Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Explore & Experience Perak - Gua Tempurung, TT5, The Mystical Dungeon Bar di Kellie's Castle

Hello pembaca budiman ..

Hari ke 3 Explore & Experience Perak dimulakan dengan meng 'explore' Gua Tempurung yang terletak di Gopeng, Perak. Gua Tempurung adalah antara gua batu kapur yang terkenal di Semenanjung Malaysia selain dari Gua Kelam di Perlis. Gua Tempurung yang panjangnya lebih dari  3km juga adalah gua batu kapur yang terpanjang di Malaysia. Misz-ella dah pernah pergi ke Gua Tempurung satu ketika dahulu.



Pintu masuk ke Gua Tempurung - Di sinilah pelawat akan membeli tiket (Sila pilih Pakej yang diingini di sini), memakai peralatan keselamatan yang lengkap dan diberi penerangan tentang Gua Tempurung. Pakej yang disediakan oleh pihak pengurusan adalah sangat banyak dan kami telah diberi Pakej yang menarik iaitu ke Crystal Chambers. Malangnya kerana sebab-sebab 'kewanitaan' Misz-ella tak dapat menyertai ekspedisi ini sepenuhnya ..



Muka-muka dah tak sabar nak meng 'explore' dan 'experience' Gua Tempurung tetapi sebelum tu mari kita berfotoan dulu. Ekspedisi kali ini turut disertai oleh penyanyi Black. Memandangkan ekspedisi ini memerlukan mereka menyusuri sungai, mandi air terjun dan macam-macam lagi, maka sedari awal mereka dah bersedia dengan baju gantian dan 'head lamp' tapi sebelum apa-apa kita ber fotoan dulu beramai-ramai.




Gua tempurung terbahagi kepada 2 bahagian - yang basah dan kering. Bahagian kering adalah dari Platform 1 hingga 5 - beautifully maintained by the operator, keadaan di dalam Gua tempurung sangat bersih, nyaman dan menenangkan perasaan. Ada banyak imej-imej menarik yang terhasil dari pembentukan titisan batu kapur yang kita kenali sebagai 'stalactites' dan 'stalagmites' ini .. asyik betul tiap menghayati pemandangan di dalam ini




Dan buat mereka yang pergi lebih jauh, dengar khabar, lebih 'enjoy' explorasi mereka. Ada tempat mereka perlu merangkak, meniarap, perlu jalan itik, memanjat dan bermacam lagi. Seronok kata diaorang .. 


Cantik, kan
 
Ye itu dia penyanyi Black yang berjaya menamatkan explorasi Gua Tempurung beliau dengan kami-kami yang tidak membasahkan diri pada hari itu atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan *hehe*



Tempat kedua kami lawati adalah Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5 atau dikenali juga sebagai TT5. Tahukah anda bahawa negeri Perak sebenarnya amat istimewa? Semasa Tanah Melayu dibawah jajahan British, negeri Perak merupakah antara negeri yang termaju dan sentiasa mendapat perhatian pihak British. 

Tahukah anda bahawa segala yang 'terawal' dan 'tertua' ada di negeri Perak ini?

Taman Awam Pertama di Malaysia adalah Taman Tasik Taiping yang terletak di negeri Perak.
Stesyen keretapi pertama di Malaysia juga adalah di negeri Perak iaitu dari Taiping ke Port Weld (Tanjung Sepetang)
Resort tanah tinggi pertama di Malaysia adalah Bukit Maxwell ataupun Bukit Larut di Taiping, Perak manakala Pusat pengajian tinggi pertama di Malaysia pula adalah Universiti Perguruan Sultan Idris yang terletak di Tanjung Malim, Perak.

Di zaman kolonial, Perak adalah negeri yang terkaya di Tanah Melayu kerana Perak kaya dengan sumber galian semula jadi dan antaranya adalah bijih timah. Bijih timah mula dijumpai di daerah Larut oleh Long Jaafar melalui gajah milik beliau yang pulang setelah hilang dengan tapak kakinya diselaputi lumpur yang keras. Setelah diselidiki, Long Jaafar mendapati lumpur tersebut adalah bijih timah. Maka bermula lah perniagaan melombong bijih timah pada tahun 1848 di negeri Perak dan sehingga kini nama Long Jaafar kekal di dalam sejarah ekonomi Perak sebagai anak Melayu pertama yang membangunkan perusahaan bijih timah sehingga mendapat perhatian pelombong-pelombong luar termasuklah pihak Inggeris sendiri.



Dianggarkan terdapat lebih kurang 600 lombong bijih timah di negeri Perak pada zaman kegemilangan perusahaan tersebut dan antara tinggalan kapal korek yang masih boleh kita lawati hari ini adalah Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5 (TT5) yang terletak di 9KM, Jalan Tanjung Tualang, 31000, Batu Gajah, Perak.




Kapal korek TT5 dikekalkan di tempat asalnya dan merupakan peninggalan sejarah yang amat berharga. Ia dibuka kepada orang awam bagi tujuan memberi pendedahan tentang bagaimana perusahaan bijih timah dijalankan dan merupakan antara sumber pendapatan Tanah Melayu satu ketika dahulu. 





Setelah lengkap bertopi keselamatan, kami berpeluang menaiki ke dek kapal korek ini. Satu pengalaman baru buat Misz-ella kerana tak pernah masuk ke kapal korek sebelum ini dan lawatan ke TT5 ini telah membuka mata kami semua tentang betapa hebatnya perlombongan bijih timah di negeri Perak sehingga ianya merupakan antara penyumbang ekonomi Tanah Melayu pada ketika itu. Hebat lah negeri Perak!






Sebelum pulang, jangan lupa singgah ke Kedai Cenderamata dan dapatkan cenderamata sebagai buah tangan.


Dan jangan lupa ambil gambar bersama di satu-satunya kapal korek yang masih ada di negeri Perak ini. Nostalgia sungguh kapal korek ini, kan!


gambar dari google

Seterusnya kami ke Kellie's Castle - satu lagi tempat menarik dan antara yang paling popular di negeri Perak.

Kellie's Castle dibina pada tahun 1915 oleh William Kellie Smith yang berasal dari Scotland sebagai lambang kasih sayang beliau terhadap isterinya. William Smith datang ke Tanah Melayu pada tahun 1890 ketika beliau berusia 20 tahun.  William Smith merupakan salah seorang dari mereka yang memulakan industri penanaman getah di negeri Perak dan terlibat dalam perusahaan bijih timah. Beliau adalah tuan punya syarikat Kinta Kellas Estate dan Kinta Kellas Tin Dredging Company. William Smith adalah seorang yang sangat lembut serta penyayang dan disayangi oleh pekerja-pekerja nya.

Pada tahun 1903, William pulang ke Scotland dan mengahwini Agnes lalu membawa isterinya pulang ke Malaysia. Setahun kemudian, pasangan ini mendapat cahaya mata pertama yang dinamakan Helen. Hanya selepas 11 tahun kemudian, barulah pasangan ini mendapat anak lelaki yang diidam-idamkan.



gambar dari google

Oleh kerana terlalu gembira dengan kedatangan ahli baru, maka William Smith memulakan pembinaan Kellie's Castle ini. Kellie's Castle yang mempunyai 14 buah bilik ini dibina dengan pengaruh Hindu kerana beliau sangat tertarik dengan ugama tersebut dan negara India. Batu bata dan 'tiles' diimpot dari negara India manakala 70 orang pekerja mahir dari Madras bagi membina Istana idaman beliau ini. William Smith juga membina sebuah kuil Hindu lebih kurang 1500 meter dari Kellie's Castle ini. Menariknya di Kellie's Castle ini juga terdapat lift pertama yang dibina di Malaysia. 

Walaubagaimanapun, William Smith meninggal dunia pada tahun 1926 pada usia 56 tahun kerana pneumonia tanpa sempat menyiapkan pembinaan Kellie's Castle ini. Agnes, isteri beliau kemudiannya menjual Kellie's Castle kepada syarikat British bernama Harissons & Crossfield dan pulang ke Scotland bersama anak-anaknya.

Kellie's Castle dibaikpulih tanpa merubah keadaan asalnya dan menjadi daya tarikan pelancong dari serata dunia kerana senibinanya. Kellie's Castle sangat gah dan indah dan sering menjadi lokasi penggambaran bagi pengantin. Kellie's Castle juga sangat terkenal di mata dunia sehingga menjadi lokasi penggambaran Anna & The King pada tahun 1999. Hebat, kan Kellie's Castle ini. Rakyat Malaysia mahupun pembaca blog Misz-ella kalau belum pernah ke Kellie's Castle cepat-cepatlah merancang untuk ke sana. Tak la rasa ketinggalan, kan ..






Kellie's Castle dikatakan sangat misteri dan berhantu, malah tersenarai di dalam 5 tempat berhantu di Malaysia oleh portal perlancongan Expedia. Ramai melaporkan merasa 'sesuatu' bila berada di Kellie's Castle ini. Roh William Smith dikatakan sering dirasai di tingkat 2 bangunan ini manakala bayangan anak William, Helen sentiasa kelihatan di bilik tidur beliau. Benar atau tidak? Misz-ella kurang pasti .. Misz-ella bab-bab mistik ni memang tidak berminat dan hantu adalah 'spesis' yang paling Misz-ella elakkan. Filem hantu? Jangan harap Misz-ella nak tengok. Saya suka dengan manusia-manusia macam you all yang sedang membaca entry ini sahaja sebab kita sama .. boleh kawan, kan*hehe*

Disebabkan kami tiba di Kellie's Castle pada waktu malam, maka night walk in Kellie's Castle diatur buat kami semua dan sekali lagi Misz-ella tak sertai aktiviti ini kerana faktor 'kewanitaan' .. Cukup sekadar menunggu mereka semua menghabiskan aktiviti mistik di Kellie's Castle bersama beberapa orang teman lain. Menarik dan menyeramkan kata mereka.





So begitulah kembara kami selama 3H/2M ke negeri Perak di bawah program Explore & Experience Perak ini. Perjalanan selama 3H/2M ini adalah dengan menaiki Executive Coach Sri Theven Travel & Tours yang boleh memuatkan 31 orang penumpang. Coach sangat luas, bersih dan selesa manakala Driver Coach pun sangat berhemah.  

Banyak yang kami pelajari. Dari Tanjung Malim hinggalah ke Batu Gajah, Perak sangat menarik dan penuh dengan peninggalan sejarah. Sebenarnya negeri Perak tidak lah asing buat Misz-ella kerana meskipun Abah dari Kelantan (*yes I am Kelantanese), Mama saya berasal dari Teluk Intan, Perak. I am half Kelantan and half perak but was born in Kuala Lumpur. 

Perak sangat best! Di Pasar Malam Teluk Intan ada gerai jual Sirap Bandung Tarik, ada Mee Mastan Gani, ada gerai jual Bubur yang sangat sedap di pekan Teluk Intan dan macam-macam lagi dan sejujurnya selepas Misz-ella ikuti progam Explore & Experience Perak ini, saya makin kenal negeri kelahiran ibu saya ini. Terima Kasih pihak MaTic, Lumino Network dan PORT atas program ini.

Lagi entry tentang Explore & Experience Perak ada di sini. Jemput baca ye ..




**Sebahagian gambar-gambar di entry ini adalah dari rakan ekspedisi. Terima Kasih kawan-kawan.

0 comments: