Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

HAEL HUSAINI JAMPI 6.1 JUTA PENONTON DI MALAM AJL 32

Hello pembaca kesayangan,

Industri seni muzik tanahair minggu lalu berakhir dengan sangat meriah apabila 6.1 juta penonton telah di JAMPI oleh Hael Husaini sehingga berjaya menjadi Juara AJL 32!

Lagu Jampi ciptaan Azra Wong dan disampaikan oleh Hael Husaini ini memang istimewa. Lirik mudah difahami dan iramanya sangat dinamik dan disampaikan oleh Hael Husaini pada malam itu tanpa cacat cela. Penonton bagai dijampi dan Juri sebulat suara telah memilih Jampi sebagai Juara AJL 32!Tahniah!





AJL 32 berjaya mendominasi separuh penonton dengan 56.3% market share mengatasi pelbagai program menarik yang bersiaran pada masa dan waktu yang sama di stesen televisyen lain!  (sumber: Nielsen)

Hael Husaini dan Ezra Kong menerima hadiah RM50,000 berserta trofi dan baucar CH Wow Shop berjumlah HRM10,000


Platform penstriman video pertama dan nombor satu di Malaysia, tonton, yang menyiarkan AJL 32 secara langsung dan berdefinisi tinggi (HD) turut mencatatkan peningkatan dua kali ganda berbanding tahun lepas apabila menarik 350,000 pelawat (peningkatan unjuran lebih dari 121%) berbanding 2017 dicatatkan menonton menerusi  portal video rasmi tonton (www.tonton.com.my), tonton Facebook (Live), serta aplikasi tontonmy di tablet dan telefon bimbit (android/iOS). tonton menyiarkan siaran langsung AJL 32 bermula dengan acara Karpet Merah Pop TV, jam 8.30 malam selain turut mengisi kandungan istimewa `tonton Backstage Live’ serta 4 kapsul  semasa tayangan slot iklan bersama hos Zulin Aziz istimewa buat pelanggan VIP tonton. 


After Party Rated Xtra

tonton turut buat pertama kalinya menganjurkan acara pasca parti `After Party Rated Xtra’ yang berjaya menarik hampir 73,000 penonton menerusi laman Facebook @tontonmy yang disiarkan bermula jam 12.00 tengah malam, selama satu jam. Acara Karpet Merah dan tontonan 15 minit pertama AJL 32 di laman Facebook yang sama turut berjaya menarik tontonan hampir 80,000 penonton. Satu kejutan bagi portal terbaharu xtra.com.my apabila berjaya mencatatkan 160,000 tontonan video di laman Facebook tonton Xtra Viral! Paparan halaman pula menghampiri 200,000 unit di laman xtra.com.my manakala bilangan pelawat unik mencecah 110,000 pengunjung!

Selain itu, AJL 32 turut trending nombor 1 di Malaysia dan di seluruh dunia! Mengikut statistik atas talian (online), #AJL32 telah digunakan sebanyak 3.5 juta di laman sosial (Facebook, Instagram & Twitter) sepanjang tiga jam AJL 32 bersiaran langsung. 

Wow Wow Wow .. hebat, kan AJL 32! Setiap tahun ada peningkatan dan tahun ini paling mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Almaklumlah .. lagu-lagu di malam AJL adalah yang terbaik dan semua penyanyi yang bertanding di malam tersebut sangat dekat di hati peminat-peminat seni tanahair. AJL sentiasa memastikan hanya yang terbaik dan berkualiti kepada peminat-peminat tegarnya!


Naib Juara AJL 32 adalah lagu Sejati oleh Azmi Caliph Buskers (nyanyian asal Faizal Tahir) yang menerima hadiah RM35,000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2,000. 

Serius 'feeling' gila dengar Azmi menyanyi. Sebutan jelas dan lancar .. penghayatan Azmi penuh perasaan. Vokal Azmi? Tak perlu kita cerita panjang lebar lah, kan .. memang terbaiklah!

Manakala Tempat Ketiga pula adalah lagu hit Tergantung Sepi yang disampaikan oleh penyanyi muda Haqiem Rusli. Tergantung Sepi oleh Komposer & Penulis Lirik Ibnu & Gouffran membawa pulang RM20,000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2,000. 

Misz-ella kagum lah dengan penyanyi muda seperti Haqiem Rusly ni. Vokal bagus, penghayatan tak kurang. Penonton di dewan ramai yang yang menahan sebak kerana Haqiem menyampaikan lagu tersebut dengan 'jiwa' .. tiba-tiba teringat kat penyanyi Hafiz bila tengok dia ni .. macam seiras, kan ..

 Vokal Terbaik AJL 32 dimenangi oleh Syamel & Ernie Zakri melalui lagu Aku Cinta yang dihasilkan oleh Syamel sendiri. Mereka menerima hadiah RM12,000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2,000.

 Menarik gabungan vokal mereka berdua dan mendapat tepukan gemuruh serta sorakan dari penonton!


Persembahan Terbaik (dibawakan oleh Samsung): Amboi - Altimet, Komposer & Penulis Lirik: Navigator/Altimet menerima Hadiah RM12,000 berserta trofi, baucar CJ WOW Shop RM 2,000 & telefon pintar Samsung A8.

Meriah sungguh Arena Axiata gara-gara persembahan Altimet. Boleh rasa Altimet enjoy dalam persembahannya sampaikan kami rasa bagai menonton Konsert *terlupa sekejap ini AJL .. haha! Tambah meriah bila Altimet membawa sekumpulan Dikir Barat ke pentas AJL 32! Best kan ...


Manakala penyanyi muda Khai Bahar yang persembahannya dinanti-nantikan oleh peminatnya baik yang muda mahupun yang tak berapa muda *teringat kata-kata Khai Bahar pada Misz-ella .. peminat saya semua makcik-makcik Kak .. Aishhh .. kawan-kawan akak yang muda pun minat awaklah Khai .. hehe* menerima Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung. Persembahan Khai di malam AJL 32 langsung tak menghampakan .. semua gimik yang dirancang menjadi malah bak kata Khai .. Saya dah buat yang terbaik dan berpuashati dengan malam ini. Khai membawa pulang sebuah Trofi dan telefon pintar Samsung A8+ Syabas Khai Bahar kerana menjadi pilihan penaja AJL 32 iaitu Samsung!

Khas buat peminat Khai ..

Secara keseluruhannya, AJL 32 memang sangat best! Penonton terhibur dengan lagu-lagu terbaik sepanjang tahun 2017, pentas cantik, kualiti muzik terbaik, lampu semua 'on point'! Tahniah TV3 dan semua krew-krew yang bekerja keras bagi memastikan hanya yang terbaik dari produksi AJL 32.



Tahniah buat semua pemenang dan buat yang tidak menang .. Misz-ella nak kongsi sikit apa yang Azmeer (Ketua Juri AJL) katakan kepada kami di Sidang Media malam tu ~ Semua peserta telah beri yang terbaik, malah tak ada seorang pun yang menyanyi 'sumbang' pada malam itu. Hebatlah korang semua .. terutama sekali penyanyi muda yang baru pertama kali ke pentas gah AJL.


Misz-ella di AJL 32

Antara rakan media di Malam AJL 32


Terima Kasih kepada unit Perhubungan Awam TV3 kerana menjemput Misz-ella ke AJL 32 .. tahun depan jemput lagi ye. OK dah habis berkongsi dengan you all semua. ByeBye. Jumpa lagi di AJL tahun depan.














2 comments:

MiYOKO SuKi said...

suka sgt ngan ernie dan syamel. vokal dorang memang mantap

Syana said...

Jgn lupa persembahan pembukaan stacy yg mantap.. bertukor2 baju kalah hindustan.. bapok lajunyer tukor baju.. takjub ase.....