Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Makan Bawang RM9



Kalau orang lain mahukan 'Root Bear Float' kalau ke A&W, kita tetap akan pilih 'Ice Peach Tea'. Air-air Bergas ni tekak kita kurang lalu ler .. Tak international sungguh tekak kita, kan. Hehe.

Pastu suka sangat makan bawang kat sini. Onion Ring dia sedapppppp sangat. Dan jugak mahallllll sangat. Dekat RM4 kot rasanya bawang tu. Ni makan sorang .. kalau makan berdua dengan Aiman mesti tak cukup. Dia tu "Hantu Bawang'. Hehehe. Sapa ada resepi Onion Ring? Meh share dengan kita. Hmmm .. OK  lah. Sekian Entry Makan Bawang untuk Tengahari di A & W buat kenangan hari tua nanti. Mekasih baca ye. Bye.

Fikir Orang Lain Boleh Tak?

Memang sifat semulajadi kebanyakan manusia sukakan perkara atau benda yang 'at their favour.' In my life, ai terlalu selalu jumpa orang camni. Orang camni dia kira dia jer. Janji dia lepas. Orang lain dia punya hal. Janji dia senang. Kau susah aku tak kesah. Orang camni fikir dia jer .. tak pernah fikir orang lain. Selfish sungguh. Geram lah.

*Jangan sampai terlanggar sudah*

Geng Gelak Besar

Hari Khamis malam minggu lepas, Geng Gelak Besar iaitu Teacher Cantik dan Anak Didiknya si Alin datang membawa bersama Hanim untuk tengok Aiman. WaWaWa .. meriah sekejap rumah kita dengan riuh rendah ketawa diaorang. Diaorang ni jenis kalau gelak .. gelak betul-betul .. keluarkan .. tunjukkan perasaan suka dan ria tu .. jangan simpan-simpan .. jangan tahan-tahan. Kalau marah pulak .. marah betul-betul ... show your emotion sampai satu taman boleh dengar. Jangan pendam-pendam .. biar lepas. Hahaha .. yang ni korang jangan percaya .. sah Misz-Ella tokok tambah. Jangan marah Kak .. gurau jer. Hehehe.

By the way (BTW), Yanti si Bedak Sejuk and another close friend of mine Professor Dr. Rozzana pun ada juga. Kita cerita-cerita .. gelak-gelak .. makan dan minum macam tak boleh berhenti. Aktiviti exercise muka dengan cara bergelak tawa dan membelai 'Cik Tummy' dengan makan dan minum berjalan serentak nampaknya ye. Tak pe .. minggu depan dah puasa. Tummy boleh berehat di siang hari tanpa diganggu oleh kami melainkan kalau kami cuti. Hehehe.

Aiman yang dah semakin sehat .. rambut pun dah semakin banyak suka bila 'Mommy' *dia panggil Cikgu Tini Mommy* dan kawan-kawan lain datang ziarah. Tq Aiman tolong buat air, tolong basuh pinggan, tolong layan tetamu .. tqvm.

Mee Goreng sepantas kilat. Sate Ayam dan Sate Daging The Best in Saujana Utama ~ Itu je yang ada atas meja tapi tak per .. yang penting 'tummy' hepi. Bertuah kau 'tummy' .. macam-macam kami isi. Hehehe.

Teacher Cantik, Kak Zana, Yanti, Hanim dan Alin .... Terima Kasih datang ye. Esok-esok datang la rumah kita lagi. Heheh.


Ayam Tomato Sambal Berserai + Masak Air Sawi Putih


Harini kita masak. Chewahhh .. macam gempak sangat la kau. Hahaha. 3, 4 kali seminggu je kita  tak 'miss' masuk dapur tapi kalau penyakit M menyerang .... HaiHaiHai .. bungkuih je la ye.


Ayam Sambal Berserai. Kali ni lebih special sebab tambah tomato so kita tukar nama dia ke Ayam Tomato Sambal Berserai. Dah macam rupa Rendang, kan. Tu la akibatnya kalau tumis sambal terlebih garing .. cili merah dah nampak macam cili kering!! OK Meh kita kongsi cara-cara membuatnya. Ambik setengah ekor ayam, goreng ayam tu separuh masak dulu. Cili masak 4-5 biji (yang panjang dan sehat lagi segar), buah tomato 2 biji, serai 2 batang (dihiris), bawang besar 1 biji. Kisar sume ni sampai hancur. Tumis bahan-bahan ni sampai cili garing .. kalau nak lebih aroma dan rasa serai .. masukkan 2 batang serai yang dititik .. buh air sikit .. masukkan sekeping asam keping. Masak sampai betul-betul kering .. buh garam dan gula. Rasa-rasa pastu angkat dan hidang. Aiman cakap ... "Ya Allah ma sedapnya .. tapi pedas gila" .. Rilek arr Man  .. pedas pun makan jer .. baru la macho  ~ giteww la kita pujuk dia.   

Sawi Putih is alwaysss favorite. Ni buat Tumis Air jer .. tak yah resepi la ye. Senang sangat-sangat. Pejam mata dah siap. WaWaWa .. dah la murah, mudah .. baik utk kesihatan lak tu. Ce ko makan ni ari-ari Ella .. idok le jarum penimbang tu sokmo naik. Tapi tu la .. kaki makan cam Misz-Ella ni udah malas mahu diet seperti dolu-dolu. Kalau diet pun dua hari setengah jer. So, redho je la kalau berat badan idaman tak kau dapat ye. Hehehe. OK lah. Got to go. Mahu berfikir Menu esok ari. Mekaseh baca. Bye.


Khamis yang manis

Di satu hari Khamis yang manis ..

Amboi Jue .. Baju biru, Tudung Polkadot Biru, Beg Biru ~ Serba serbi biru kau ye.

Sayangnya hari ini Mat Salleh mengalami symptom Buta Warna ~ Maka baju Hari Isnin dipakai di hari Khamis yang manis yang sepatutnya adalah Hari Biru. Chheeehhh .. buat spoil Foto kita jerk. Hehehe.

Dan kemeriahan di satu hari Khamis yang manis berterusan bila tengahari tu saya masak Sambal Sardin yang tersangatlah Fuiyo .. sedapnyaaaaa   ... *kata Lyn dan Fiza* dan malamnya rumah saya didatangi oleh Geng Gelak Besar. Meriah rumah ... Dekat pukul 12 malam baru diaorang pulang. OK lah. Sekian Entry mengenang satu hari Khamis yang manis yang dipenuhi dengan wahahahaha .. kakahkah dan hahahaha *gelak besar kitorang* Sekian. Mekaseh baca ye. Bye.

Rezeki Aiman

Sampai hari ini, masih ada tetamu mahu ke rumah untuk menziarah. Masih ada yang bertanya khabar. Tu tandanya masih ada yang prihatin dan sayang, kan. Alhamdulillah. Rezeki Aiman. Masa di Wad ICU, ramai pelawat yang mahu melawat Aiman sampai harus beratur menunggu giliran. Maklumlah hanya 2 orang dibenarkan masuk dalam satu masa. Kadang-kadang sampai tak cukup masa. Masa di Wad biasa, orang depan selalu cakap .. Ramai? Alhamdulillah. Rezeki. Dan kini, walaupun Aiman dah balik ke rumah, masih ramai tetamu datang ziarah. Mana-mana yang tak sempat ke Hospital tu, diaorang sudi luangkan masa datang ke Teratak buruk kita. Ingat lagi masa kat Hospital, masa Aiman dah betul-betul sedar, masa Tok Ayah Ngah dan keluarga datang, masa Opah datang, masa Kak Yon dan Abg Yon datang, airmata Aiman menitis menangis. Sebak. Terharu barangkali. Pastu bila dah balik rumah, family Ana datang, kawan-kawan Aiman datang, cikgu Aiman pun datang. Hari Sabtu petang El, Kak Long Shakira and Key my cousin dari Kelantan, KY and Family, Mama dan Abah dan kawan-kawan Aiman datang serentak. Mak aihh .. riuh rendah sekejap rumah. Sib baik KY dan Abg Pai suaminya ringan tulang menolong di dapur. Semalam, tengah-tengah nak azan Maghrib tu, datang jugak tetamu. Sila-sila. Masuklah. Terima Kasih Lyn dan Mummy sebab datang*Walaupun datangnya macam semut dan pulangnya macam ribut.* Dan hari ini dijangka bakal menerima tetamu lagi. Alhamdulillah. Rezeki Aiman. Sekarang Aiman dah semakin sehat. Dalam mengerjakan rukun solat, Aiman tak da masalah untuk rukuk dan sujud. Jahitan di kepala dah makin kuat ... Kulit dah bercantum. Tidur malam dah lena .. makan pun dah makin berselera. Alhamdulillah. Mama lega sangat-sangat. No matter what, i owe something to all of you. Doa kalian ... Sokongan kalian .. penguat semangat kami. Alhamdulillah .. rezeki Aiman semua tu, kan. Syukur.

Dia bahagia. Kita gembira.

Khabarnya kawan saya nak kawin. Dia bahagia .. saya tumpang gembira. Alhamdulillah. Moga termakbul semua doa dan impian dia. Insyaallah. Amin. *sudah terbau Nasi Minyak*