Assalamualaikum pembaca kesayangan,
Diam tak diam, kita dah sampai ke 17 Ramadhan dan hari ini adalah hari Nuzul Al-Quran. Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW. Ianya berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira.
Peristiwa Nuzul Al-Quran diingati oleh masyarakat Islam di seluruh dunia malah di negara kita, berbagai program keagamaan diadakan seperti program mengaji marathon dan pelbagai lagi.
Berbalik kepada tajuk posting ini iaitu Ikan lunak cicah air asam gula aren dan sup ayam - itulah gabungan padu menu berbuka puasa Misz-ella pada tanggal 16 Ramadhan.
Ikan lunak dan air asam gula aren Misz-ella dapat di Butik JRM, Sungai Buloh yang tak jauh dari rumah Misz-ella. Kedua-dua produk istimewa ini adalah produk signature "Rumah Hutan Terapi Alam" yang resepinya dihasilkan khas oleh Bonda Rozita Ibrahim dan dijual melalui Dapur Kayu Bonda. Tak susah menyiapkannya dan tidak mengambil banyak masa. Goreng ikan lunak dengan sedikit minyak (ala-ala bakar) lepas tu makan dengan air asam gula aren ini. Ya Allah .. sedap gila! Air asam tu cukup rasanya .. masam, manis, pedas dan cukup pekat. Tak perlu susah-susah menyiapkan air asam sendiri sebab kalau kita buat, belum tentu sedap, kan.
Istimewanya air asam ini, ianya boleh dimakan dengan apa sahaja, ikan bakar, dengan ikan goreng, daging bakar atau ayam bakar. Ianya ready to eat, bukak penutup botol dan sedia untuk dihidang.
Sebenarnya banyak lagi produk-produk hebat Dapur Kayu Bonda seperti ikan talapia, daging salai, karipap buncit, cucur badak .. semuanya Misz-ella dah rasa. Produk-produk Dapur Kayu Bonda ini memang sangat authenthic dan punya kelas yang tersendiri termasuklah ....
Aiskrim Malaysia perisa asam boi ni. Sedap tak terkata! Buat mereka-mereka yang ingin mencuba produk Dapur Kayu Bonda boleh la follow IG https://www.instagram.com/dapurkayubybonda/ Confirm you all akan puashati!
0 comments:
Post a Comment