Hello pembaca budiman,
Lokasi Restoran Dangau Nasi Talam ini adalah di Jalan Lencongan Barat, Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah. Waze sahaja Dangau Nasi Talam .. confirm sampai ke pintu restoran sampainya nanti
Geng-geng makan Nasi Talam Dangau ..
Mula-mula sampai, Misz-ella tengok Menunya dulu - Menarik!
Dan ini pula ialah Menu yang Misz-ella lihat di Facebook Dangau Nasi Talam
Akhirnya, kawan-kawan Misz-ella yang dah biasa makan di sini order Nasi Talam Seafood berserta dengan Singgang Ikan Siakap ditambah soft shell crab.
Tak sabar nak makan .. Tapi macam biasalah, seperti biasa .. kita ambik gambar dulu
Nasi putih bersama Kerabu Mangga dan seafood seperti Udang, Sotong, Lala lepas tu kami tambah dengan Soft Shell Crab dan Singgang Ikan Siakap yang kuahnya dimasak dengan Air Kelapa Muda, dihidang di dalam talam/dulang ..
Empat (4) jenis Sos Pencicah turut dihidang sebagai pelengkap hidangan. Serius sedap! Berebut-rebut kami ber empat makan!
Kami tambah lauk Kambing Bakar. Sedap tak terkata!
Dan sebenarnya, tak cukup setalam Nasi Talam Seafood berserta Singgang Ikan Siakap lepas tu ditambah dengan Kambing Bakar dan Soft Shell Crab tu .. kami tambah pulak lagi satu Nasi talam iaitu Nasi Talam Ikan Pekasam. Licin jugak kami makan!
So pembaca-pembaca tersayang, kalau berada di Utara, sila lah ke Kedai Nasi Talam Dangau di Kg Sungai Layar, Sungai Petani Kedah dan jamu selera di sini. Misz-ella jarang makan nasi tapi yang ni, bertambah-tambah Misz-ella makan. Nak tau lebih lanjut tentang lokasi, harga, waktu operasi, no telefon dan sebagainya? Jangan lupa LIKE Facebook Nasi Talam Dangau di sini atau telefon 017-4072831.
2 comments:
Tqsm cik dok tlg promote...kami cuba sehabis baik utk nak naikkan menu org lama tp dihidangkan dgn lebih kreatif...sila dtg lg ya
Macam swdap saja.. Nak kena try
Post a Comment