Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Misteri rezeki

 

Misteri rezeki
Ada orang diberi rezeki kemewahan yang melimpah ruah
tapi jiwa mereka tak tenang
Ada orang diberi rezeki ketenangan jiwa
Walau tak dilimpahi kemewahan dunia, tetap rasa CUKUP dan bahagia
Ada orang diberi rezeki kelapangan masa
Walau sibuk masih mampu luangkan masa
Ada orang diberi rezeki kasih sayang yang melimpah ruah
Meski bersendirian, tak pernah sunyi dan keseorangan
REZEKI ITU RAHSIA ALLAH, KAN.

Kaya kah kita?

Kayakah kita dengan wang berjuta?

Kayakah kita dengan disaluti oleh kemewahan dunia?

Kayakah kita jika hanya kaya harta tapi miskin jiwa?

Kayakah kita?

Ikan Lunak cicah air asam gula aren dan Sup ayam - gabungan padu!

Assalamualaikum pembaca kesayangan,

Diam tak diam, kita dah sampai ke 17 Ramadhan dan hari ini adalah hari Nuzul Al-Quran. Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW. Ianya berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira.

Peristiwa Nuzul Al-Quran diingati oleh masyarakat Islam di seluruh dunia malah di negara kita, berbagai program keagamaan diadakan seperti program mengaji marathon dan pelbagai lagi.

Berbalik kepada tajuk posting ini iaitu Ikan lunak cicah air asam gula aren dan sup ayam - itulah gabungan padu menu berbuka puasa Misz-ella pada tanggal 16 Ramadhan.



Ikan lunak dan air asam gula aren Misz-ella dapat di Butik JRM, Sungai Buloh yang tak jauh dari rumah Misz-ella. Kedua-dua produk istimewa ini adalah produk signature "Rumah Hutan Terapi Alam" yang resepinya dihasilkan khas oleh Bonda Rozita Ibrahim dan dijual melalui Dapur Kayu Bonda. Tak susah menyiapkannya dan tidak mengambil banyak masa. Goreng ikan lunak dengan sedikit minyak (ala-ala bakar) lepas tu makan dengan air asam gula aren ini. Ya Allah .. sedap gila! Air asam tu cukup rasanya .. masam, manis, pedas dan cukup pekat. Tak perlu susah-susah menyiapkan air asam sendiri sebab kalau kita buat, belum tentu sedap, kan. 

Istimewanya air asam ini, ianya boleh dimakan dengan apa sahaja, ikan bakar, dengan ikan goreng, daging bakar atau ayam bakar. Ianya ready to eat, bukak penutup botol dan sedia untuk dihidang.

Sebenarnya banyak lagi produk-produk hebat Dapur Kayu Bonda seperti ikan talapia, daging salai, karipap buncit, cucur badak .. semuanya Misz-ella dah rasa. Produk-produk Dapur Kayu Bonda ini memang sangat authenthic dan punya kelas yang tersendiri termasuklah ....



Aiskrim Malaysia perisa asam boi ni. Sedap tak terkata! Buat mereka-mereka yang ingin mencuba produk Dapur Kayu Bonda boleh la follow IG https://www.instagram.com/dapurkayubybonda/ Confirm you all akan puashati!





Daging Masak Kicap Black Pepper & Sambal Bilis

Hai pembaca kesayangan,

Kali ini Misz-ella nak kongsikan menu berbuka puasa Ramadhan ke 14 iaitu Daging Masak Kicap Black Pepper. 


Cara-cara memasaknya sama je macam lauk masak kicap yang lain cuma yang ni Misz-ella tabur 'black pepper' supaya ia ada rasa sedikit pedas. Sedap ni. Bertambah-tambah saya makan.



Lepas tu ada Sambal tumis ikan bilis. Yang ni pun pedas jugak. Stress betul dengan cili kering zaman sekarang, kan. Semuanya jenis yang pedas gila!



Meriah meja dengan Daging masak kicap dan black pepper, sambal bilis, serunding ayam, kurma dan salad. Alhamdulillah.

NIASE Harimau menangis - Pembuka selera di bulan puasa

Selamat Berpuasa hari ke 14 pembaca kesayangan. Alhamdulillah dah separuh bulan mulia ini kita jalani.

Tiap-hari kita bersemangat nak bangun sahur. Bersemangat jugak nak masuk dapur untuk sediakan juadah berbuka buat kesayangan. Istimewanya Ramadhan, semua orang makan serentak, sebab tu jalan jem pada waktu petang , kan.

Sampai rumah, nak kejar dapur lagi. Betul-betul hidup kita ibarat "Amazing race' di bulan Ramadhan ni, dari pagi sampai ke malam sampailah ke Subuh.



Misz-ella pun tak terkecuali. Sepanjang bulan Ramadhan ni, masa sentiasa terisi baik siang atau malam. Alhamdulillah Allah SWT beri saya rezeki kesihatan yang baik, rezeki yang sentiasa mengalir dan rezeki punya masa untuk buat semua perkara. 

Kalau dah lambat, Misz-ella masak je NIASE harimau menangis yang sangat membuka selera ni. Biasanya Misz-ella akan letakkan sepeket dua daging ni di belah bawah supaya apa-apa hal, saya sempat lagi main masak-masak untuk keluarga.



Bagusnya daging harimau menangis NIASE ini ialah, ianya dibuat dari daging 'tenderloin' yang sangat lembut so kita tak perlu masak dengan masa yang lama. Hanya 7 minit sahaja!


Selepas 7 minit, angkat dan hiris halus-halus supaya mudah kita nak makan nanti. Tengok tu dalam dia, masih "fresh dan juicy', kan.


Dalam setiap peket Daging harimau menangis NIASE tu dah disediakan beras dan bijan sangai untuk memantapkan lagi rasanya. Sos istimewa NIASE pun ada.

Bijan tabur atas daging. Beras tu taburkan di dalam sos NIASE.


Bila nak makan, kita celup. Misz-ella dah rasa beberapa jenama daging harimau menangis tetapi akhirnya saya tetap patah balik ke jenama NIASE.

SEBABNYA :-
Daging sangat lembut.
Perapan daging sangat sedap. Wangi bau dia masa kita masak.
Sos istimewa NIASE lengkap dengan daun ketumbar. Rasanya masam-masam manis dan pedas. Betul-betul membuka selera di bulan puasa ni tau!


Harga promosi Ramadhan NIASE masih ada. Siapa-siapa berminat untuk cuba Daging harimau menangis NIASE yang sedap ni, sila Whatsapp 0166223138 ye. Confirm sedap sampai teringat-ingat you alls !

Maggi Tumis Harimau Menangis NIASE banyak sayur





Sesekali teringin nak makan maggi, kan .. nak pulak di bulan puasa ni. So ada satu malam tu Misz-ella masak Maggi tumis. Saya panggil maggi tumis sebab ianya ditumis. Kak Zarina Zainuddin yang ajar nama tu .. hehehe).

Kebetulan ada lebihan daging harimau menangis NIASE yang Misz-ella simpan dalam peti ais. Maka saya buat rencah, ditambah dengan fish cake dan sayur-sayuran yang banyak dalam peti ais. Maka terciptalah Maggi Tumis Harimau Menangis NIASE banyak sayur yang dimakan sorang-sorang di malam hari. Sedap you alls! 


Anyway, now ada promosi Ramadhan Daging harimau menangis NIASE. 


BUY 3 FOR RM110.00. BUY 5 FOR RM175.  Stock dah tak banyak. Sapa nak cepat-cepat WhatsApp 0166223138, k.


Kuih Sagu. Samosa Daging.

 Assalamulaikum pembaca kesayangan,

Saya suka berkongsi sesuatu yang bermanfaat dengan pembaca semua, dengan harapan bila kita kongsi sesuatu yang baik-baik, perkara yang baik juga Allah SWT limpah kan kepada kita. InshaAllah. Amin *tolong Amin kan juga ye*

Baru-baru ini Saya masak kuih sagu dan Samosa daging untuk buka puasa. Kuih sagu favourite my son. Samosa pulak my favorite. Dah selalu masak kuih sagu sebenarnya dan biasanya saya tak kukus sebab kalau kukus nanti hasilnya kuih tu agak liat sikit. So kita kacau je dalam periuk. 

Cara-cara membuatnya :-

Satu cawan sagu (basuh je tak perlu rendam) + 3 cawan air + setengah cawan gula dan pewarna merah. Kacau sampai pekat dan sagu jadi jernih.

Masukkan dalam acuan. Dah sejuk nanti gaul dengan kelapa yang dah digaul dengan garam (kukus dulu Kelapa tu ye)

Samosa daging tu sepatutnya berbentuk segi tiga tapi disebabkan saya malas nak potong dan sambung kulit popiah, maka saya gulung je ala-ala popiah sayur.


Cara-cara membuatnya :-

Dua biji kentang saiz besar dipotong dadu.

Sedikit daging dihiris halus-halus.

1 peket rempah kari daging Baba's

1 sudu serbuk cili (untuk yang suka kan pedas)

Bawang putih, bawang merah dan halia (dihiris halus-halus)

* Sila masak macam masak kari tapi jangan letak santan ye. Sejukkan inti lepas tu gulung je dalam kulit popia.


Bila dah siap, kita goreng sampai garing. Macam tu lah cara-cara membuat nya. Senang, kan. You all cuba lah!











Ambik gambar sexy dengan PU Amin lepas tu mintak maaf?

Hummmm .. baru-baru ni gempar pasal seorang wanita yang berpakaian sexy bersama PU Amin dan telah upload gambar itu di IG beliau.

Tindakan wanita yang bernama Nadira itu menjerat diri sendiri kerana beliau bukan sahaja telah mencemarkan maruah serta nama balik beliau malah maruah keluarga, maruah PU Amin turut tercemar gara-gara tindakan tidak bijak wanita ini. 

Misz-ella tak nak sentuh bab baju sexy atau 'posing' mengghairahkan Nadira tu sebab saya pandang dia sebagai manusia biasa yang punyai kelemahan dan kekurangan. Kalau dia sempurna, perfect dan bagus orangnya, tak da la dia berpakaian menunjukkan aset kurniaan Allah tu pada dunia, kan.

Lepas tu Nadira keluarkan satu permohonan maaf di IG dia. Dia mintak maaf kepada PU Amin dan menyatakan dia tak sangka tindakan memuat naik gambar bersama PU Amin itu boleh mencetuskan situasi buruk. 

Yang ni Misz-ella nak komen .. Tak bijak statement tu. Statement tu menunjukkan akal awak pendek. Awak seorang yang tidak berfikir panjang. Awak main buat je sesuatu tanpa fikir akibat dan kesan perkara tersebut pada diri dan maruah awak, maruah keluarga awak dan maruah PU Amin. Lain kali sebelum buat sesuatu fikir dulu .. Kalau aku buat macam ni, apa akibatnya? Apakah kesan kecaman itu kepada aku, keluarga ku dan PU Amin sendiri? 

Perkara ni basic je pun, bukanlah satu perkara yang perlukan seseorang itu punya tahap IQ yang tinggi seperti seorang professor atau tahap seorang cendekiawan.

Khabarnya Nadira adalah pengasas produk yang baru dilancarkan. Aduhai .. sayangnya bila kita ada pengasas produk yang berakal pendek ataupun tidak bijak. Almaklumlah kalau pengasas produk tak bijak, bagaimana produk dia? Kejadian ini telah membuatkan orang tak berminat pun nak find out more about her product. Habis kat situ je. Noktah.

Sebenarnya, di tahun 2021 ni orang kita dah semakin bijak dan kita juga perlukan produk yang bijak yang disertai dengan marketing strategy yang bijak. Barulah WOW! Bukan cheap marketing, dirty marketing or bad marketing

Kesimpulannya, jadilah manusia yang bijak dan berhemah. Guna akal yang diberi Allah SWT - Fikir panjang sebelum buat sesuatu. Kita akan dihormati sekiranya kita tergolong dalam golongan itu. Sekian, perkongsian minda saya di pagi Jumaat ini.





Buffet Ramadhan 2021 - Nostalgia Santapan Keluarga di Menara Kuala Lumpur

Hello pembaca kesayangan,

Kali ini Misz-ella kongsikan kisah tentang Buffet Ramadhan 'Nostalgia Santapan Keluarga' yang dibawakan khas oleh Dewan Bankuet Megaview, TH 03 Menara Kuala Lumpur bersempena dengan kedatangan Ramadhan tahun ini.



Konsep 'Nostalgia Santapan Keluarga' dipilih kerana ia membawa makna yang sungguh mendalam buat rakyat Malaysia yang tidak dapat berpuasa bersama keluarga tercinta di kampung halaman disebabkan pandemik Covid 19 yang masih melanda.



Disebabkan itulah pihak Menara Kuala Lumpur menjemput para tetamu untuk berbuka puasa bersama bagi mengubati kerinduan kepada kampung halaman dengan menikmati juadah berbuka puasa di ketinggian 288 meter dari aras bumi dengan berlatarbelakangkan panorama indah Kuala Lumpur pada waktu malam.















Pelbagai juadah gabungan dari masakan tempatan dan Barat disediakan yang pastinya menggamit memori. Selain dari itu, sate, kambing panggang dan Nasi Pilaf serta salad timun tomato turut disediakan.

Untuk menamatkan buka puasa anda di sini, jangan lupa kunjungi kaunter pemanis mulut yang menyediakan pelbagai jenis kuih-muih serta kek, gabungan tradisional dan moden.



Sambil berbuka puasa, pengunjung akan dihiburkan oleh kumpulan muzik dari Menara Kuala Lumpur iaitu 'The Sky Band'.

Harga buka puasa 'Nostalgia Santapan Keluarga' adalah :-

Hari Bekerja:
RM110 (Dewasa) dan RM63 (Kanak-kanak dan warga emas)

Hari Minggu:
RM145 (Dewasa) dan RM83 (Kanak-kanak dan warga emas)

Percuma buat kanak-kanak berumur 4 tahun dan ke bawah (maksimum 5 orang sahaja) dan harga untuk kanak-kanak ke enam dan seterusnya adalah RM50 seorang.

Menara Kuala Lumpur turut menawarkan harga promosi istimewa ke Sky Deck iaitu RM20.00 (Dewasa) dan RM10.00 (Kanak-kanak) sahaja.

Jangan ketinggalan untuk rebut tawaran istimewa ini dan rasai kelainan berbuka puasa di puncak Menara Kuala Lumpur. Pihak Menara Kuala Lumpur mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mencegah penularan COVID-19.

Untuk maklumat lanjut atau tempahan, sila hubungi Menara Kuala Lumpur di talian 02-20205499 atau layari:-

Pecal - mudah dan berkhasiat

Hai pembaca kesayangan,



Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang Pecal, salad tadisi masyarakat Jawa yang dimakan bersama kuah kacang. Istimewanya pecal kerana ianya vegetarian dan sangat berkhasiat. Glamour nya pecal kerana ia diterima oleh segala lapisan masyarakat, malah disenaraikan di buffet hotel 5 bintang.

Bahan utama untuk pecal dah semestinya lah pelbagai jenis sayur-sayuran - pucuk ubi, kangkung, kacang panjang, tauge (dicelur dahulu) lepas tu ada timun, sengkuang, (dihiris halus) dan dilengkapkan dengan tempe dan tauhu goreng. Kalau dikampung-kampung biasanya pecal akan dimakan bersama seketul dua nasi impit. Tapi buat Misz-ella sendiri, kalau tak da sayur-sayuran kampung seperti di atas, Misz-ella guna sahaja apa sayur yang ada - carrot, kobis, daun salad (dihiris halus-halus) pun boleh .. lepas tu rebus telur dan kalau ada kentang, rebus kentang tu dan potong kecik-kecik. Ni kira pecal moden lah sebab sayurannya moden.

Untuk buat kuah pecal, mula-mula goreng kacang tanah (tanpa minyak) dan tumbuk halus. 

Lepas tu panaskan minyak dan goreng cili kering, bawang putih, bawang merah, halia, belacan dan asam jawa (yang dikepal). Bila semua bahan-bahan ni dah garing, angkat dari kuali dan toskan minyak.

Tumbuk semua bahan-bahan kecuali asam jawa. Lepas tu masukkan dalam mangkuk dan masukkan kacang tanah yang dah ditumbuk tadi. Gaul rata. Masukkan garam, gula, air (jangan terlalu banyak, nanti cair) dan air asam jawa.

Kacau-kacau dan hidang. Ada orang letak ubi cekur tapi Misz-ella tak letak sebab susah nak cari.



Tadaaaa .. itu dia juadah berbuka puasa hari ke 8. Pecal, Bihun goreng, kuih sagu (buat sendiri) dan kuih tepung pelita (beli saja).

Hari ni Ramadan ke 9. Selamat Berpuasa you alls. 





Masak Lemak Cili Api Daging

 Hai pembaca kesayangan,

Selamat berpuasa hari ke lapan. Banyak cabaran berpuasa di tahun 2021 ni. Selain dari wabak virus corona dikatakan meningkat di awal bulan Ramadhan ini, hujan juga turun setiap hari. Kesian peniaga-peniaga di bazaar Ramadhan, kan. Kita sama-sama doakan agar Allah beri mereka rezeki yang luas sepertimana hujan lebat yang turun membasahi bumi. Amin Ya Rabbal Alamin.



Pada Ramadhan ke 7, Misz-ella masak Daging Masak Lemak Cili Api untuk keluarga. Daging dipotong halus, di rebus terdahulu sehingga daging empuk, lepas tu masukkkan cili api, bawang merah, kunyit hidup yang dah ditumbuk. Masukkan jugak serai yang dah dititik. Lepas tu masukkan santan. Lepas 5 minit masukkan kentang dan jangan lupa daun kunyit (buat tambah aroma .. tapi kalau tak da pun tak pe. Alhamdulillah .. licin satu keluarga makan. Semua peminat masak lemak cili api ni.



Selain dari tu, Misz-ella masak jugak Sambal Sotong dan gorengkan ayam. Ayam tu bubuh garam dan kunyit je dah cukup menyelerakan. Masa goreng lagi dah amboiiii sedapnya bau! Kuih muih dan air jagung tu anak-anak beli. Jarang lah ada masa untuk buat kuih. Tak sempat you alls !

OK dah habis berkongsi cerita buat kenangan hari tua. Jumpa lagi di cerita seterusnya ya. Selamat Berpuasa!

Baru-baru ni Misz-ella masak Daging Masak Lemak Cili Api

Peluang kedua?

 Ada orang tanya ..

Wajarkah kita beri peluang kedua kepada orang yang menyakiti kita?

Segalanya bergantung kepada bagaimana besarnya medan luka seseorang itu.

Buat Misz-ella sendiri, saya maafkan tetapi saya pilih untuk jauhkan diri. "I usually chose to walk away to prevent myself from further hurt"

Ye .. kotak memori tak ada butang 'delete' atau 'backspace'. Allah tak bagi kerana dia mahu kita ingat setiap peristiwa samada yang baik mahupun yang buruk. Sebab tu meski kita sudah maafkan, peristiwa tersebut tetap dalam ingatan, kan.

Sesekali memori itu muncul, tanpa sedari bercucuran airmata membasahi pipi. 

Sebab tu Sekiranya terjadi sesuatu, saya doa "Ya Allah yang Maha Berkuasa, Kau jauhilah aku dari mereka ini agar aku tidak lagi luka." 

Jauh di sudut hati, saya berdoa .. Moga Allah SWT tenangkan hati mereka, lapangkan dada mereka, berkati tiap langkah kaki perjalanan hidup mereka dan permudahkan urusan mereka di dunia dan akhirat. Amin YaRabbal Alamin.

Asam Pedas Ikan Kembung. Telur Bungkus Daging harimau menangis

 Assalamulaikum pembaca kesayangan,

Hari ni hari ke 7 kita berpuasa. Misz-ella nak kongsi resepi Berbuka puasa hari ke 3 yang lalu.


Asam pedas ikan kembung ni memang favourite my family. 

Cara-cara membuat nya sangat mudah ~ Tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili kering dan belacan yang dah dikisar, sampai pes tu kering dan naik bau.

Masukkan serai. Tunggu sampai serai tu kering dan naik bau (masa ni bau dia sedap gila you all) .... Masukkan air asam jawa, ikan, daun kesum dan tunggu hingga ikan masak (saya tutup periuk supaya wap tak lari dan masak lebih cepat). Bila ikan dah masak, masukkan kacang bendi, masukkan garam dan sedikit gula untuk sebatikan rasa. Siap!! 






























Yang ni pulak ialah Telur bungkus Daging harimau menangis. Paling senang nak buat dan sangat sedap dimakan.

Masak daging harimau menangis NIASE selama 7 minit. Lepas tu hiris kecik-kecik.

Buat telur dadar nipis-nipis .. masukkan daging harimau menangis NIASE yang telah dimasak. Gulung. Curahkan sos NIASE dan tabur bijan di atas nya. Sedap you alls .. anak-anak Misz-ella suka.



Satu peket Daging harimau menangis NIASE ni banyak ye .. boleh makan 3 orang. So lebih tu masukkan dalam pinggan maka jadilah satu lagi juadah berbuka puasa.


Daging harimau menangis NIASE ni sedap, sangat sedap. Lepas tu nak memasak nya pun sangat cepat, sesuai buat mereka yang sentiasa mengejar masa di bulan Ramadhan ni. Kalau sesiapa nak order, WhatsApp ye .. no telefon seperti di dalam gambar tu.


Sakitnya hati dia

 Assalamulaikum pembaca kesayangan,

Kali ini Misz-ella nak kongsikan tips tentang bagaimana nak rawat hati yang dilukai.

Hidup kita ini adalah satu perjalanan yang penuh dengan pelbagai cabaran yang bisa mengugat emosi.  Gembira, bahagia, terluka, kecik hati dan sedih hati adalah emosi yang perlu kita lalui.

Andai hati kita dilukai, cepat-cepat lah rawat hati kita sendiri dengan cara maafkan mereka. Ingat satu perkara .. dia juga manusia biasa yang tak sempurna. Emosi dia terganggu, hati dia sakit lalu dilepaskan kepada kita kerana orang yang sihat hati dan emosi nya akan sentiasa tenang dan tidak akan menyakiti yang lain. 

Hidup ini singkat. Jangan harap orang lain jaga hati kita. Kita bertanggungjawab untuk jaga hati kita sendiri dan apabila kita melihat setiap kejadian dari perspektif yang berbeza, InshaAllah kita akan lalui setiap dugaan itu dengan tabah dan redha.


Buffet Ramadhan 2021 - Meriah Kembali di Cinnamon Coffee House, One World Hotel, Petaling Jaya

Hai pembaca kesayangan,

Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang berita terkini dari salah satu hotel 'favourite' Misz-ella iaitu One World Hotel, Petaling Jaya. 

One World Hotel memeriahkan kembali kedatangan bulan Ramadhan dengan membawakan promosi buffet Ramadhan yang dinamakan "Meriah Kembali" di Cinnamon Coffee House, One World Hotel, Petaling Jaya.









Buffet Ramadhan Meriah Kembali mempersembahkan pelbagai juadah enak dari lauk pauk traditional Melayu seperti Sup Gearbox, Ayam Balado, Udang Sambal Ptai, Daging Gulai Lemak, Paru Goreng Bercili, Patin Gulai Tempoyak, Sayur Loden Suhun, Nasi Biryani dan Dalca Tulang Kambing.




Buffet Ramadhan Meriah Kembali juga menyediakan hidangan bertaraf antarabangsa seperti hidangan dari Jepun dan juga makanan Barat.  Antara juadah lagi adalah seperti Mee Udang, Roti Jala, Kebab, Char Kuay Teow, Popia Basah, Sashimi, Tempura, Pasta, Seafood Lasagne, Pizza, Chicken Roulade, Minute Steak, Shepherd's Pie, Lamb Sausage dan pelbagai lagi.



Jangan lupa akhiri buka puasa anda dengan pemanis mulut seperti kuih muih melayu, cendol, apam balik, baklava dan pelbagai jenis kek dan pastry.

Promosi buffet Ramadhan Meriah Kembali boleh didapati sepanjang bulan Ramadha dari jam 6:30 petang hingga 10:30 malam pada harga RM158.00 nett seorang (Dewasa) dan RM79.00 nett seorang untuk kanak-kanak berusia antara 6-12 tahun.

Memandangkan tempat adalah terhad, tempahan awal adalah sangat digalakkan. Untuk sebarang pertanyaaan dan tempahan, you all boleh lah hubungi 03-7681 1157 atau email ke cinnamon@oneworldhotel.com.my

Jangan lupa juga ikuti Instagram One World Hotel PJ di sini 



Akhirkata, Terima Kasih kepada One World Hotel, Petaling Jaya kerana tak lupa mengundang misz-ella.blogspot.com untuk ke majlis preview Buka puasa Meriah Kembali selama 6 tahun berturut-turut!