Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Kita tak beriman pada manusia

Hari ni terbaca mesej tahun 2015 yang Misz-ella hantar kepada seorang teman. Masa tu kami berdua sedang mengalami masalah yang sama.

Kawan Misz-ella ni agak goyang orang nya .. yang dia fikir kan 'nanti orang cakap apa' .. orang tu cakap .. orang ni cakap ..

Nasihat Misz-ella pada dia adalah "Jangan fikir apa orang cakap. Kita tak beriman pada manusia"

Ye pembaca kesayangan .. realitinya dalam hidup ni yang kita perlu fikirkan ialah Allah kerana kita beriman pada Dia. Sayangnya,  kita jarang nampak perkara tu. 

Yang kita fikir manusia. Kita risau orang tu cakap kita macam tu .. orang ni cakap kita macam ni. Itu yang kita fikir dan bimbang kan. Kita nak nampak cantik dan sempurna di mata manusia tetapi tidak di mata Allah.

Tukarlah 'mind set'. Ingatlah bahawa kita tidak beriman pada manusia, tetapi kepada Allah. 


1 comments:

Amie said...

Selamat berpuasa, dan moga dipermudahkan segala urusan ibadah di bulan mulia ini.