Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Salah Kita. Kerana Kita. Jangan salahkan Tuhan.


Dah tiba kita ke penghujung minggu dan esok akan bermulalah minggu baru. Dari sehari ke sehari cepat betul masa berlalu. Masa pergi begitu sahaja meninggalkan kita dan pemergiannya meninggalkan seribu satu rasa ..

Maka kita hidup dengan memori. Memori pahit manis,.. jatuh, bangun tawa dan tangis sebuah perjalanan kehidupan ..

Kerana kotak memori tak ada butang 'delete' .. maka kita kan selalu terkenang. My life was not easy and never easy. Bila terkenang, berlinang air mata ke pipi. Ada sebab kenapa Allah tak beri kotak memori kita butang 'delete' dan mahu kita ingat semua peristiwa lama. Ada sebab. Kerana Dia nak kita selalu ingat dan belajar dari peristiwa 'semalam'. 


Selfie selepas habis mesyuarat dengan pihak SEGI College minggu lepas

Bila dikenang peristiwa semalam, rasa bersyukur kerana masih menjadi Ella yang sama, masih berpegang pada jatidiri dan prinsip hidup yang dipegang selama ini.  Dugaan hidup bukanlah mudah. Kalau tak kuat semangat, entah di mana Misz-ella sekarang .. mungkin seperti kawan-kawan yang lain .. berpeleseran di sana sini mencari arah hidup atau menjadi 'parasit' bergantung hidup pada yang lain. Ella tetap yang dulu. Tetap ingat pesanan mama dan abah. 'Modernity does not change me' .. Saya masih bangga menjadi Melayu dan masih tetap mahu hidup seperti seorang Melayu. Kita boleh berjaya malah akan lebih dihormati dengan menjadi diri sendiri, kan.


F45 training di F45 Ampang pagi Sabtu yang lalu

Masih tetap Ella yang suka bersenam. Dari umur 20an saya bersenam dan Alhamdulillah .. tetap istiqomah di umur 40an. Percayalah bahawa kesihatan adalah asset yang paling berharga dalam hidup kita. My life is like riding a roller coaster .. up, down and sometimes caused me an adrenalin rush but no matter what I Thank God for giving me a good health & a calm mind. Sebab tu tiap kali doa, perkara pertama mintak kat Tuhan ialah ‘Kesihatan Yang Baik dan Ketenangan Fikiran’ .. mintak yang tu dulu. Lepas tu baru mintak rezeki ke, apa ke. Without good health & calm mind, nothing you can do. nak cari rezeki pun tak boleh, kan.

Bila sebut tentang ketenangan fikiran, tiba-tiba teringat kata-kata seorang kawan .. Tapi hidup akak nampak happy dan enjoy je, tak nampak susah hati. Rahsia hati hanya Tuhan yang tau, dik. Tiap kali hati gundah, Misz-ella hanya berserah pada Allah. Walau hidup meriah dikelilingi kawan-kawan, Allah is still my best place to refer to. Allah tempat mengadu, selalunya sampai menitis airmata .. Ya Allah .. I feel so hopeless but I'm still here because of You. I do not have anyone to talk too. I only have You to listen to my sadness, my tiredness, my struggle and my pain. Allah Maha Pemurah, Maha Penyayang dan Maha Pengasihani. Selagi kita berdoa, selagi kita meminta pada Dia, Dia akan tunaikan permintaan kita tetapi semestinya lah setiap pemberian itu datang dengan dugaan. Pandai-pandailah kita menggunakan pemberianNya sebaiknya. Jangan Allah bagi kita rupa dan badan yang lawa, kita salah guna ke jalan yang salah. Jangan kita buat salah dan kita kata ini kerana Allah walhal kita yang tak bijak, kita yang buat salah dan kita yang berdosa tetapi kita kata kerana 'Dia'. 'Aku jadi macam ni sebab Allah' .. Salah kita, kerana kita bukan kerana Allah. Allah dah bagi kita akal fikiran untuk kawal emosi, kawal perbuatan, boleh fikir mana yang betul mana yang salah. Jangan sesekali salahkan Allah kerana Yang baik itu datang dari Allah yang buruk itu datang dari kita sendiri.

Dah lama Misz-ella tak kongsi perkara-perkara macam ni, kan. Misz-ella tau yang pembaca blog Dari Jari-Jari Halusku ini ada yang dah follow Misz-ella bertahun-tahun. Sejak blog ni blog nukilan peribadi sehingga hari ini dah separuh 'komersial' atau berita tapi you all masih follow Misz-ella. Terima Kasih banyak-banyak. Hari ini hari Ahad. Misz-ella masih ada beberapa perkara yang perlu dibuat tapi Misz-ella ada banyak 'benda' nak kongsi dengan you all semua disini. Jangan lupa datang lagi, ok. Bye.


0 comments: