Hello pembaca budiman ..
Siapa suka makan Ayam? Saya! Siapa suka Ayam panggang Ayamas? Saya!! Wah .. wah .. wah Misz-ella, sendiri tanya .. sendiri jawab ye. Tapi sejujurnya Misz-ella dan keluarga memang peminat Ayam panggang Ayamas terutamaya "Percik Roasters" .. Kalau makan, berebut-rebut sampai licin pinggan.
Bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang
ke-60, Kedai Ayamas menjemput para pelanggan untuk menikmati ayam panggang
Roasters pada harga yang luar biasa!
Promosi yang berlangsung “hanya satu hari
sahaja” memberi peluang untuk pelanggan berjimat besar apabila mereka membeli dua ekor ayam panggang Roasters
pada harga RM31.80 sahaja! Promosi ini hanya akan berlangsung pada Hari
Kemerdekaan Malaysia "31/08", dimana ayam panggang Roasters dijual
pada RM31.80 untuk dua ekor ayam (harga biasa RM23.50 satu ekor).
Pelanggan boleh memilih dari pelbagai ayam
panggang yang tersedia iaitu Golden Roaster – diperap dengan madu untuk rasa
Ayamas sebenar, Pepper Roaster – dicipta khas untuk penggemar lada hitam dan
Percik Roaster – dengan citarasa santan dan serai beraroma. (Yeay !! "Percik Roaster" kegemaran Misz-ella sekeluarga pun ada)
Promosi eksklusif ini boleh didapati pada
31 Ogos 2017 sahaja, di semua kedai Kedai Ayamas (kecuali Ayamas Roaster
Express GM Klang) sementara stok masih ada.
Jadi jangan lupa jom kita beramai-ramai ke Kedai Ayamas berdekatan dengan kita di hari Merdeka ini. Misz-ella pun dah bagitau budak-budak .. Merdeka ni kita makan Ayamas sebab ada promosi 2 ekor Ayam Panggang RM31.80 sahaja. Murah sangat tu weih .. lebih murah dari harga Ayam Panggang Dalam Mesin Pusing di Paya Jaras tu. So korang pun jom lah .. sama-sama kita menikmati ayam panggang Ayamas pada harga istimewa di hari merdeka ini. Berbaloi-baloi, lah!
0 comments:
Post a Comment