Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Gintell S7 Superchair - Kerusi urut paling canggih dengan teknologi terkini

Hai pembaca kesayangan,

Gintell membawakan Gintell S7 superchair, kerusi urut paling canggih dengan teknologi terkini yang diinovasi berilhamkan kereta sport McLaren 720s.  Dengan slogan "Brilliance of wellness" atau "Kecemerlangan dalam kesejahteraan" Gintell S7 superchair adalah kerusi urut pintar pertama di Malaysia dilengkapi teknologi terkini bagi memberi keselesaan kepada penggunanya. 


Misz-ella berpeluang menghadirkan diri ke roadshow pameran Gintell S7 Superchair di IOI City Mall baru-baru ini dan telah berpengalaman merasai sendiri kehebatan kerusi urut serba moden dan canggih ini.



Misz-ella sebenarnya bukan lah peminat apa-apa jenis urutan atau suka berurut tapi saya teruja untuk mencuba.

So let's do it!! Pertama sekali, duduk dengan selesa. Sepertimana kereta sport McLaren 720s yang mementingkan keselesaan dimana tempat duduknya boleh diselaraskan mengikut ketinggian dan struktur badan pemandunya, begitulah juga dengan kerusi urut Gintell S7 Superchair ini. 



Bila kita duduk je atas kerusi ni, perkara pertama yang akan berlaku adalah proses scan ketinggian dan struktur badan kita. 

Untuk memulakan urutan, kita tak perlu buat apa-apa kecuali dengan memberi arahan suara kepada kerusi pintar ini iaitu :

Misz-ella - Hai Hai Gintell
Gintell S7 - I am here
Misz-ella - Begin massage
Gintell S7 - Massage begin

dan proses urutan pun bermula .. bermula dari pinggul, ke bahu dan anggota badan yang lain, Misz-ella boleh rasa seluruh anggota badan diurut oleh kerusi urut serba canggih ini.



Hebat, kan. Ini adalah kerana kerusi urut Gintell S7  Superchair adalah satu-satunya kerusi urut di Malaysia yang dilengkapi teknologi dipanggil AI Vi-Tec (AI senses voice intelligent technology) ini. Teknologi ini membolehkan kerusi urut ini mendengar, memahami dan menganalisa keperluan badan penggunanya.



Lepas tu adalah masa untuk kita pilih program urutan apa yang kita mahukan. Terdapat 20 jenis urutan yang boleh kita pilih dan kerusi urut Gintell S7 Superchair ini boleh menyimpan sehingga 10 rekod individu .. bermakna satu keluarga boleh menggunakannya! Bila nak guna sebut je mom massage atau apa-apa nama yang kita save di dalam kerusi ini. 



Kerusi urut Gintell S7 Superchair juga ada bluetooth. Sambil urut sambil dengar lagu-lagu kegemaran kita .. boleh hiburkan hati sambil berurut lah! Malah kerusi urut S7 ini boleh mengurut badan kita mengikut irama muzik yang kita pilih. Wow sangat, kan!


Kita boleh juga cas telefon sambil berurut


Satu lagi yang menarik tentang kerusi urut Gintell S7 Superchair ini adalah ianya lengkap dengan program 'stretching' atau regangan di mana kerusi urut ini boleh membantu badan kita melakukan regangan. Seperti yang kita ketahui, regangan adalah penting dan selalu kita amalkan sebelum dan selepas bersenam bagi mengelakkan risiko kekejangan atau kecederaan  pada otot akibat dari bersenam. 

Sistem regangan yang dipanggil CL stretch selama 3 minit ini diilhamkan oleh Dato Chris Leong, pakar penetapan tulang terkemuka yang menggunakan kaedah Perubatan Tradisional Cina. 

CL stretch ini baik untuk selaraskan badan, untuk elakkan masalah bongkok, untuk kurangkan sakit pinggang dan untuk mereka yang menghadapi masalah 'lower back'
.


Buat mereka yang mahukan urutan yang lebih santai dan menenangkan, kerusi urut Gintell S7 Superchair ada 'air bag' iaitu pelapik 'cushion' yang boleh mengurangkan tekanan kepada anggota badan kita.



Badan saya sedang diurut oleh kerusi urut Gintell S7 Superchair. 



Nak tau tak apa yang saya rasa? Memang boleh rasa bagaikan ada tangan sedang menekan bahu saya, belakang badan saya, pinggul, kaki dan tapak kaki. Semasa regangan badan sedang dijalankan, kita kena perlu banyak bertenang dan tidak mengetatkan badan .. almaklumlah .. Gintell  S7 Superchair nak tarik otot-otot badan, kan. Yang penting, lepas satu badan serta tapak kaki diurut dengan Gintell S7 Superchair ini, Misz-ella boleh berjalan kaki dengan kasut wedges setinggi 2 inchi itu tanpa rasa penat pun. Berkilo-kilometer Misz-ella berjalan hingga ke malam you alls ..



Bersempena dengan pra-pelancaran kerusi urut Gintell S7 Superchair ini, Gintell sedang menjalankan promosi dengan potongan harga yang sangat istimewa buat bakal pemiliknya. 

Ada potongan harga istimewa serta rebate, ada hadiah istimewa dari jenama Gintell untuk pelanggan bertuah dan bermacam lagi.

So pembaca kesayangan, jangan lupa layari serta ikuti :-

Laman web :

Facebook Gintell :

Instagram Gintell:

0 comments: