Memula kami pegi rumah orang. Pastu rumah kita lak didatangi diaorang ~ Satu kejadian di Hari Khamis Malam Jumaat dimana 2 rumah kena terjah sempena Aidilfitri ni*termasuk rumah Misz-Ella*.
Rumah rakan FB kita iaitu Fiza yang gayanya ala-ala Mak Datin hanya 15 minit je dari rumah kita. Sampai hari ni masih teringatkan Rendang Ayam Cili Api yang Fiza masak. Lemaknya .. pedasnya .. lengkap terasa semua. Masih terbayang asyiknya bersembang sampai berulang lagi peristiwa 'tak reti-reti nak balik ke'. Hehehe. Kat meja makan sembang .. depan pintu sembang .. luar pintu pun sembang lagi. HaiHaiHai .. mak-mak orang ni kalau dapat menyembang anak-anak dan bapak-bapak sure kalah punya. Hihihi.
Mekaseh Fiza. Makanan sedap .. layanan "very warm" sampai tak nak balik kami rasa. Sembang kat dalam .. sembang kat luar .. sib baik tak kidnap Fiza bawak balik rumah KC untuk sambung borak lagi. Hahaha.
Pastu Zila dan Alin datang rumah kita. Fiza tak join sebab dia dah datang masa Rombongan GHMB ke rumah kita petang Ahad tu. Kita tak masak apa-apa hanya hidang Sate Ayam, Nasi Impit dan Kueh Raya apa yang ada. Malam ni diaorang berdua tak jadi Cinderella .. sebab diaorang hanya pulang selepas jam 12 malam. Elehhh .. rumah korang seminit dua je dari rumah KC .. lambat sikit pun tak da hal, kannnn. Best. Seronok .. bila kita berbual .. bergurau .. bergelak ketawa bagaikan tiada sempadan antara kita. Seronok kan bila berkepala gila-gila. Hehehe.
Kueh raya apa yang ada. Ni je yang tinggal. Tahun ni bagus. Misz-Ella tak banyak membazir on cookies. Kalau tahun-tahun yang lalu dekat RM500 Misz-Ella belanja untuk kueh raya .. tahun ni hanya dalam Seratus Dua. Alhamdulillah. Iman dapat mengatasi nafsu *tang tu je .. hihi*. Paling best tahun ni Mak Mertua Angah siapkan Kueh Makmur Tradisional untuk kita. Sedap sangat kueh Makmur Makcik Siti .. dibuat secara tradisional menggunakan kain menemukan bucu ke bucu. Tradisi sungguh cara-cara membuatnya, kan. Pastu my SIL Kak Ngah buat Oat Cookies ~ signature cookies dia. Full of oats tanpa tepung .. kurang manis khas untuk adik Iparnya Misz-Ella. Tambah manis bila tahun ni Misz-Ella tempah cookies dari Zaffran, Chef Muda berumur 19 tahun yang mula sibuk buat cookies 2 minggu sebelum raya. Tahun depan Misz-Ella nak cari Supplier lain lak. Macam biasa .. tiap 2, 3 tahun sekali mesti Misz-Ella tukar supplier. Saja suka-suka tukar selera.
Sepanjang meraikan tetamu di Aidilfitri tahun ni, Misz-Ella nak ucap Terima Kasih banyak-banyak kat Aiman. Tolong basuh pinggan, tolong buat air. Sampai tetamu Mama puji ~ Aiman tengah basuh pinggan tu KC, rajinnya Aiman. Dah dididik dari kecik lagi. Bila besar camni tak perlu suruh .. nampak je orang datang .. nampak je pinggan kotor .. dia dah tau apa nak buat. Mekaseh Aiman. Mama love you so much. Muahhhh.
Walau sudah 17 Syawal, kemeriahan AidilFitri masih diteruskan di kejiranan Misz-Ella. Memandangkan Raya dah tak banyak bakinya .. maka malam semalam kami putuskan untuk Ber Emejing Res Raya dengan Misi Satu Malam Dua Rumah. Malam ni rumah Maz dan Kak CT. Malam esok rumah Nor dan Kak Ani dan seterusnya .. seterusnya dan seterusnya lagi. Almaklumlah .. raya dah nak habis .. rumah jiran sebelah menyebelah depan belakang banyak lagi tak pergi. Hai diet .. Hai exercise .. ke laut lah kau sepanjang Syawal ni. Akak nak enjoy membelai tummy dengan itu ini. Raya kan setahun sekali. Yeayyy!!!
*Masih berbaju S* Hehehe.
6 comments:
23/9 nanti kita beraya di luar musim raya pulak, ya Ella. :)
untungnye ada anak lelaki yg pandai menolong...confirm ramai yg nak wat menantu ni.he3
Untungnya kak kc...syg aiman jgk..haha
Makan banyak badan tak naik=untung...lagi untung bila dapat anak yg baik...:)
kih3.. terbaikkk kc
p beraya mkn pon sodappp
untung ada anak bujang mcm aiman tu, bertuah kakcik yek
Post a Comment