Bila sebut bilik sejuk, yang kita bayangkan Cold room kat Hospital. Pastu tempat simpan frozen item kat Supermarket .. pastu tempat storage barang-barang khas kat Makmal-makmal. Kali ni bukan tempat simpan barang dan tak da kena mengena dengan Hospital tapi Ice Room Kedai Makan
Kali ke dua ke sini. Kuat betul jodoh dengan cawangan Sri Gombak ni. Area ni memang best. Tempat berhimpunnya semua jenis kedai makan yang popular. Kiranya kalau ke sini memang rambang matalah. Sebab banyak sangat restoran .. tak tau nak pilih yang mana.
Chocolate Ice ... Aiman punya ni
Strawberry Smooties is mine. Watermelon Juice milik Aiman.
Garlic Bread + Mushroom Soup dan Crystal Ice. Beehoon Tomyam my Darling dan anaknya yang order. WahWahWah .. bukan main sedap diaorang makan. Habis. Licin. Menunjukkan yang rasanya memang betul-betul sedap.
Yang ni kita punya. Anak kita pun order yang sama - Black Pepper Beef Steak.
Cinonet je Beef Steak dia, kan. Comel.
Yam Bun a.k.a. Roti Keladi. Dalam dia ada filling keladi. Sedap.
4 orang makan kat sini lebih kurang RM90. OK la rasanya .. kena la dengan kualiti makanan dan suasana dalam Kedai. Ada sapa-sapa nak cuba? Jom.
18 comments:
Salam,
Ada satu kat BBB .... mahal tapi sedap. Kalau datang kat BBB, LF dan isteri boleh bawa ke sana
cinonet sgt beef steak nya..kalau saya makan mmg tak kenyang! hahaha
wahhh.. nampak menarik tempat ni.. makanannya pun best2 gak.. :) bilik sejuk ni rupanya.. ingat tadi acon dah terlebih tahap beku.. hehehe
IR mmg best...sis cubalah nasi lemak dia...terangkat....chickenchop dia pun best.. ;)
alahai kc..sikitnya eh dagingnya.. agak2 kalau mintak nasi dia ada serve tak..haha..
Kat bagi ada jugak tapi tak pernah masuk pun, nanti boleh le try bebila lapang.
tgk icecream tu pown dah rasa sejuk hehehe
aiskrim aiman tu menggoda sungguh....
Pernah mkn beef steak dia tu tp rasanya xde la cinonet smpi camgitu sekali..
hurm..mahal kan kak cik kan?..ain pnah gak beli sesuatu dari situ. tapi idak ler tergamak nak g lagi dalam kdaan yang biasa2 nih...tunggu kaya raya dl..mwahaha!! btw..seronok baca entry akk :)
@ LF ... ye la Datuk. Haritu masa ella otw back dari rmh datuk ada nampak. InsyaAllah kalau ada peluang mesti Ella dan famili akan ke BBB ziarah Datuk dan Datin.
@Daddy Ziyyad .. utk awak haruslah 3 pinggan!! hahaha.
U nak tau, I pernah join Gathering Blogger di ICE ROOM sebanyak 3 kali dah..! Mahal tapi berbaloi!
sama dengan Dato,kaklong n family makan Kat BBB,boleh tahan juga harganya..
betul2 cinonet beefsteaknya. selalu lalu yang kat BBB tapi tak pernah teringin nak masuk. Boleh lah try satu hari nanti nampak cam sedap saja Yam Bun dia.
penah makan sekali..tp servis hampa tu psal serik nak pegi.mgkin cwgn tu je yg tak bagus
salam KC, cawangan banting dah tutup la..agaknya org sini tak suka sejuk2..
Jom kc, :)
Jom kc, :)
Post a Comment