Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Raya dengan BFF lah. Ehh .. Raya lagi ke?


Raya dah habis tapi .. Misz-ella dan BFF terlajak meraikannya. Well .. kalau nak jumpa kawan rapat atau BFF, tak perlu tunggu Hari raya, kan.

Maka kami pun buat persediaan untuk berjumpa kerana rindu kami semua sudah setinggi Gunung Kinabalu yang berada di Sabah tu ha .. dan kami sangat berbesar hati sebab Fiza sudi tumpangkan ruang rumah beliau sebagai tempat pertemuan kami.


Dalam hidup kita, selain dari keluarga dan sanak saudara, sahabat atau teman rapat sangat penting. Orang kata, berkawan biar seribu, berkasih biar satu. Pepatah lama yang dah tak praktikal di zaman ini kerana saya tak ramai kawan tapi saya punya ramai kekasih yang saya gelar kesayangan dan saya ukir nama mereka dalam hati supaya saya takkan lupa pada mereka sampai bila-bila dan mereka ini lah .. Fiza, Rosnah dan Sarina yang merupakan sebahagian dari kawan rapat bertaraf kesayangan.



Kerana rindu, ke rumah cantik Fiza di Puncak Jalil kami pergi, meredah trafik jem di hari Sabtu .. Dalam hidup kita, Allah akan uji kita dengan pertemuan demi pertemuan. Mana yang baik, maka berpanjanganlah ukhuwah kita .. mana yang tidak baik, kita jauhkan diri tapi jangan sampai benci.

Misz-ella dah kenal diaorang dari zaman anak dara lagi, masa tu kami sama-sama bekerja di Malaysian Petroleum Club, Bangunan Dayabumi. Gaduh, sentap sini sana itu sememangnya asam garam sebuah persahabatan tapi paling penting dalam sebuah persahabatan ialah hormat menghormati, jujur, rasa sayang dan setia sesama sendiri. Bila berjumpa macam ni, segala kenangan manis kita rungkai bersama .. sampai kami semua menangis menitis airmata gembira. Ditambah pulak dengan masakan sedap Fiza, tak sedar berpinggan-pinggan kami makan!



Terima Kasih Fiza, Rosnah dan Sarina kerana menerima Misz-ella seadanya .. minah rambut karat yang suka pakai skirt tapi dia orang kesah apa sebab yang penting kita tengok isi, bukan kulitnya. Kulit cantik (luaran) tapi dalaman (hati) tak baik apa gunanya, kan. Pada akhirnya, bukan kerja kita menghakimi sesama manusia kerana itu milik Allah SWT.

Dah lebih dari 20 tahun kita berkawan rapat .. Moga persahabatan ini kekal hingga ke cucu cicit kita nanti. Tak sabar nak tengok siapa bakal bermenantu dan bakal menyandang gelaran Nenda nanti .. Misz-ella kah? Fiza kah? Ke Rosnah atau Sarina? Macamana lah rupa cucu kita, kan. Semoga panjang umur kita semua dan semoga Allah SWT rahmati persahabatan kita, kekalkan rasa kasih sayang dalam diri kita. I pray for more years of our friendship together. OK bye dah habis cerita. Terima kasih baca ye.


0 comments: