Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Jom raikan Mooncake Festival dengan mooncake keluaran Resorts World Genting

Hello pembaca budiman,


Tak lama lagi, masyarakat Cina di Malaysia akan meraikan Mid-Autumn Festivals (perayaan pertengahan Musim Luruh). Ini adalah antara perayaan yang popular dikalangan masyarat Cina di Malaysia  dimana kaum keluarga dan rakan-rakan akan berkumpul bersama-sama makan Mooncake dan minum Chinese Tea disaat bulan penuh dengan dihiasi tanglung berwarna-warni.

Senang cakaplah .. Its Mooncake Festivals!! Misz-ella tumpang seronok bila Mooncake festival tiba sebab .. dapat makan Mooncake ataupun kuih bulan!! Masa ni lah supplier akan hantar berkotak-kotak mooncake yang halal untuk Misz-ella enjoy dengan keluarga. I love mooncake and I am happy the mooncake festival is back!!


Bersempena dengan kedatangan Mooncake Festival, Resorts World Genting tak ketinggalan untuk meraikannya dengan menyediakan pelbagai pilihan mooncake dan tanglung-tanglung cantik.


Buat pengetahuan pembaca semua, masa Mooncake Festival ni lah semua pusat membeli belah, restoran dan gerai-gerai akan meriah dengan pelbagai resepi baru kuih tradisional masyarat Cina ni. Masing-masing akan tampil dengan resepi baru yang lebih kreatif bagi meraih perhatian pembeli. Misz-ella pun turut teruja sama masa mula-mula Mooncake durian keluar dulu *hehe*

Di Resorts World Genting, pelbagai pilihan mooncake menanti para tetamu. Bermula 19 Ogos sehingga 4 Oktober nanti, penggemar mooncake boleh membelinya di Garden Courtyard (Tingkat 1, pusat beli-belah SkyAvenue), antara pukul 12 tengah hari hingga 8 malam.
Kios khas menjual mooncake turut disediakan di Wisma Genting iaitu di OneHub (bersebelahan kaunter tiket Resort World Tours) dengan pelbagai pilihan yang pasti membuka selera kita. Pembelian boleh dilakukan dari 11 sehingga 29 September (kecuali pada hujung minggu dan cuti umum) dari pukul 11 pagi hingga 4 petang.

Pelbagai perisa baru mooncake diperkenalkan oleh pihak Resorts World Genting untuk tahun ini. Antaranya adalah mooncake putih dengan pes beri biru, pes teh hijau dengan bijan hitam jingsa, pes jagung manis dengan satu telur kuning, pes jed pandan putih kastad susu mentega, pes buah naga bersama kelapa jingsa dan pes teratai berperisa teh pu er dengan jingsa oren mandarin kering. Wow .. macam-macam ada. Menarik, kan!
Tidak dilupakan juga beberapa jenis mooncake kegemaran ramai iaitu pes teratai putih kurang manis, pes teratai dengan satu kuning telur atau dua kuning telur, pes kacang merah, pes teratai teh hijau, pes jed emas dengan satu kuning telur, pes teratai durian, pes kacang “Ng Yan”, pes teratai putih dengan telur kuning bijan hitam serta pes pu er teratai bersama satu telur kuning.
Kuih bulan Dewa Kekayaan pula boleh didapati dua biji dalam satu paket. Lagi banyak kita beli lebih untung kerana setiap pembelian 50 kotak (satu kotak mengandungi empat biji) diskaun sebanyak 30% akan diberikan. Setiap pembelian empat biji mooncake pula, pengunjung akan diberi kotak perhiasan secara percuma. 
So, penggemar-penggemar mooncake, kalau nak dapatkan sekotak dua buat dijadikan buah tangan ataupun untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan semasa perayaan Mooncake Festival tahun ini, jangan lupa dapatkan nya dengan menghubungi +603 6101 1118 atau lawati www.rwgenting.com.



0 comments: