Assalamualaikum pembaca kesayangan,
Selamat hari ke dua berpuasa. Lama sungguh Misz-ella tak berkongsi cerita bersama pembaca setia blog Dari Jari-Jari Halusku ini.
Betapa cepat masa berjalan .. dah sebelas tahun Misz-ella menulis di blog kesayangan ini. Niat asal bukak blog ini untuk dijadikan tempat menyimpan memori bersama anakanda tercinta. Aiman anak tunggal, bila Misz-ella dah tak da nanti, dengan siapa lah dia nak kongsi kenangan dengan mama dia, kan. Segalanya Misz-ella kongsikan di blog - ke mana kami pergi, apa yang Misz-ella masak, apa yang Misz-ella beli, segala perasaan suka duka .. semuanya ada di dalam blog ini. Blog ini juga lah yang menjadi pintu silaturrahim, pintu rezeki dan melalui blog ini juga lah Misz-ella dapat membantu beberapa pengusaha mempromosikan produk mereka. Alhamdulillah .. banyak pengalaman pahit manis Misz-ella dengan blog ini.
Dari dulu sampai sekarang, Misz-ella tetap suka berkongsi apa saja dengan pembaca kesayangan semua. Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang ikan lunak, ikan kegemaran Misz-ella yang cepat dimasak dan semestinya sedap dimakan. Misz-ella tau yang ikan lunak ini wujud dari perkongsian Bonda Rozita melalui IG beliau. Tengok cara Bonda goreng ikan lunak tu .. terus tergoda.
Maka saya pun mula mencari agent produk JRM untuk kawasan Sungai Buloh (Sumpah tak teringat langsung yang butik JRM di Sg Buloh ada jual ikan lunak). Maka agent JRM tu pun datang lah hantar ikan lunak ke Sierramas Heights untuk hantar ikan lunak dan Karipap buncit kepada saya. Alhamdulillah, dua-dua sedap!
Sebelum Ramadhan, Misz-ella sempat ke Rumah Hutan buat kali ke dua (pertama kali pergi bulan September tahun 2020).
Saya suka sangat datang ke sini. Pertama kerana saya pencinta alam semula .. kehijauan alam semulajadi hutan, bunyi-bunyi alam sangat menenangkan jiwa. Beruntung lah mereka yang mempunyai hutan .. agak-agak nak merajuk dengan seseorang boleh lari ke hutan, tenang jiwa, kan.
Keduanya sebab makanan. Saya suka rasa makanan di Warong Bonda yang sangat 'homemade'. Saya dah pernah makan Ayam masak merah, ikan lunak, pecal, sambal kentang, masak lemak dan bakso di sini ... Semuanya sedap-sedap .. saya bagi 5 bintang!
Kalau boleh, nak makan macam-macam tapi disebabkan kami hanya berdua, maka kami order makanan 'speciality' di sini iaitu ikan lunak goreng, ikan talapia bakar, urap sayur dan bakso.
Ikan lunak ni dibuat dari ikan susu hasil ciptaan Bonda sendiri. Ikannya dah diperap siap-siap, dibelah tengah dan sudah dipotong dua. Kita cuma perlu goreng dengan hanya sedikit minyak (ala-ala bakar) sampai garing.
Rasanya? Ya Ampunnnnn .. tersangat lah rangup sehingga kulit ikan lunak tu boleh dimakan. Rasa isi ikan lemak-lemak sikit .. dan secukup rasa. Dihidang bersama Air Asam Aren yang cukup pekat, cukup manis, pedas, masam dan segala-galanya. Memang kombinasi yang sangat best!
Kami order jugak Ikan talapia bakar sebab masa datang dulu, tak cuba ikan ni. Serius sedap. Ikannya langsung tidak berbau dan isinya sangat 'fresh'. Cicah dengan air asam tu ... Power!!
Kawan makan Misz-ella ~ Yati, seorang sahabat lama yang Misz-ella kenali hampir 30 tahun yang lalu. Masa tu kami sama-sama muda, we were office mate .. ragam Misz-ella, hot temper Misz-ella masa tu semua dia tau.
Bila jumpa balik di umur menjelang akhir 40an ni .. "Ella kau dah lain sekarang eh .. dah tak marah-marah macam dulu". Well .. times passed .. things happened and I changed .. tapi aku tetap sayang kau tau Ti!
Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan, Warong Bonda membawakan Buffet Ramadhan dengan 4 pilihan menu yang akan di 'rotate' setiap hari.
Dengan hanya RM65 (Dewasa) seorang, kita boleh pilih dari Menu A sampai Menu D. Sebelum datang, jangan lupa check menu dulu. Dah chekidaut, sila booking awal-awal dengan deposit 50%, ok ..
Kita semua tak dapat balik kampung di bulan Ramadhan ni. Mari kita kembalikan nostalgia berbuka puasa ala-ala kampung di Warong Bonda. Di setiap hujung minggu (Jumaat - Ahad) ada solat Tarawikh berjemaah. Jom kita pergi ramai-ramai. Bayangkan berbuka puasa dan bersolat tarawikh bertemankan bunyi alam .. mesti seronok, kan.
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, you all boleh la hubungi Adilla di 019-269 4133 ataupun jangan lupa ikuti IG Rumah Hutan Bonda Rozita di sini.
0 comments:
Post a Comment