Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Amarah Berbisa

Akak cool lah. Saya suka akak.
Cool?
Cool apa tu dik?
Cool Blog ke? Mat Kool ke? Hehehe.

Aku cool? 
No. No. No. 
*sambil goyang jari telunjuk ala-ala Tom Cat*.

Al-kisahnya Misz-ella tak lah se cool mana. I have my own temper which only segelintir orang i.e. yang rapat dengan aku sahaja yang tau.  Bila baik, terlalu baik sangat tapi bila taufan al-marah mendatang,  kata-kata berbisa nahhh .. ambik kau.  Ekcelli, buat Misz-ella, nak sampai ke 'level' marah tu bukanlah senang sebenarnya, perlu satu big issue yang menyuntik hormon adrenalin melonjak naik dan mampu mencetuskan amarahku. Masa tu, bersiap sedialah kau dengan letupan berapi-api ala-ala volcano meletus tak sempat kau nak lari. Hehehe.

Bak kata Aiman, Mama jarang marah, jarang membebel tapi sekali dia marah, lengkap sekali dengan Pakej Perang Dingin. Alolololo .. susahnya hati Aiman bila mama merajuk dan tak makan dipujuk. Dulu masa dia kecik-kecik kalau Misz-ella marah, dia akan kejar Misz-ella satu rumah. Pandang-pandang buat muka kesian sambil cakap .. Maaa .. Aiman mintak maaf. Cakap la dengan Aiman ma. Kawan la dengan Aiman. Aiman sayang mama. Nanti Aiman nak kawan dengan sapa? Alahaiiii .. cair hati bila dengar Sang Kekasih merayu mendayu-dayu. Bila dah besar, strategi dah berubah .. tak da lagi suara sayu mendayu-dayu. Yang ada hanyalah muka bersalah menghulur tangan memohon maaf.  Kalau tak dapat bertentang mata, SMS dihantar.  Sekarang dah download We Chat, maka dihantarlah dia suara mohon maaf serak-serak basah. Cair ok hati kental i .. ingatkan tadi kebal!! Hehehe.

As times goes by, seiring dengan peningkatan usia, sikap amarah berbisa banyak dah ku buang.  Dah tak larat nak marah banyak-banyak.  Its either kerana daku memang dah tua atau daku dah semakin bijak mengawal emosi.  Mana-manalah, i'm happy kerana sesungguhnya marah itu menyakitkan, bukan sahaja dia tapi jugak diri sendiri.  U hurt people with your anger tapi endingnya kita juga menyakiti hati sendiri.  Why hurt yourself?

My driving dah banyak improve sekarang.  Dulu selalu nak laju, zasss kanan zupppp kiri now i tak buat dah lagi. I am more cool dan rilek.  Tak kira la berapa kereta nak masuk depan, asalkan kau bagi signal lantak la kau.  Apa guna drive laju-laju potong kanan potong kiri pentingkan diri sendiri? Jalanraya milik bersama, tak do maknanya nak selfish ok.  Lagi satu bila kat jalanraya i paling tak suka orang buat hal.  Ko buat la hal yang kononnya boleh naikkan amarahku, i still dont care ok. Ko nak gila, ko gila la sorang. Mak nak hidup hepi-hepi je, no stress stress. Baru la awet muda, kan.

Lepak sorang kat Kedai Mamak tunggu anakanda habis Tution.  Tutionnya sejam je, tak berbaloi daku ulang alik. Al-kisahnya, i order Teh Tarik tapi yang datang Teh O.  Elehhh ... takat Teh O, den buleh buat sendiri kat rumah tak yah bazir duit kat Kedai Mamak, kan.  Ikutkan hati memang nak marah sebab tekak teringin Teh Tarik tapi dari daku marah dan menyakitkan hati u and me, lebih baik ku layankan aje Teh O itu.  Mungkin dah ditakdirkan rezeki ku Teh O harini bukan Teh Tarik .. *pujuk hati*

Kita manusia biasa yang punya berbagai rasa dan emosi.  Marah, suka, sayang, cinta, sesal, kecewa, semua ada.  Sebaiknya kita belajar kawal emosi tersebut.  Jangan terlalu marah, jangan terlalu sedih, jangan terlalu suka, jangan terlalu sayang dan jangan terlalu benci.  Segala keterlaluan hanya menyakitkan dan menekan perasaan. Nak buat apa hidup dalam tekanan bila sebenarnya dalam hidup ini kita ada pilihan? Sedih? Konfirm la setiap setiap orang ada episod duka tapi pandai-pandai la pujuk hati.  Think positive, percaya lah pada ketetapan Allah SWT kerana 'Kun Fa Ya Kun' itu milik Dia. Terjadinya sesuatu perkara hanya dengan izin Dia. Bila kita percaya, In Sha Allah kita akan redha diuji.  Bila redha, kita tenang.  Kita tak melatah, melompat, melenting tapi kita 'cool down'.  

Apa pun, Misz-ella bersyukur sebab dah berjaya membuang sikap baran.  When i was 20's bila marah memang menyinga.  Pastu dia turun dan graft tu terus turun lagi.  Alhamdulilah.Saya pengamal Gaya Hidup Sihat. Takmo tension-tension, stress-stress ye kekawan.

Dari melepak depan TV menternak lemak, lebih baik kita bersenam menyihatkan badan dan menyingkirkan stress. Tapi sebelum tu harus la makan dengan famili dan hantar jemput anak ke Tution dulu.  Akak bizi ok tapi tak pe, yang penting i hepi. Jom ikut i Joget-joget malam ni. Opssss ... ladies only ye. Hok jate gi angkat besi. Hihihi.









4 comments:

Kniedaz said...

susah juga nak kawal marah kalau dah biasa pemarah..diri sendiri kena muhasabah diri kan KC... :)

Unknown said...

dulu kita kalau marah syka baling2 barang..heheh..

Anonymous said...

masa muda belia mmg sukar kawal marah...skg dah ok sikit...paling tidak ku senyap dan buat dhek...tapi satu kelemahan diri yang x boleh di ubah...air muka tengah marah, kecik hati, tak suka atau meluat memang tak boleh nak sorok.....ada petua ke KC nak cover air muka bila situasi2 itu.....errmmm....

Akak Kembang said...

Alin nak jd cam kak cik lah.. Sb alin semua lengkap marah sambil bebel