Hello pembaca budiman,
Ingat lagi perkongsian Misz-ella tentang Rock Solid Pink Walk & Run 2017? Kalau tak ingat, sila tekan BUTANG INI untuk refresh memory you all ye.
Seawal jam 5 pagi di pagi Ahad, 30 Julai 2017 Misz-ella dah bangun dan bersiap untuk ke Padang Merbuk, Kuala Lumpur bagi menyertai Larian amal yang bertujuan untuk meraih dana bagi Kempen perangi keganasan seksual di kalangan kanak-kanak. Amboi Ella .. kalau kerana nak berlari, gigih kau bangun awal, kan .. *hehehe*
Selepas senam aerobik sebagai pemanasan badan, pelepasan peserta bagi kategori larian 10km telah dijalankan. Sebaik siren berbunyi, amboi ... bersemangat mereka lari dan Misz-ella hanya mampu gigit jari kerana kali ini, Misz-ella memilih untuk berjalan santai sahaja bersama peserta-peserta serta VIP yang lain sambil 'mingle-mingle' bersama mereka. Ye! kali ini Misz-ella sertai acara jalan santai 2Km sahaja *rekod paling singkat Misz-ella, kan .. hehe*
Rock Solid Pink Walk & Run 2017 disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat, agama dan bangsa dan pelbagai lapisan umur. Seronok tengok satu keluarga berjalan bersama sambil pimpin tangan. Memang itu sebenarnya motif pihak penganjur, Yayasan Rizqah dan Puteri Umno, untuk memupuk kasih sayang sesama kita sambil meningkatkan kesedaran dikalangan peserta tentang pentingnya kita menjaga dan melindungi anak-anak kita dari menjadi mangsa penderaan seksual.
While they walked with their family, Misz-ella berjalan kaki bertemankan rakan-rakan blogger dan sambil-sambil tu kita ber selfie dan pantang nampak bangunan cantik .. Ehhh .. jom kita ambik gambar. Cantik betul Menara Kerja Raya ni, kan.
Rock Solid Pink Walk & Run 2017 adalah Larian interaktif dimana para peserta perlu melalui 4 checkpoint. Di setiap chekpoint tersebut, peserta berpeluang untuk menyertai Kuiz dan membawa pulang cenderahati/buah tangan jika mereka menjawab soalan dengan betul. Misz-ella turut sama menyertai Kuiz tersebut .. soalan-soalan yang diberikan kepada kami semuanya berkisarkan tentang asas kehidupan ~ Do's and Dont's dan bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai murni dikalangan masyarakat muda, khususnya agar menjadi manusia yang berakhlak mulia. Ehh .. bukan yang muda sahaja, yang tak berapa muda macam Misz-ella pun turut perlu diingatkan jugak, tau .. *hehe*
Mimi, Rania, Misz-ella dan YB Datuk Mas Ermieyati
Acara jalan santai ini turut disertai oleh YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang juga merupakan Ketua Puteri UMNO Malaysia. YB sangat cool .. sambil jalan, sambil beramah mesra dengan peserta dan sangat sporting bila diajak berselfie bersama kami.
Turut bersama kami di pagi yang indah itu ialah Encik Amjad Rabi, Timbalan Perwakilan UNICEF Malaysia bersama ahli-ahli UNICEF yang lain.
UNICEF atau nama panjangnya United Nations Children's Fund adalah sebuah program oleh United Nations (UN) beribu pejabat di New York City yang menyediakan bantuan kemanusiaan dan pembangunan kepada anak-anak dan ibu di negara-negara membangun dan merupakan ahli kepada Kumpulan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Ditubuhkan pada tahun 1946, misi UNICEF kini disertai oleh lebih dari 200 negara termasuklah negara kita Malaysia.
Antara aktiviti interaktif yang turut mendapat perhatian dari wakil-wakil UNICEF dan peserta-peserta yang lain.
Route/laluan yang dipilih untuk Rock Solid Pink Walk & Run 2017 ini sangat menarik. Sedikit berbukit .. kebetulan pagi itu matahari sangat cantik dan kami melalui laluan hijau dimana pokok-pokok besar disepanjang jalan, bangunan-bangunan kerajaan yang cantik menjadi terapi mata kami semua dan udara bersih lagi segar melengkapkan lagi quality time kami di pagi itu.
Cantik, kan pemandangan ..
Sambil berjalan, sambil berhenti untuk menyertai aktiviti-aktiviti interaktif yang disediakan kepada peserta semua.
Rock Solid Pink Walk & Run 2017 bukan lah seperti larian biasa yang Misz-ella sertai sebelum ini kerana nya dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti ilmiah yang boleh dimanfaatkan kita semua.
Dan ada juga games yang untuk peserta-peserta semua .. Heyy! Misz-ella menang tau kat sini. Tiba-tiba i terasa sangat muda bila main game dengan anak-anak kecil ni *hehehe*
Di penghujung Kilometer 2 .. wooots .. ada Water Station! Ketibaan kami disambut senyum manis oleh petugas-petugas di sini .... air kak .. air .. Ini betul-betul satu kejutan kerana kami jangkakan tiada water station buat peserta jalan santai 2KM kerana kebiasaannya, water station hanya ada di KM3 pada larian biasa. Terima Kasih pihak penganjur kerana prihatin!
Dan akhirnya, kami semua berjaya sampai ke garisan penamat .. samada 2KM atau 10KM, itu tidak penting kerana yang penting kami berada di sini kerana misi yang sama ~ menyokong Kempen menentang keganasan seksual terhadap kanak-kanak. Anak-anak kita adalah masa hadapan negara. Kalau kita tak lindungi mereka, siapa lagi, kan?
Sambil-sambil tu, ada jugak acara sampingan lain yang turut disediakan penganjur ~ Face paint pun ada ..
Oopss .. maskot Sukan SEA pun ada. Jom kita foto!
Elana, Misz-ella dan Harlida ~ Terima Kasih Harlida yang menguruskan Pengurusan Media dan memberi peluang kepada kami agar turut bersama-sama memeriahkan Rock Solid Pink Walk & Run 2017 ini. It was fun! Seriously fun! Berbaloi kami tinggalkan tilam empuk dan bantal peluk untuk bersama-sama dengan yang lain menyertai acara ini.
Akhirkata, Misz-ella nak ucapkan Tahniah kepada Yayasan Rizqah dan Puteri Umno di atas usaha murni dalam menjalankan Kempen menentang keganasan seksual terhadap kanak-kanak ini. Juga kepada peserta-peserta dari pelbagai lapisan umur, bangsa, agama yang datang seawal pagi demi menyertai larian amal ini. TOGETHER .. WE DID IT! RAN FOR A GOOD CAUSE!
OK Misz-ella dah habis berkongsi pengalaman manis Misz-ella dan rakan-rakan menyertai Rock Solid Pink Walk & Run 2017 ini. Terima Kasih baca. Jumpa lagi di lain entry, ok. Bye pembaca-pembaca kesayangan!
0 comments:
Post a Comment