Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Pecal - mudah dan berkhasiat

Hai pembaca kesayangan,



Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang Pecal, salad tadisi masyarakat Jawa yang dimakan bersama kuah kacang. Istimewanya pecal kerana ianya vegetarian dan sangat berkhasiat. Glamour nya pecal kerana ia diterima oleh segala lapisan masyarakat, malah disenaraikan di buffet hotel 5 bintang.

Bahan utama untuk pecal dah semestinya lah pelbagai jenis sayur-sayuran - pucuk ubi, kangkung, kacang panjang, tauge (dicelur dahulu) lepas tu ada timun, sengkuang, (dihiris halus) dan dilengkapkan dengan tempe dan tauhu goreng. Kalau dikampung-kampung biasanya pecal akan dimakan bersama seketul dua nasi impit. Tapi buat Misz-ella sendiri, kalau tak da sayur-sayuran kampung seperti di atas, Misz-ella guna sahaja apa sayur yang ada - carrot, kobis, daun salad (dihiris halus-halus) pun boleh .. lepas tu rebus telur dan kalau ada kentang, rebus kentang tu dan potong kecik-kecik. Ni kira pecal moden lah sebab sayurannya moden.

Untuk buat kuah pecal, mula-mula goreng kacang tanah (tanpa minyak) dan tumbuk halus. 

Lepas tu panaskan minyak dan goreng cili kering, bawang putih, bawang merah, halia, belacan dan asam jawa (yang dikepal). Bila semua bahan-bahan ni dah garing, angkat dari kuali dan toskan minyak.

Tumbuk semua bahan-bahan kecuali asam jawa. Lepas tu masukkan dalam mangkuk dan masukkan kacang tanah yang dah ditumbuk tadi. Gaul rata. Masukkan garam, gula, air (jangan terlalu banyak, nanti cair) dan air asam jawa.

Kacau-kacau dan hidang. Ada orang letak ubi cekur tapi Misz-ella tak letak sebab susah nak cari.



Tadaaaa .. itu dia juadah berbuka puasa hari ke 8. Pecal, Bihun goreng, kuih sagu (buat sendiri) dan kuih tepung pelita (beli saja).

Hari ni Ramadan ke 9. Selamat Berpuasa you alls. 





0 comments: