Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

KFC Spicy Sawadee Crunch - Sedapnya Seperti di Thai!

Hello peminat-peminat Ayam KFC!!

KFC Malaysia ada menu baru untuk anda semua. Kali ini KFC Malaysia memperkenalkan sensasi rasa terbaharu untuk penggemar-penggemar ayamnya iaitu KFC Spicy Sawadee Crunch!

Memandangkan pengaruh Thai sudah sebati dengan citarasa rakyat Malaysia, maka melalui promosi KFC Spicy Sawadee Crunch ini, KFC  Malaysia gabungkan sentuhan manis, masam dan pedas bersama ayam KFC Hot & Spicy kegemaran ramai khusus buat pencinta KFC dan makanan Thai di luar sana.

Hidangan promosi masa terhad, KFC Spicy Sawadee Crunch membawakan gabungan harmoni dengan citarasa Thai sebenar hanya daripada RM13.50. 

Ayam empuk diperap dengan adunan Hot & Spicy KFC lalu disalut dengan campuran herba dan rempah Thai sebenar serta digoreng hingga keemasan pasti menjanjikan pengalaman istimewa dengan kesedapan seperti berada di Thai.



KFC Spicy Sawadee Crunch boleh didapati di dalam kombo 2 ketul dan 3 ketul ayam. Kedua-dua kombo didatangkan bersama hidangan sampingan KFC iaitu coleslaw dan kentang putar serta minuman Lipton Ice Tea yang menyegarkan.



Boleh didapati di semua restoran KFC seluruh Malaysia bermula hari ini, 10 Oktober 2017, sementara stok masih ada! So penggemar-penggemar Ayam KFC, cepat-cepat sebelum terlambat .. mari kita ke restoran KFC yang terdekat dengan kita hari ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.kfc.com.my