Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Ayat-Ayat Cinta 2 (The Greatest Love Story)

Hello pembaca budiman ..

Buat kaki wayang, mesti masih ingat akan kegemilangan filem Ayat-Ayat Cinta yang ditayangkan di negara kita pada bulan Jun tahun 2008 dahulu, kan.

Filem yang mengisahkan cinta Fahri pada ugama, pada kekasih yang buat berjurai-jurai airmata Misz-ella menontonnya ditambah pulak dengan populariti lagu Ayat-Ayat Cinta nyanyian Rossa. 

Ayat-Ayat Cinta 2 dah mula memasuki panggung-panggung wayang Malaysia mulai dari 11hb Januari yang lalu. Peminat-peminat novel hebat karya Habiburrahman El-Shirazy mesti ada yang sudah menonton filem yang dihasilkan dari karya hebat ini (termasuk lah Misz-ella).



Mengekalkan Fedrian Nuril sebagai Fahri, watak-watak lain yang menguatkan filem ini adalah Dewi Sandara sebagai Sabina, Chelsea Elizabeth Islan sebagai Keira, Tatjana Saphira sebagai Hulya, Fazura sebagai Brenda, Bronte Palare sebagai Baruch dan ramai lagi.

Mengisahkan tentang Fahri yang meneruskan kehidupan beliau di Edinburgh bersama pembantunya Hulusi selepas isteri beliau Aisha hilang di Gaza semasa menyertai misi kemanusiaan Palestin. Fahri yang setia hidup dalam kesepian meneruskan kehidupan dengan menjadi Pensyarah disamping mempunyai beberapa rangkaian Mini market.

Masalah paling mencabar dihadapi Fahri ialah fenomena "Islamphobia" yang membuat beliau dicemuh, dihina oleh masyarakat sekeliling tetapi keteguhan cinta Fahri pada Islam membuat beliau berjaya mengatasi masalah tersebut.

Fahri masih berharap agar Aisha, dijumpai dan kembali ke pangkuan nya. Dalam menghadapi cabaran kehidupan yang penuh dengan tekanan emosi, tekanan masyarakat dan sebagainya, Hulya, sepupu Aisha yang menaruh perasaan terhadap Fahri muncul. Hulya sangat spontan, ceria dan bersahaja dan tiba-tiba muncul Sabina, wanita misteri berpurdah yang akhirnya menyebabkan berulangnya tragedi Cinta Tiga Segi dan Fahri sekali lagi diuji.

Misz-ella tak nak cerita banyak-banyak. Filem Ayat-Ayat Cinta 2 sedang hangat ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia. Peminat-peminat Fahri sila terjah panggung wayang hari ini juga. Seperti biasa, Fahri sangat 'cool' cair hati kalau dapat kekasih seperti ini, kan dan satu lagi yang Misz-ella nak kongsikan ialah lakonan Fazura sebagai Brenda dan Bront Palarae sebagai bekas askar Israel bernama Baruch sangat best!! 

Untuk maklumat lanjut mengenai Ayat-Ayat Cinta 2, ikuti akaun Instagram @filmaac2 dan Instagram @antennaentertainments 






0 comments: