Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Kertas Kerja, Masak-Masak dan Berbelanja


Ellaaaaa ... Get It Done!!
Baik Tuan ~ Jawap Misz-Ella yang menurut perintah

But i dont care .. i rush to Supermarket to did some shopping during lunch time.
Left the office at 12 .. be at my table by 1pm. Bergegas-gegas i tauuu ..

Sawi putih goreng.

Ikan Haruan Masak Paprik

Dua hidangan tengahari hasil dari Aktiviti Main Masak-Masak pagi ni. Pastu rushing menyiapkan Dokumen Tender untuk di 'submit' pagi ini. Memang lah penat tapi hepi and i'm feeling great. Hehehe.




Mahu Tau. Ambil Tau.

Sikap MAHU TAU dan AMBIL TAU akan sesuatu perkara memang baik. Tapi sekiranya terlebih ambil tau mungkin boleh mengundang prasangka ~ Eeeee .. busybody la dia ni. 

Apa hak kita mahu tau lebih-lebih tentang dia sehingga terlebih soalan kita bertanya?  Kau ni banyak tanyalah. Macam Polis Pencen tengah 'interrogate'. Ada benda boleh tanya .. Ada benda sebaiknya kita diamkan sahaja. Give them some space for themselves. Jangan sampai dalam hati dia bercakap ..."Eh .. aku rimaslah dengan kau". Jangan sampai kerana sikap kita yang terlebih busybody orang boikot atau benci.

Apa pun .. bila melibatkan orang-orang disekeliling kita, harus ambik tau. Tak boleh buat tak tau. Tapi seperti biasa .. BERPADA-PADA. Jangan sampai orang benci. 


Geng Makan

Rasanya lah, dalam ofis ni .. susah nak jumpa Geng macam kami. Makan sama-sama .. gelak sama-sama .. at shoulder you and me we cry together. Dalam bersahabat, i learn untuk terima setiap sahabat seadanya. Tiap orang punya karakter yang berbeza and this character added colours in our life. Treat everyone equally. Jangan letak status kita lebih tinggi dari yang lain. Kita semua sama lah. Cleaner ke, Kerani ke, Receptionist ke, Pegawai ke .. sama je kita disisi Tuhan. Satu lagi, i paling tak suka kawan yang suka main belakang. I donno about others, tapi i kalau tak suka, i luahkan masa tu jugak. Pastu settle and clear. Dah boleh gelak-gelak balik dah. Tak sukalah simpan titik hitam dalam hati .. bikin kotor hati dan jiwa je.

Tapi ada jugak orang .. depan kita baik gila .. belakang dialah Gunting Dalam Lipatan. Terpedaya dengan kelembutan, kebaikannya.Terkedu. Tak sangka dalam baik-baik dia, dia tikam belakang kita. Heiiii .. cukuplah sekali dua terkena dengan orang camni. Tapi Syukur jugak bila jumpa orang camni sebab setiap kejadian datang dengan pengajaran. Tuhan tak pernah turunkan ujian dengan percuma .. diselitkan hikmah disini sana. 

Rosnah, Lyn dan Fiza.
Berbelas tahun berkawan. I think kalau diaorang tak cukup baik kat i .. or i tak cukup baik kat diaorang .. our friendship takkan lama camni. We know each other character very well. Lyn yang ada masanya 'emotional' .. kalau keja banyak dia stress .. kelam kabut .. buat kerja suka buru-buru .. nak cepat siap. "Aku ni gelojoh La" .. Kau memang ~ mcm tu la i jawab. Tapi Lyn rajin. Rajin sangat-sangat. Prihatin. Prihatin sangat-sangat. Kalau dia masak, sepuluh kali dia remind i .. La .. nanti kau makan tau. Ye lah. Ye lah. So tak kira if that lunch hour i have to go out for banking or whatsoever .. balik ke ofis i still kena makan. Lyn ... Lyn ... kadang-kadang rimas tapi itu tanda dia sayang kita, kan. At one time Lyn ada masalah peribadi yang buatkan hampir seluruh ofis mengata dia ..tapi tidak kami bertiga. We supported her all the way and when she settled with her problem, i remembered she came to the office that morning, dia peluk cium dan menangis di bahu kami bertiga*sebak*
Fiza whom i knew since kerja kat MPC lagi. Dia tak kawin, i pun single. Dalam ramai-ramai ni, dia yang mula-mula ada kereta. Ke main glamer kau dia ke sana sini. Sekarang tiga anak bujang dia dah besar. Seronok lah tengok anak-anak kawan membesar depan mata sambil kita tua bersama. Hahaha.
Kak Senah ~ She is so special. She has a likeable character yang mana kalau borak dengan dia, automatically mesti ada rasa nak gelak. Dia tak pernah condemn orang yang dilanda musibah sebaliknya dia akan buat you rasa comfortable talking with her. Kalau tengah-tengah stress cari lah dia .. dengar lawak dia pun dah boleh gelak besar. I kan, kalau cuti lama-lama .. mesti akan rindu kat dia. Kalau tak da mood nak datang kerja tetiba-tiba teringat dia .. wahhh .. melompat turun katil .. terus bersemangat. Heheh.

Tengahari tu kita makan ni. Lyn bawak Kari Daging dan Sambal Bilis tumbuk. Kak Senah bawak Ulam Timun. Fiza bawak Ikan Masin Goreng and i dont bring anything cos they forgot to remind me. Kalau orang lain bawak bekal sebekas pastu makan sorang-sorang .. kami bawak bekal untuk empat orang. At one time, my husband labelled me as Restoran Bergerak. Macam-macam bekal Mama bawak gi kerja ye. Hahaha.

Tq friends kerana menerima saya seadanya .. Saya yang tidak sempurna .. Saya yang banyak kekurangan di sini sana. Buat 3 orang ni .. kadang-kadang diaorang tersebut jugak .. Ella walaupun kadang-kadang dia marah kita, tapi hati dia baik. Sapa yang susah dia tak tolong?*ini diaorang cakap .. bukan i, ye*  Alahai kawan .. rilek arr. Mana yang boleh i tolong .. i tolong. Kalau tak boleh, awal-awal i angkat bendera putih surrender. Hehe.

 I know this photo tak da kena mengena dengan entry tapi nak senyum kat u ols yang sedang membaca Entry ini. Hai awak .. kita senyum kat awak .. walaupun kita tak tau awak sapa. Have a good day, awak.

Last but not least .. I love all my friends. Having said, i hate bergaduh dan bermusuh. Bukan apa .. takut hari ni kita bermusuh dengan dia suddenly kita stuck somewhere tengok-tengok musuh kita tu tolong kita balik. Hidup ni macam rantai. We never know what He wrote for us. Daripada bermusuh, bergaduh .. lebih baik berbaik-baik. Afterall, Life Is Easy. Why Make It Complicated? Apa masalah tak boleh selesai? Tu pasal kadang-kadang i suka orang yang telus dan berterus terang. Walau kedengaran macam 'kurang ajar' dan melukakan perasaaan, at least dia ikhlas .. tak hipokrit .. tak bermuka-muka. Tak suka, cakap. Jangan simpan. Pastu kita review sama-sama. Mana yang tak betul, kita betulkan. Mana yang kurang, kita perbaiki. Mana ada manusia yang sempurna beb. I sendiri ambek masa untuk berubah belajar menerima teguran orang. Memang la i terasa mula-mula pastu i fikir .. kenapa eh dia marah aku? Aku salah ke? Secara logiknya .. ada sebab kenapa orang marah kita and i believe teguran datang kerana rasa kasih dan sayang. Teguran tidak bertujuan menjatuhkan sebaliknya mengindahkan. Lagipun for me, bergaduh ni menyakitkan hati dan jiwa je. Takmo la sakitkan hati. Kalau boleh nak jaga hati .. nak hati baik-baik sahaja. God only gave us one heart, kan. OK lah kawan-kawan. Sekian Entry Berkongsi Pendapat dan Cerita buat renungan kita bersama. Mekaseh baca. Bye.





Satu pagi hari Sabtu

Jam telefon cap Ayam berbunyi pukul 6:15 pagi. Alaaaa .. dah kena bangun ke ni? Malasnyaaaa .. rasa mahu terus di katil bertemankan comforter lagi. Nak lagi. Nak lagi. Nak tido lagi. OK. Gimme 5. Lagi 5 minit lah ~ tewas akhirnya dengan ajakan Syaiton .. bukan 5 minit tapi 20 minit. Tersedar semula jam 6:35 pagi. Cepat-cepat bangun dan Solat. Pastu gegas ke dapur dan seperti biasa ... bermulalah rutin pagi seorang Wanita berstatus Ibu dan Isteri.

Peria rangup. Pertama kali makan peria rangup ni kat Kedai Mamak. Tersuka. Terjatuh cinta .. jadi hidangan kami sekeluarga akhirnya.

Ikan Keli Goreng ni memang feveret diaorang. Buat Cik Anon yang suggest Aiman makan Ikan Haruan yang terbukti baik dan berkhasiat untuk mereka yang baru menjalani pembedahan, Terima Kasih ye. KC dah beli Ikan tu. 3 hari berturut KC masak Ikan Haruan untuk Aiman. Goreng sikit-sikit pastu masak dengan Air Asam Jawa, buat masak Paprik dan masak Taucu. Nak masak Sup takut Aiman tak lalu. Sekarang ni kan, ada 3 ekor yang masih hidup dalam Akuarium rumah KC. Terima kasih adik atas nasihat tu. Walau kita tak kenal, tak pernah bersua, nasihat Adik berharga. KC hargai. TQVM.

Kari Ayam. 
Ada yang kata lepas pembedahan jangan makan ayam. Tapi Aiman so far Alhamdulillah .. dia tak allergic dengan ayam. Cuma kita elakkan dia makan makanan yang boleh menyebabkan kegatalan seperti belacan dan seafood. Ohh ye .. lagi satu nak bagitau, pembedahan Aiman hanya untuk mengeluarkan darah beku di kepala. Tak melibatkan otak. We dont touch the brain ~ kata Dr. Lee, Pakar Bedah Hospital Sg. Buloh. BTW, terima kasih kawan2 atas doa untuk Aiman. Dia dah semakin sehat. Dah turun naik tangga, dah tengok laptop, dah mula ajak jalan-jalan*amboiiii* 

Nota kaki pagi Sabtu :~
Hati tak lagi tertutup .. mula terbuka dan menerima. Kata seorang Teman, jika pintu hati yang selama ini tertutup mula terbuka, itu tanda kasih sayang Allah SWT pada kita. Alhamdulillah. 

W.I.P. ~ Work In Progress

Bila mula bekerja setelah cuti 9 hari menjaga Aiman, kebizian rutin jadi double dan triple nampaknya. Ada projek nak apply E.O.T. .. ada Dokumen Tender nak kena isi .. Correspondence In/Out  nak kena buat lagi .. 'macam-macam'. Sib baik Kak Senah ada .. sib baik jugak 'My Project Team" sekepala. Kerja jadi mudah .. mood pun ceria*Hepi*

Mula-mula Butang tanya Kakak Cool. Nurul QS baru dengar je ye dulu ..


Pastu Kakak Cool explain ..


Begitulah satu peristiwa di Hari Khamis di Floor kita. Hari Khamis dimana semua Staff baik Admin mahupun Teknikal wajib berbaju biru. Hari Khamis dimana kita tak pakai baju tu sebab kita harus ke Putrajaya pagi tu. Sepanjang 16 tahun bekerja disini .. I love my Project Team. So far, kitorang OK .. semua kepala. Tak da soal tindas menindas, tak da isu orang ni nak lebih dari orang tu, tak da cucuk mencucuk. Kalau ada 1 atau 2 isu dan perkara yang menyebalkan hati dan perasaan .. kita lupakan. Yang kami beratkan ialah kerjasama and to get the work done happily. Lain projek lain cabaran lain tugasan walaupun Skop Kerja lebih kurang sama. At the same time, i'm approaching my target at 40's. Apakah? Rahsia. Hehe.

BTW, Thanks to Kak Linaharwati, Siti Rafeah yang hantar email baru-baru ni. Maaf, belum berjawab sebab masih bizi. Jap eh .. Nanti  dah clear semua i reply u. TQVM. Terharu ..

OK lah. Sekian sahaja Cerita Satu peristiwa di Floor saya di Hari Khamis yang serba biru.  Nanti kita cerita lagi ye. Terima kasih baca. Bye.

Kembali Normal

Hari ni, sudah kembali bekerja. Bangun pagi main masak-masak untuk Famili. Pastu bersiap ke tempat kerja. Syukur Alhamdulillah .. Aiman yang kuat semangat sudah keluar (discharge) dari Hospital semalam. Doktor Pakar benarkan Aiman pulang setelah puashati dengan semua Laporan Perubatan.

Tak da demam. Tak da sawan. Tak da pitam atau pengsan lepas pembedahan. Jumpa lagi on the next appointment ~ 14 days from now. Alhamdulillah ... tapi harus terus berdoa dan berdoa. Moga proses pemyembuhan Aiman berjalan lancar. Next Cerebral Angiogram will be done 6 months from now. Kita doa agar Aiman baik-baik sahaja. Semalam masa nak balik Aiman nampak sedikit sedih .. sebab dia tinggalkan Firdaus dan Divakaran yang masih belum boleh pulang. Tak pe Aiman .. Kita doakan diaorang. Kakak-Kakak Nurse kat Wad 7B semua gembira Aiman dah boleh pulang tapi sedikit terasa sebab diaorang kata Aiman ibarat Penghibur mereka di sini. Baik Security, baik Cleaner, baik Tukang hantar makanan mahupun Tuan Doktor .. semua dia tegur dan buat kawan. Aiman tak sombong. Dia peramah dan murah dengan senyuman. Bak kata Siti Hawa salah seorang Nurse yang jaga dia ~ Kerja Nurse ni stress .. tapi bila dapat 'patient' macam Aiman, terhibur rasa hati. Alhamdulillah. Moga-moga ada ganjaran pahala bila buat orang lain ceria. 

Firdaus 14 tahun. Dia jatuh masa ambek bola kat garaj. Ada pendarahan kat kepala dia tapi Alhamdulillah .. tak membeku. Dia dimasukkan ke Wad untuk pemerhatian selama 5 hari. Firdaus keluar hospital sama hari macam Aiman tapi lewat petang. Divakaran 16 tahun. Dia masuk Hospital untuk "Follow Up Check Up" Tahun lepas dia operation buang ketumbuhan di otak. Suka tengok dia .. dia selalu positif dan ceria.

Nurse selalu keliru dengan diaorang berdua. Nampak Firdaus panggil Aiman. Nampak Aiman pun panggil Aiman. Hehehe.

Aiman kata .. Ni Wad 1Malaysia. Molek sangat la tu. Hehe.

At the moment Aiman kena rehat. Doktor bagi MC sampai 18hb Julai ni. Harap-harap bila kita pegi Follow Up Check Up 18hb ni more and more good news menanti. InsyaAllah.

Hadiah Harijadi ke 39

Bagaikan terlupa yang 3.7.1973 ialah hari ulangtahun kelahiran ku. Macamana lah nak ingat, walau nampak tenang fikiran serabut sebenarnya fikirkan Aiman. Selagi tiada kata putus tentang "Cerebral Angiogram", hati  ada banyak Tanda Tanya. Tapi SMS dari kawan-kawan kesayangan, famili dan adik beradik menyedarkan .. Hari ni Harijadi Aku ..

Aiman cakap .. Ma .. Hepi Birthday. Sian Mama kat Hospital masa Birthday. Nanti Aiman dah ok kita celebrate best-best eh*sambil keluarkan Kad Ucapan* .. Abah tolong belikan tadi. Owhhh .. Tq Aiman. Soon, more n more birthday wishes received on my handphone. TQ all. 

Pukul 10 pagi Dr. Lee and The Team datang tengok Aiman. Puan, .. Today by 2pm Professor Dr. Sobri will make a review on your son's condition. Berdegup jantung ~ Ya Allah Ya Tuhanku, bagilah aku kekuatan untuk menempuh saat ini. Zikir dan doa tanpa henti . Jiwa kacau walau nampak tenang. Ya lah .. dalam keadaan ini yang hanya mampu dibuat hanya lah doa dan zikir banyak-banyak. Mohon ketenangan .. mohon keredhaan .. mohon ketabahan dengan apa jua berita. 

Selepas pukul 3 petang, Dr. Tan datang ke Katil Aiman. Aiman masa ni tengah tidur. Puan, Encik, Professor Dr. Sobri has just called us. He said no need to do operation. Its just a malformation of vain. Cuma perlu scan sekali lagi dalam tempoh 6 bulan dari sekarang. Ya Allah .. Syukur Alhamdulillah. Rasa nak menitis airmata waktu tu jugak tapi entah kenapa .. airmata susah sangat nak gugur depan orang. Orang pertama yang i SMS untuk sampaikan khabar gembira itu ialah my sister KY. Pastu adikku Aishah. Pastu kawan-kawan rapat. Dan bagaikan ada magnet, tiba-tiba bertalu SMS bertanyakan khabar Aiman. Alhamdulillah .. Sokongan dan dorongan dari kawan-kawan buatkan kita lebih kuat dan bersemangat, kan.

Petang 3.7.2012 ~ Katil 8 Wad 7B, Hospital Sungai Buloh. KY, Aishah and Mama datang melawat with small birthday cake for me. Alaaa .. malulah .. Ishhh korang ni .. susah2 je. Pastu diaorang nak nyanyi .. Alaaaa .. takmo arr .. nanti ganggu yang lain-lain. Tak pe .. kita nyanyi bisik-bisik ~ kata Aishah.

Me, Aiman and Aishah. It's my birthday but i told everyone ~ Doakan Aiman. Kerana anak adalah anugerah paling berharga yang pernah me terima sepanjang menjadi Hamba di bumi Tuhan ini. Dan berita gembira yang dikhabarkan Dr. Tan sebentar tadi adalah hadiah harijadi paling bermakna pernah ku terima sepanjang 39 tahun ini. Ya Allah Ya Tuhanku .. Hanya Engkau tempat kami berserah .. tempat kami meminta. Allah SWT sayang kita ~ Diduga dengan kepahitan dan diberi ganjaran kemanisan. Syukur Alhamdulillah. 

Seharian di Hospital .. lepas pukul 8 malam i drive home, leaving Aiman with his Abah. Memang biasanya macam tu .. tiap-tiap hari siang Aiman dijaga Mama .. malam Abah yang meneman. Received SMS dari Kak Zana .. Ella dah balik? OTW kak. Sampai SU tak terus balik .. pegi kedai beli barang .. esok nak masak untuk Aiman. Sampai rumah letak barang-barang .. ambek gunting nak ambek daun limau purut luar pagar .. tekan autogate dan keluar .. tiba-tiba ada dua orang wanita manis kesayangan. Eh .. laaaa .. bila sampai? Masuklah.  Kak ella niii ...  sambut kitorang tak macam sambut tetamu pun .. siap bawak gunting lagi ~ Kata Yanti si Bedak Sejuk sambil ketawa dengan Kak Zana. Memang la .. Kak Ella nak gi ambek daun .. bukan nak sambut orang .. tu yang keluar bawak gunting ni .. tak tau pun Yanti dan Kak Zana ada kat luar .. Masuklah. Camtu la kita cakap dengan dia orang berdua *sambil gelak-gelak*


Kak Zana, Yanti, Terima Kasih banyak-banyak bersusah payah datang ke rumah membawa kek for me. Betul-betul terkejut .. tak sangka dengan kejutan ini. Kita cerita-cerita .. gelak-gelak .. dan tiba-tiba terfikir .. Ya Allah .. dah lama aku tak gelak besar macamni. Betul-betul gembira dan gelak aku harini. Alhamdulillah .. diduga dengan berita yang mencemaskan selama 7 hari ini dan diberi ganjaran kemanisan hari ini. Alhamdulillah. Setiap inchi Ujian yang kita hadapi adalah sentuhan kasih sayang dari Allah. Alhamdulillah.

Frens .. TQVM for all Doa untuk aiman. TQVM for the Birthday Wish.
Appreciate sangat-sangat.
Sayang korang ketat-ketat.
*Hugs*