530ml
Bene Premium Bluria Delicious SPA Treatment - RM43.90/530ml
Bene Premium Bluria Delicious Spa Hair Mask - RM43.90/210gm
Bene Premium Bluria Delicious Spa Night Care Milk - RM43.90/115ml

Bene Premium Rougeria 
Diperkayakan dengan 'Red enzyme'.  Dibuat dari Tomato juice, Apple juice extract dan Carrot extract dengan tambahan Argan oil dan Apricot oil dari Morocco dengan wangian  Ros untuk menangani masalah kerosakan rambut.

Bene Premium Rougeria didatangkan dengan set lengkap yang terdiri dari :-

Bene Premium Rougeria Delicious Hair Shampoo - RM43.90/530 ml
Bene Premium Rougeria Delicious Repair Treatment - RM43.90/530ml
Bene Premium Rougeria Delicious Repair Hair Mask - RM43.90/210gm
Bene Premium Rougeria Delicious Repair Hair Oil - RM43.90/40 ml

I have tried Bene Premium Rougeria for 1 week and i tell you .. it has a very delicious smell .. seperti rambut dicuci dengan buah-buahan segar.  I will share my experience with them soon. 

Sekitar Majlis Pelancaran Bene Premium
At the first look i jatuh cinta with the packaging. It is 100% designed and Japan made using the Japan technology. Its so beautiful and exclusive. Dah habis nanti sure sayang nak buang botol, kan. Cantiklah!!

Sharing Session by the Hair Expert


The Group Photo of the Key Personel of Bene Premium.

The Bene Premium Bluria and Bene Premium Rougeria range is available exclusively in selected Watsons outlet nationwide.  

For more info on the product, kindly visit  here and here.










Berhenti Merungut. New Haircut. Exercise with Orang Muda dan Orang Lama.

Ada kala kita lupa nak bersyukur. Kita merungut. Kita tak puashati. Laki balik kerja lambat, bising sana sini. Tak dapat barang idaman .. poom pamm poom pamm kat laman FB.  Bersyukurlah .. sekurang-kurangnya kita ada jugak laki. Ada orang masih single sampai sekarang tau. Ada orang tak berkemampuan lantas dia tidak ingin langsung mengidam .. sebab dah tau .. takkan dapat .. sebab poket tak berkemampuan untuk mendapatkan barang idaman.

Bersyukurlah. Our life is not that bad actually. Cuma natijah manusia itu sendiri sentiasa tidak berpuashati, asyik merungut dan lupa mensyukuri anugerah Ilahi. Berhentilah Merungut.


Get my new hair cut done at Jannah Hair & Beauty Salon, Puncak Alam last weekend. Macam best je the way Ain cut and blow my hair. This newly open Salon in Puncak Alam is using a ceramic made hair iron yang tidak merosakkan rambut penggunanya and the best thing is the service is very cheap. I paid RM25 for wash, cut, blow and iron my hair. Dalam keadaan ekonomi sekarang tersangat lah tidak praktikal untuk berbelanja tidak tentu hala so saya tak pergi Salon yang mahal .. yang ni pun jadilah asal hati suka. Tapi sebenarnya dari dulu pun memang tak pergi Salon mahal berstar-star .. dari dulu lebih suka support Usahawan kecil yang for me still the service is not bad at all. Even its only RM25, lawa jugak Misz-ella, kan. Haha.  OK muka polos tak da lipstick. Susah betul nak suruh pakai lipstick ni semua. Memang dasar pemalas la kau Ella. Hehe.

Cardio exercise with Adik and my son Aiman. Amboi orang muda .. lari Marathon korang ye atas Threadmill .. tercungap-cungap Mama kejar. Hehe. Last time i hate Gym. Hate. Benci sangat-sangat but now you can see my face here everyday .. burning my calories and working out my body with my Coach, Man. Tiap hari i burn 600 calories thru Cardio, then we continue with weight training and i leave the Gym only after burning thousands of calories. Ada hari boleh cecah 2000 calories. Thanks Coach for your guidance. We can't do it without you sebab bukan mudah angkat besi-besi berat tu .. nak pulak untuk yang dah 40's macam i ni. Teknik kena betul, pernafasan kena jaga, tenaga dan disiplin kena ada, ketahanan fizikal dan mental kena kuat. Its not easy .. its painful .. a lot of hardwork .. it takes so much of our time .. i spend 3-4 hours at the Gym on each visit. Sakit satu badan but that doesn't stop us. I'm happy cos 'jamming' at the Gym has become one of my family activity. Its great to workout with your own family .. helping, motivating and supporting each other during the tough time. 

Now i realised, Gym exercise banyak mendidik dan mengajar i erti kesabaran dan ketahanan. Unlike floor exercise that i practised all this while, activity at the Gym lebih mencabar fizikal dan memerlukan kekuatan minda. At times you rasa penat, you sakit, you want to give up and stop but Come on .. sikit lagi .. you can do it - motivation and support from my Coach and my geng make me move even logiknya mana mungkin peha kecik aku mampu menolak beban 80kg and Coach said 80kg is only a start .. the weight will increase as you improved. OhMyyyy .. lepas ni flying kick, side kick, back kick sume i boleh kot sebab kaki sudah terlebih kuat. Haha. Ada masa kita rasa nak ponteng .. sebab badan sakit tapi semangat yang kuat buat Tayar CRV bergolek ke Gym ni. 

Morning exercise with Mama, one of my Kaki Gym friend. OK yang ni lebih rileks .. kita kayuh pelan-pelan tak yah 'rushing' cos she is 54. I want to be like her .. terus jaga kesihatan dengan bersenam walau cucu berderet kat rumah. Dont be surprise at times her performance is better than us especially angkat beban yang berat-berat tu. Misz-ella terkial-kial berkerut-kerut muka tapi dia rilek dan senyum je mengangkatnya. Kuat sungguh dia and Me? They called me Mak Yong cos i sangat lemah lembut even masa tengah angkat besi. Entah bila la si Ella ni nak nampak ganas!! Haha.

I'm sad lah. I was hurt and sad with a few incidents recently. But frustration, sadness doesn't bring me down.  I woke up instead dan terus melangkah. No one want to be a failure in life, I do not want to erase your name from my heart but you forced me to, i dont like to be rejected after everything has been finalised but you turned me down *sooo many things happened* but apa lah daya aku untuk menolak semuanya .. but God is fair. There is always a rainbow after the rain. Pagi aku sedih malam aku senyum hepi. Alhamdulillah. Tu pasal dalam hidup kena selalu positif, kena selalu bersyukur .. kurangkan merungut dan bunyi ketika sedih .. then God will reward you more. Kadang-kadang kita fikir itu yang terbaik untuk kita tapi sebaliknya. We planned but His plan is the best for us. The good things arrived and balance up my life ~ Bitter in the beginning and sweet like candy at the end. Alhamdulillah *smiling*.

Ok bye. Esok ada Entry best. Its about a new product that i have just discovered and i want to share with my readers here. Esok datang lagi baca ye. Bye.








Julies Hershey's New Cookies


Siapa suka makan biskut? Biscuit is always the easiest, fastest and express way to feed our empty tummy.  Saat terkejar-kejar .. tak perlu banyak masa .. just ambil se pek dua dan lari ke kereta ..start enjin dan mula la mengunyah.  Sampai tempat tujuan 'little tummy is already happy nak pulak if its being fed by delicious Julie's Hershey's New Cookies.

Julie's a famous biscuits brand in Malaysia by Perfect Food Manufacturing Sdn Bhd has been hand-picked by The Hershey Company (Hershey) for the new collabration, which was launched recently in Malaysia before expanding cross Asia.

Julie's cookies are specially baked with love which in result will bring smiles in every bite. It has 6 various flavours and each cookies carries its own distinct flavour.  I tried all and mmmmm .. memang senyumlah lepas gigitan demi gigitan sebab rasanya adalah sangat sedap. Ber bite-bite Misz-ella makan.
The 6 variant of the Julie's Hershey's New Cookies
Kesemua 6 perisa sudah berada di pasaran sekarang and my favorites among all goes to Julie's Hershey's Chocolate Chip Oats Cookies. Hanya RM7.90 sekotal dan boleh didapati di mana-mana pasaraya sekitar tempat anda.

Me and blogger friends during the launching


Bloggers with Mr Martin Ang, Director of Perfect Food Manufacturing during the launching.



Yeahhhh .. Its Julie's !!

Smile In Every Bites with Julie's Hershey's 


Mr. Martin Ang during the lauching. It was a beautiful, casual and happy Luncheon date with Julie's .. and most importantly accompanied with the delicious Julie's cookies for us to bite while chatting and listening.

Julie's Hershey's New Cookies is available at all Supermarket in Malaysia now at a very affordable price. Dengar khabar sambutan sangat menggalakkan so readers lets get yours now. Sedap oo .. you wont regret every bites. 

For more Info, kindly visit here.


Angkat Besi, Cycling, Sup Sayur. Vit C ... Contact Me.


Hari Khamis malam Jumaat.  My energy level ada sikit drop lepas 3 hari makan-makan dan bersantaian di Kelantan.  So Misz-ella tak jogging tapi Catwalk atas Threadmill dan ber 'Mak Yong' masa 'cycling'.  Jauhhhh si Ery and Umi left me. Pegi la korang ber kilo-kilo meter di depan ku ..nanti i follow you. Haha.

Hari Jumaat malam Sabtu .. bigger cycling group at the Gym. Yeahhhh lets kayuh together. Sambil kayuh sambil gelak ketawa.  Exercise is fun if betul caranya, kan but seriously this class is very intensive with 80kg loads to push on my thighs and malamnya aku naik tangga macam orang dalam pantang. Haha.

Kesakitan badan yang tidak menghalang kami dari terus bersenam so hari Sabtu malam minggu exercise dengan anak-anak.  Lets do it Boys.  Mari amalkan Gaya Hidup Sehat bersama-sama, k. Mama pun hepi sebab bersenam dengan 'Bodyguard' kesayangan hati. Yeahhh angkat besi. Good thing i started to improve .. Coach is happy with my performance.  All records break .. tonight i burned 1200 calories. Haihhh .. kurus la aku tak lama lagi. Hehe

Sup Sayur tanpa Nasi my dinner lepas bersenam kat Restoran Mamak bawah Hari2 Mau Gym Fasa 3 Puncak Alam. Feel Good after exercise and look forward to look good with exercise. 

After almost 20 years with exercise, it has become my lifestyle.  Can't live without it. 

At the same time jangan lupa jaga kesihatan dan kecantikan.  Vitamin C Pahang Pharma kesukaan ramai Misz-ella dah top up.  Harga masih Rm70 plus pos. Jom cepat kol/Whatsapp Misz-ella kat 016-6223138 sebelum kehabisan. 




Contact Misz-ella. KL-KB-KL 3H/2M.

Hello readers ..

I understand some of you are looking for me untuk dapatkan Info-info pelancongan. Please email me at kakchik_ella@yahoo.com or message/whatsapp me at 016-6223138.

By the way, Misz-ella baru pulang dari Kota Bharu dan Jerteh, Trengganu. Kalau balik kampung belah Abah ni .. makan-makan adalah perkara yang tak dapat dielakkan.

Ikan Bakar Kak Zah di Cempaka .. aduihhh tersangat lah sedap rasanya.

Bila bosan Misz-ella ambik gambar. Haha.

Nasi Kerabu feveret Misz-ella .. yang ni paling sedap .. Restoran Kak Ros di town KB sebelah Agro Bank dan Wisma KWSP. Sedap sampai teringat2. Dulu mama cakap Kc suka makan Nasi Kerabu ye? Elok la .. awet muda makan ulam banyak-banyak camtu. Ahaaaa .. now dah tau kan satu lagi sebab kenapa saya Awet Muda - Nasi Kerabu!! Tapi jangan terkejut ... harga makanan di Kota Bharu sekarang dah mengalahkan KL.

Sempat tempah Congo Bars dari DJ Shaz, Hot.fm Kelantan. Thanks Wani .. even Kc order last minit tetap Wani buatkan. Thanks Moza tolong hantar kat Kc ..  waktu tu Kc dah kat Wakaf Cik Zenab makan Nasi Kukus di Restoran Zakini. Sedap la makanan kat Kelantan ni .. tu pun Misz-ella tak sempat gi makan Nasi Paku, Nasi Ulam. Tapi kan .. lepas ni tak tau berapa jam Misz-ella kena berlari dan angkat besi untuk burn kalori-kalori tu. Masa makan tak ingat .. Haha. Short trip to KB .. seronok dapat melawat saudara mara di sana .. seronok dapat jumpa kawan-kawan di KB even esoknya muka macam Zombie sebab sembang sampai jam 3 pagi. Seronok dapat balik ke Pdg Luas melawat Mama Su dan famili. Tapi tak puas .. 3H/2M memang tak cukup untuk kami. I love Kelantan .. bangga kerana darah Kelantan mengalir di dalam diri ini. Ok bye .. nak menguruskan hal si Aiman .. rindu anak bujang ku. Echewahhh 3 hari je .. macam 3 tahun tak jumpa. Mama bab 'love-love' ni memang over, kan. Hehe.

Ikan Stim,.Kerabu Suhun



Ikan Stim dan Kerabu Suhun .. dimakan begitu sahaja tanpa nasi lepas bersenam.  Tempat makan .. Restoran Nadia, Puncak Alam. Sedap makan kat sini. Markah penuh 5/5 Misz-ella bagi. Echewah .. tetiba aku jadi Juri makanan.
 Haha.

Senam Berjemaah

Seronok bersenam.
Nak pulak secara berjemaah.
Lagi bagus kalau ada Personal Instructor yang guide.
I'm very lucky .. punya kawan-kawan yang ada minat yang sama.
Dan sekarang tambah hepi .. sebab Aiman dah start follow me gi Gym.
My adik beradik, my mum .. semua suka bersenam. Alhamdulillah. We choose Gaya Hidup Sihat. Untuk kesejahteraan tubuh badan dan kesihatan.

Burned 309 calories, 5.37km on Threadmill.  Percaya lah i paling tak suka disuruh berlari. But in Gym, i have to. Sekarang dah OK .. dah mula suka dan cinta. Dah mula rasa hari-hari mau ke Gym.

309 calories is not enough! Sambung lagi 160 calories, 10.67km cycling.   Pun tak suka sebenarnya 'cycling' ni .. tapi sekarang dah ok .. dah mula enjoy. Dah boleh cycle sambil rilek. Dulu-dulu cycle itu stress!! Haha.


There was one day i burned 300 calories, 45 minutes, 20km cycling. Penat. But fun. Exercise always give me good feeling.

Run with Iklil anak kepada my fren Umi. Seronok bila bersenam ramai-ramai.

There Aiman my son. Dia dah start ke Gym. Yess !!

Aiman and his friend Aliff. Seronok kan exercise. Main 'weight' memang best .. dengan syarat mendapat bimbingan dan tunjuk ajar dari Coach yang betul tapi penatnya mengalahkan Misz-ella 'aerodance' 2 jam tapi memberi kepuasan yang berbeza.  Sesetengah peralatan sangat 'tough', sangat menyakitkan tapi sangat menyedapkan tubuh badan.  I love exercise. Jom kawan-kawan kita bersenam. Untuk kesejahteraan dan kesihatan tubuh badan. Jom.




Hari Mak Keluar

A day out with Girlfriends.
Semuanya mak-mak.
Misz-ella memang lasak.
Keluar masuk shopping mall ..
Berjalan berjam-jam ..
Itu biasa for me.

After lunch kat Kenny Rogers Roasters, kita hang around jalan-jalan .. then Coffee at Starbucks. Can't live without coffee  .. i am a Caffein addicted. Tak minum Kopi i sakit kepala and i am such a traditional person .. walau minum Kopi di Kedai berbintang-bintang, tetap Kopi Kampung bertakhta di hati. Hahaa.

Suka la Tripod Fish Eye ni .. macam ambik gambar dalam gua je  .. tapi yang ni milik Umi, gonna get one for me soon.

What are you looking in friendship?
My answer :-
1. Sincerity
2. Sincerity
3. Sincerity
4. Jujur dan Ikhlas

You dont have to be rich. You dont have to be beautiful to be my friend. You just have to be sincere, nice and kind.  Sahabat yang baik sentiasa menyokong satu sama lain .. bukan manis di depan tapi di belakang pahit bak hempedu.  My darling Umi said A good friend is like a Bra - Close to your heart and support you tight.  Make sure Bra yang berkualiti ye .. baru kuat supportnya. Haha.


The Food that makes our tummy happy that day

Karaoke Session.  Both my girlfriends memang pandai nyanyi. Me? Umi kata .. Kak Ella ni nyanyi lembut. Lembut eh? Lembut ke aku? Lembut macam Mak Yong dorang kata. Haha .. Mak Yong kauuu .. jari runcing liuk melentik itulah aku.  Lembut  internal, rasanya. But i guess i tak la lembut mana sebab Aiman kata if Mama marah korang lari dulu. Ermmm mengikut tafsiran orang tua .. saya bersifat angin. Angin menyamankan orang sekeliling tatkala dia panas .. tapi bak kata Mama .. Jangan ada hal. Angin sepoi-sepoi bahasa tukar jadi puting beliung then betullah cakap Aiman .. semua orang lari
 Ok .. malu dengan diri sendiri *tutup muka*

Found Syamin Jasmi Lagi Dan Lagi dalam List of Song at Redbox The Curve. Layan sorang-sorang cos my girlfrens donno what song is this .. *sila cari di Youtube*. Ohhh akak suka Microphone tu akak sorang yang conquer *gila kuasa*

Lasak tak lasak .. penat tetap penat especially for 42 years old mommy like me. But all are controlled by our mind. I love spending quality times with my kesayangan. Family, closed friends .. bertuahnya korang kerana memiliki aku .. cos i love you all very much sincerely from the deep of my heart. Tak plastik, tak pura-pura, tak hipokrit. Tak. Tak reti nak berlakon pura-pura baik tapi belakang kata mengata.  Malah heran tengok gelagat-gelagat mereka. Mmmm .. dah penat merayap sampai rumah pun dah lebih 12 malam. Rehat and the next day ngopi and lunch together lagi. Begitulah Al-kisah bila mak-mak keluar bersama. Sekian Entry kenangan untuk hari tua kami. Tq baca. Okbai.






Kerabu Suhun di Restoran Nadia. Spagethi Ayam


OK jom kita jaga pemakanan.  Alang-alang dah bersenam, kita jaga sekali pemakanan, baru betul-betul sihat tubuh badan, kan.

Kerabu Suhun di Restoran Nadia, Puncak Alam sangat sedap. Orang kata Jangan Pandang Rupa .. Yesss .. memang betul. Restoran biasa-biasa rasa sangat luar biasa. Di Restoran Nadia, Singgang Ikan, Kerabu Suhun, Tomyam dan lain-lain masakan sangat best dan sedap. Warga Puncak Alam sila lah terjah .. tak menyesal punya lah.


Spagethi Ayam Misz-ella cooked for family. Ini menu paling cepat .. ready in 20 minutes. Satu tungku rebus Spagethi .. satu tungku masak Kuah. Zasssss .. siap .. jom kita makan. Rasa? Mmmmm .. sedap la jugak i masak. Hehe. Senang je .. tumis bawang besar + tomato yang dicincang .. masukkan Sos Spagethi jenama Kimball .. campur sedikit Cili Sos .. masukkan daging cincang + Ayam yang dipotong kepingan halus .. dah sebati semua korang rasa la .. cukup semua tabur Mixed Herbs tutup api dah boleh makan dah. Sekejap dan senang .. yang penting my family loves Spagetthi. Bila sebut esok nak masak Spagethi .. semua hepi. Alhamdulillah. Masak-masak for family is alway the best lah., Tinggal lagi kau rajin atau tidak, kan. Ok Bye .. Happy tummy nak rest dah ni. TQ baca ye. Byeee.

Butterfly Beauty Box -Dolly Wink Eyeliner, Maybeline Lip Balm and Maybeline Nail Polisher

Today i play with lines.

Fine line, sharp line, thick line, thin line, curve line .. its all about lines and i used Dolly Wink Eyeliner to make a perfect lines ... WINK!! *kenyit mata*

Its so much fun to play with the Dolly Wink Eyeliner .. its easy to handle, very fast dry, and the sharp edge of the eye pen makes a perfect line. 

Dolly Wink Eyeliner is part of the items in the Butterfly Beauty Box.  With Dolly Wink Eyeliner i now have a very perfect eye line. Sangat kemas, senang diurus, cepat kering menjadikan solekan mata lebih mudah dan tidak mencomotkan.

More lines with Dolly Wink Eyelier. Yeayy!!

The other item is Maybeline Baby Ice Colored Lip Balm - Electro Pop. Lip Balm ini berperisa Watermelon dan diperkaya dengan 'shea butter dan vitamin E'. Bibir lebih lembap bila menggunakannya dan yang Misz-ella guna ni ialah Pink Shock in colour. Waaaahh shocking pink gitu. I dont really like the colour sebab terlalu terang for me. Tak cukup confident untuk pakai warna yang menonjol ni lah. Haha.

Lagi satu barangkan kecantikan di dalam Butterfly Beauty Box ialah Maybeline Color Show Nail Polisher - Pink Voltage 010. Ada banyak jenis pengilat kuku di pasaran sekarang termasuk lah yang jenis Sticker .. tampal di kuku dah tak nak pakai cabut buang. I am not sure whether Nail polisher ni kalis air atau tidak sebab Misz-ella gunakan pengilat kuku ni waktu tak boleh Solat. Its very pink in colour *i used double layer* so feminine sangat kewanitaan gitu. Hehe. Yang pastinya Nail polisher jenis ni sangat cepat beku dan kering so sila sapu cepat-cepat untuk elakkan kuku kita comot. Lagi satu sangat senang nak tanggal .. lets say if you dont like the colour, sebelum kering just take a tissue and wipe-off. Confirm tertanggal terus. Senang, kan.

Yeahhh .. thats the one. I dont like .. shocking pink is just too much for me .. i prefer natural colour. Natural natural ni memang jiwa i la kan. Haha. Ok .. dah review semua ... tak da apa dah nak cerita. Bye readers. Tq baca.