Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Pelancaran Anlene Heart-Plus™ bersama Dato' Sheila Majid


Hello pembaca-pembaca kesayangan,


Baru-baru ini Misz-ella berpeluang ke majlis pelancaran Anlene HEART-PLUS, produk susu tepung baru yang diformulasikan untuk membantu menjaga kesihatan jantung berikutan dari statistik tahap kesihatan rakyat Malaysia yang membimbangkan.




Majlis pelancaran yang diadakan di Nexus@Connextion, Bangsar, Kuala Lumpur turut dihadiri oleh duta Anlene® Dato’ Sheila Majid, Professor Dr. Chee Kok Han, Pakar Kardiologi Hospital Universiti Malaya dan Puan Megawati Suzari, Pengarah Pembangunan Produk Fonterra Brands Malaysia.



Majlis pelancaran ini turut diselitkan dengan sessi perkongsian ilmiah dimana Sheila, Dr. Chee dan Puan Megawati berkongsi fakta serta tips amalan gaya hidup sihat untuk menjaga 3 Tinggi - kolesterol, tekanan darah dan tahap gula dengan Anlene HEART-PLUS™.




Menurut Dr. Chee, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi serta tahap gula darah yang tinggi, yang dikenali sebagai 3 Tinggi adalah faktor risiko utama untuk penyakit tidak berjangkit, dan merupakan punca kematian lebih kurang 73% rakyat Malaysia. Penyumbang terbesar pada jumlah ini adalah penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok.






Dr. Chee berkata: “Hampir satu daripada dua rakyat Malaysia mempunyai kolesterol yang tinggi, hampir satu daripada tiga mengalami tekanan darah tinggi, satu daripada enam mengalami diabetes Jenis 2, dan hampir satu daripada empat pesakit jantung berumur kurang daripada 50 tahun.” 

“Golongan dewasa perlu lebih berwaspada dan menjaga 3 Tinggi ini dengan mengamakan gaya hidup sihat untuk kesihatan jantung yang lebih baik,” tambahnya lagi.



Karen Ong, Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia dalam ucapan aluannya berkata, "Fonterra komited dalam menghasilkan produk tenusu yang bukan sahaja lazat tetapi meningkatkan tahap kesihatan pengguna. Sejajar dengan misi ini, kami telah membawa Anlene® menjangkau lebih daripada aspek pemakanan untuk tulang"




"Bermula dari tahun lepas, kami telah menambah MoveMax™ ke dalam formulasi Anlene® untuk menjaga bukan sahaja tulang, tetapi membantu menjaga aspek pergerakan seperti sendi dan otot. Tahun ini, kami memperkenalkan Anlene HeartPlus™ yang merupakan gabungan MoveMax™ dan HeartMax™, bagi membantu menjaga kesihatan jantung disamping menyokong  pergerakan,” tambahnya lagi.


Gabungan nutrien HeartMax™ termasuklah Sterol Tumbuhan, Omega 3 (DHA & EPA), dan kalium, dengan kebaikan-kebaikan seperti berikut:

Sterol tumbuhan untuk membantu mengurangkan kolesterol dalam darah

Kalium membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
Asid lemak Omega 3 membantu mengurangkan trigliserida atau lemak dalam darah

Formulasi Anlene Heart Plus juga telah diuji dan mengandungi Indeks Glisemik yang rendah* yang mana ianya penting dalam membantu mengurus tahap gula dalam darah.

Bersetuju dengan nasihat Dr. Chee, Karen berkata walaupun cara pemakanan yang betul merupakan permulaan yang baik, golongan dewasa Malaysia juga perlu melakukan aktiviti fizikal secara kerap untuk menjaga kesihatan jantung yang lebih baik.

“Oleh itu Anlene® memilih untuk bekerjasama dengan ratu jazz kesayangan Malaysia, Dato’ Sheila Majid, untuk meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan jantung dan gaya hidup yang sihat,” kata Karen.



Sheila dalam sessi perkongsian beliau berkata: “Bukan mudah untuk kekal aktif selama 32 tahun berkecimpung dalam industri muzik ini dan pada masa yang sama perlu memberi perhatian kepada keluarga, terutamanya dua orang anak saya yang masih bersekolah. Anak-anak, keluarga serta rasa sayang pada diri sendiri adalah antara faktor utama saya ingin sentiasa sihat. Untuk terus melakukan apa yang saya inginkan, saya harus kekal aktif dan amalkan diet yang seimbang untuk kesihatan dan kesejahteraan diri saya.”




Sheila turut menggalakkan rakyat Malaysia, tua atau muda untuk bersama-sama mengamalkan gaya hidup sihat dan mula menjaga kesihatan jantung serta 3 Tinggi mereka. Lakukan senaman secara konsisten, amalkan diet seimbang dan minum dua gelas Anlene Heart-Plus setiap hari supaya kita dapat terus melakukan apa yang kita sukai” tambah Sheila lagi.

Dr. Chee bersetuju dengan pendekatan Sheila dan menasihatkan semua agar melakukan pemeriksaan jantung tahunan untuk menjaga tahap kolesterol, tekanan darah dan gula dalam darah. Kekalkan berat badan yang sihat dengan menjaga indeks jisim badan (BMI) supaya berada di antara 18.5 dan 24.9 serta mengawal stres. Ini boleh dilakukan dengan amalan gaya hidup sihat yang betul iaitu melalui menjaga pemakanan dan bersenam dengan konsisten yang mana ianya juga dapat membantu menjaga 3 Tinggi kita!




Anlene Heart-Plus kini boleh didapati di kedai-kedai utama di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai Anlene Heart-Plus dan tips menjaga jantung yang sihat, layari Facebook Anlene Malaysia di www.facebook.com/AnleneMalaysia dan laman sesawang di www.anlene.com.my.




Misz-ella pun dah mula amalkan meminum  Anlene Heart-Plus™ ini 2 gelas sehari. Misz-ella peminat setia Sheila dari kecil lagi dan kagum dengan keupayaan beliau yang boleh menyanyi, menari selama lebih dari 2 jam tanpa henti. She is 50 but her energy .. fuhh .. Misz-ella yang lebih muda ni rasa malu nak sorok muka dalam baju *hehe* 

Pengajarannya, kita semua tak boleh mengelakkan penuaan kerana ia akan hadir secara semulajadi tanpa kita sedari tapi kita boleh mengawal penuaan dan kekal cergas dan sihat dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti Sheila ~ kawal stress, bersenam dan amalkan pemakanan yang sihat termasuklah dengan mengambil Anlene Heart-Plus™. 


We can avoid that Lifestyle disease ~ kata Sheila. So pembaca budiman, semoga perkongsian Sheila ini menjadi inspirasi kepada kita semua agar sentiasa kekal sihat, aktif dan bertenaga walau meningkat usia. Jom kita amalkan gaya hidup sihat dan jangan tunggu lagi .. Mari dapatkan  Anlene Heart-Plushari ini.

0 comments: