Hello readers ..
Seperti biasa, Misz-ella paling suka kalau dapat berkongsi tentang apa-sapa sahaja aktiviti kecergasan dan entry ini Misz-ella tujukan khas buat mereka-mereka yang bersendi kuat dan mampu menaiki 2,058 anak tangga Menara Kuala Lumpur. Jom kita baca sama-sama dari mula sampai habis ye.
Acara ‘KL Tower International Towerthon Challenge’ kembali lagi buat kali ke-16 pada Ahad,
14 Mei 2017. Acara yang diadakan setiap tahun ini bakal memberi peluang peserta menguji kekuatan fizikal dan mental dalam usaha untuk menawan puncak Menara Kuala Lumpur. Tahun ini, ianya bertemakan ‘Let’s Be Victorious’ bakal menyemarakkan
lagi demam SUKAN SEA KE-29 KUALA LUMPUR 2017.
Peserta akan memulakan perlumbaan di kawasan parkir terbuka Menara Kuala Lumpur dengan berlari mendaki bukit sejauh 800 meter sehingga lah sampai ke lobi Menara Kuala
Lumpur. Seterusnya, mereka perlu menyambung perlumbaan dengan memanjat 2,058 anak tangga dan akan berakhir di Dewan
Bankuet Megaview yang terletak 288 meter dari aras bumi.
“Sejak penganjuran kali pertama pada tahun 1998, rekod terbaik yang dicatatkan oleh
peserta lelaki Malaysia setakat ini adalah 11 minit 56 saat, manakala peserta wanita
Malaysia mencatatkan masa terbaik 14 minit 51 saat. Kami berharap peserta tempatan
pada kali ini akan lebih kompetitif untuk memecahkan rekod yang tercipta sebelum
ini”, kata Encik Meor Shahril Anuar Ahmad Rathuan, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara
Kuala Lumpur Sdn. Bhd.
“Istimewa pada edisi tahun ini, ia diadakan sebagai acara sokongan untuk
menghangatkan lagi bahang SUKAN SEA KE-29 KUALA LUMPUR 2017.
"Satu kategori baru turut diperkenalkan tahun ini iaitu Kategori Selebriti. Pihak Menara Kuala Lumpur akan mengundang selebriti yang meminati sukan lasak dan ingin mencabar diri untuk
bersama-sama menawan puncak Menara Kuala LumpurIni bermakna, pada tahun ini,
terdapat 9 kategori yang akan dipertandingkan”, tambah beliau lagi.
Setelah 16 tahun penganjurannya, acara berprestij ini telah menjadi acara sukan lasak
utama Menara Kuala Lumpur dan ia bertepatan dengan aspirasi Menara Kuala Lumpur
untuk mempromosikannya Menara Kuala Lumpur sebagai destinasi Kebudayaan (Culture),
Aktiviti Lasak (Adventure) dan Alam Semulajadi (Nature).
Peserta mestilah berumur 13 tahun dan keatas.
Yuran penyertaan ‘Pendaftaran Awal’ (Early Bird) -
sebelum 31 Mac 2017 untuk peserta dewasa ialah RM65.00, pelajar sekolah ialah RM30.00
dan peserta dari luar negara ialah RM90.00 dan percuma bagi peserta kelainan upaya (OKU). Tarikh tutup penyertaan adalah pada 5 Mei 2017.
Pelbagai hadiah lumayan dan menarik boleh dimenangi para peserta, dimana secara
keseluruhannya bernilai RM48,500.00. Rekod Masa Terbaik bagi individu lelaki dan wanita
Malaysia juga akan memenangi wang tunai tambahan sebanyak RM2,000.00 setiap
seorang.
So kepada para peminat acara ‘KL Tower International Towerthon Challenge' dan buat mereka yang ingin merasai pengalaman menawan Puncak Menara Kuala Lumpur, mari kita daftar hari ini. Ambil telefon anda sekarang dan cepat-cepat dail 03-20205448 / 03-20205499
atau layari ww.menarakl.com.my atau (berapa banyak 'atau' daaaa .. hehe) sila LIKE Facebook Menara Kuala Lumpur di sini.
0 comments:
Post a Comment