Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Supernova DMS One StemCell Plus meremajakan kulit kita

Hello pembaca kesayangan,

Bila bercerita tentang kecantikan, semua bersemangat, kan. Siapa yang tak suka cantik? Natijahnya setiap manusia itu dijadikan dengan seribu keinginan dan salah satunya adalah untuk menjadi cantik.

Bercerita tentang cantik, terdapat lambakan produk kecantikan di pasaran. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan .. ada yang kekal di pasaran ada yang menghilang. Persoalannya, bagaimana nak pilih produk yang dikeluarkan dari syarikat yang berkredibiliti dan boleh dipercayai.

Buat pengguna produk kecantikan tempatan, nama Wonder Glow Cosmetics  Sdn Bhd tidak lah asing kerana syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2011 ini kekal gah bersaing di pasaran tempatan walau menghadapi saingan yang bukan sedikit. Namun tak ramai yang mengenali siapakah orang kuat dibelakang tadbir Wonder Glow Cosmetics yang merangka segala pelan dan strategi syarikat pengeluar produk kecantikan tempatan ini.



Misz-ella.blogspot.com baru-baru ini ke Putrajaya untuk bertemu dengan Pengarah Urusan dan Pemilik syarikat Wonder Glow Cosmetics Sdn Bhd, Datuk Ryzal Jamaludin. Seronok dengar perkongsian Datuk Ryzal tentang syarikat yang beliau tubuhkan 7 tahun yang lalu. Bukan sedikit cabaran serta jatuh bangun yang beliau hadapi untuk terus kekal di pasaran dan mendapat kepercayaan masyarakat. Bermula dengan modal hanya RM5,000.00 dengan produk pembungkusan semula, Wonder Glow sekarang mempunyai rangkaian pelbagai produk bukan sahaja produk kecantikan tetapi juga produk minuman seperti Kopi Jerat 40 Hari dan Kopi Perawan Malam. 



Banyak yang Datuk Ryzal kongsikan bersama kami pada petang itu .. tentang bagaimana Wonder Glow Cosmetics Sdn Bhd bermula dan pada hari ini telah mempunyai lebih 100 produk dibawah satu bumbung. Dengan 80 orang kakitangan (tetap dan sambilan), dua buah kilang di Kluang dan Damansara Damai, 20,000 orang stokis di seluruh Negara, perjalanan Datuk Ryzal membina perniagaan beliau tidak lah mudah tetapi berkat kesabaran dan kesungguhan Wonder Glow Cosmetics kekal stabil dan merupakan antara syarikat pengeluar produk kecantikan tempatan yang boleh dipercayai.



Datuk Ryzal turut berkongsi tentang Serum StemCell DMS360 keluaran Wonder Glow Cosmetics Sdn Bhd yang sekarang berada di pasaran.




Serum StemCell DMS360 yang pernah dipasarkan pada tahun lalu menjadi pilihan popular pengguna kerana ia berkesan untuk mengatasi masalah kulit antaranya masalah jeragat, kulit kusam, tona tidak sekata, parut lama dan bersifat anti-penuaan. Well .. yang anti-penuaan tu Misz-ella paling suka sebab ini bermaksud makin lama Serum ini kita gunakan kita akan jadi semakin muda *awet muda la tu*

Keistimewaan lain Serum StemCell DMS360 ialah ia menganjalkan kulit *auwww .. tepuk-tepuk pipi tak gegar you* mengurangkan kedutan di wajah, meneutral dan merawat kulit rosak yang disebabkan oleh pemakaian produk berkimia.




Serum StemCell DMS360 dibuat dari stem cell tumbuh-tumbuhan, juga mengandungi hyaluronic acid dan serbuk hablur emas .. Halal dan suci serta tidak mengandungi bahan-bahan dari sumber haiwan. 

Hyaluronic acid (ha) adalah bahan semulajadi yang terdapat dalam tubuh badan kita bertujuan untuk mengekalkan kelembapan kulit  dan melindungi sendi. Kita semua dilahirkan cantik dan sempurna tetapi semakin meningkat usia, kandungan ha semakin berkurangan - maka kulit jadi kering dan lutut serta sendi-sendi badan pun mula lah sakit *sakit penuaan, macam tu la kan* Misz-ella pernah tulis tentang fungsi ha dalam tubuh manusia dalam salah satu entry Misz-ella beberapa tahun dahulu.

Hablur emas di dalam Serum StemCell DMS360? Emas merupakan salah satu logam mulia yang digunakan untuk menyerlahkan penampilan. Emas sangat istimewa kerana selain dijadikan aksessori, ia juga baik untuk kulit kita. Dari zaman Cleopatra lagi emas dah digunakan untuk merawat kulit. Kalau zaman dulu kita dengar orang tanam susuk emas untuk jadi cantik berseri, zaman moden ni tak perlu tanam susuk lagi dah *berdosa, kan* tetapi mineral emas disapu di permukaan kulit lalu diserap ke dalam kulit bagi mencerah dan menyerikan lagi kulit wajah. 

Istimewanya Serum StemCell DMS360 ia mengandungi bahan-bahan yang berkesan menyerikan wajah. Penggunaan Serum StemCell DMS360 secara konsisten dan berdisiplin membantu menyihatkan kulit untuk kompleks wajah lima kali lebih awet muda, membantu mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari, mengurangkan  hitam di bawah mata dan menjadikan kulit wajah lebih lembut, halus dan berseri.




Datuk Ryzal turut berkongsi tentang bagaimana produk ini mendapat sambutan luar biasa pada tahun lalu sehingga berdepan dengan isu produk tiruan. Kali ini, Serum StemCell DMS60 dipek baru dan pelekat Holoram telah diperkenalkan sebagai bukti keaslian. Ini untuk memastikan kejadian ditiru tidak berulang lagi.





Setiap satu kotak Serum StemCell DMS360 mengandungi 10 botol kecil serum yang boleh digunakan sehingga 3 hari (bergantung pada saiz muka pengguna) dan berharga RM150. Sebagai hadiah kepada pengguna-pengguna setia, Wonder Glow Cosmetics kini menawarkan harga promosi 'come back' untuk tiga kotak Serum StemCell DMS360 pada RM150 sahaja! 3 kotak = RM150 boleh guna selama 3-4 bulan ye pembaca sekalian. Jimat sungguh! Produk bagus, harga pun menarik .. nak tau kat mana kita boleh dapatkan?

Dari semua stokis yang telah dilantik oleh pihak Wonder Glow Cosmetics. Pastikan kita beli dari sumber yang sahih dan mempunyai pelekat hologram. Jangan terbeli produk tiruan ye.

Jika masih ragu tentang dimana nak dapatkan Serum StemCell DMS360 ini, angkat telefon dan dail 013-6310018 atau layari Facebook Rizi Biz Shop Hq Bangi



Jom kita awet muda dengan Supernova DMS One StemCell Plus !


















0 comments: