Raya ke 4 ~ Awal pagi Mama, Abah, Adik dan Benno dah datang rumah bawak Nasi Lemak bersarapan di rumah Misz-ella. Harini kita mahu menziarah Adik beradik Abah dan Mama di Teluk Intan. Haishhhh .. ramai orang pening kalau tengok famili besar Misz-ella ni, kan.
My real father is from Kelantan. My step father is a Javanese from Kg. Selabak, Teluk Intan.
Misz-ella, my mom and my sista
My real father is from Kelantan. My step father is a Javanese from Kg. Selabak, Teluk Intan.
My real mother is from Teluk Intan, Perak. My step mother is a Johorean.
We were raised up in a very unique way. We are so lucky for having such a big family dan sangat bertuah berpeluang merasai pengalaman seperti ini yang tak semua orang berpeluang merasainya. I seriously think those pengalaman that we had contributed a lot to our life and personality today. Agaknya sebab tu lah ramai orang cakap i ni Unik kot eh .. Hehe.
For me .. Setakat nak ngomong Jowo sikit-sikit tu i no hal. Kalo demo nok ajok kawe kecek Kelate kawe buleh jah .. kalo dema nak ajak teman borak loghat Perak, teman tak ada masalah .. nak ajak kita sembang cara orang Johor, kita tak da hal. Tu pasal bila raya, kami akan berada di sini sana .. sebab famili kami sangat besar. Seboleh-bolehnya semua tempat kami nak pergi .. semua pakcik-makcik kesemua belah kami nak ziarah .. sebab tu kadang-kadang kami akan berada di sesuatu tempat itu untuk tempoh yang singkat .. tak boleh lama-lama tapi kami tak kesah sebab the most important thing is hajat kami untuk spend quality time with them terlaksana.
For me .. Setakat nak ngomong Jowo sikit-sikit tu i no hal. Kalo demo nok ajok kawe kecek Kelate kawe buleh jah .. kalo dema nak ajak teman borak loghat Perak, teman tak ada masalah .. nak ajak kita sembang cara orang Johor, kita tak da hal. Tu pasal bila raya, kami akan berada di sini sana .. sebab famili kami sangat besar. Seboleh-bolehnya semua tempat kami nak pergi .. semua pakcik-makcik kesemua belah kami nak ziarah .. sebab tu kadang-kadang kami akan berada di sesuatu tempat itu untuk tempoh yang singkat .. tak boleh lama-lama tapi kami tak kesah sebab the most important thing is hajat kami untuk spend quality time with them terlaksana.
Rumah Pertama di Kg Selabak, Teluk Intan .. Rumah Pak Cu adik Abah. Ini lah rumah kami akan balik raya tiap-tiap tahun masa kami kecik dulu. Kat sini lah kami berpeluang merasai gaya hidup masyarakat Jawa. Setakat makan Nasi Ambang setalam 5 orang, Kenduri Bubur Merah Putih untuk sesuatu acara istimewa .. semua tu biasa pada kami.
Dulu masa kami kecik, selepas Subuh pagi raya rumah Arwah Embah ni akan didatangi Jiran-jiran sekeliling membawa sedulang makanan. Lepas tu kami akan memulakan aktiviti berbalas-balasan hidangan. Meriah!
Kat rumah Pak Cu, habis kueh raya dia yang sedap-sedap jadi mangsa 'tummy' kami. Sedapnya la hai kueh raya dia sampai Amir Izzat anak KY habiskan sebalang sorang. Makan pulak dengan Air Oren kurang manis, makin laju la kan ... makin hepi la our little tummy. Borak-borak sembang gelak dan rupa-rupanya Pak Cu pembaca setia blog Dari Jari-Jari Halusku ini .. dia kata dah lama dia jadi "Silent Reader" blog anak sedara dia ni. Baca je. Tak pernah komen. Terlalu bagus sampai tak ada apa nak komen. Alalala .. malu siot sebab Pak Cu i ni Cikgu. Bila Cikgu bagi markah penuh, speechless la i, kan. Tehehehe. By the way, TQ Pak Cu for your support on Dari Jari-Jari Halusku. I appreciate every single click. Time Kasih eh.
Lepas tu kita raya rumah Makcik Jah. Sayang Pakcik Lan dan Wak Saripah tak da rumah .. kalau tak lagi la bertambah meriah.
Lepas tu kami pergi rumah Chik, kakak Mama yang lokasi rumahnya berhadapan dengan rumah Pak Cu. Ya Allah meriahnya bila jumpa sepupu-sepupu disini. Sapa orang Perak? Setuju tak kalau Misz-ella cakap orang Perak ni riuh rendah? Kalau berjumpa, MasyaAllah riuhnya macam nak terbalik bumbung rumah. Kat rumah Chik pun kitorang enjoy makan kueh raya. Ekceli Misz-ella dah jemu dengan kue raya moden yang cantik dan kononnya sedap gila so bila balik kampung jumpa kueh-kueh raya lama macam Sarang Semut, Cornflakes Tradisional, Biskut Kelapa .. Walaweihhh .. nikmatnya tak terkata. Tak sedar 3,4 ketoi sekali telan. Ish Ish Ishh .. memang dasar suka menternak lemak, kan.
Rumah ke 4 adalah rumah Embah Batu 4 juga di Kg Selabak. My father ada 2 orang emak .. so since Embah disini masih ada maka adalah kewajipan anak cucu untuk mengunjungi orang yang lebih tua dan seperti biasa .. aktiviti makan kueh raya tradisi diteruskan lagi. Bukan main dorang bedal kue Sagon, kue putu kacang, Rempeyek Jawa dan lain-lain lagi. Sedap kan .. kat Kolumpo mana ada kueh special camtu, kan.
Lepas tu kami ke Sungai Kerawai menziarah rumah Makcik Zizah adik Abah. Makcik Zizah adalah makcik yang sangat istimewa di hati kami sebab masa kecik dulu, Makcik Zizah pernah jaga kitorang. Kat rumah Makcik Zizah ni pun kemeriahannya boleh tahan. Agaknya kan, kitorang ni campak kat mana-mana pun memang tetap akan meriah. Tempat sunyi sepi pun kami boleh tukar jadi 'happening'. Kami kan "The Hip Hop Family" .. kalau orang tak tahan .. boleh jadi "headpening". Tehehehe. Tapi jangan risau .. kitorang OK .. tersangat lah OK .. its just that 'gila-gila' kami ni memang boleh turn your life dari senyap jadi riuh .. dari sedih boleh senyum .. dari mula nak senyum jer at last ketawa besar. Haha.
Dah kenyang makan Mee Kari di rumah Makcik Zizah, kami pergi ke Kg Air Hitam, Teluk Intan untuk beraya di rumah Mak Su Nor, adik Abah. Mak Su Nor ni kakak kepada Pak Cu.
Baju Pink tu Mak Su Nor. Kat sini kami makan Ikan Talapia Hitam yang dibuat 'pais' dicicah Kicap yang rasanya MasyaAllah tersangatlah sedap. Tak pernah Misz-ella jumpa Ikan Talapia yang isinya manis dan sangat sedap macamtu. Dalam kata nak rasa jer .. sampai dua ekor Misz-ella makan. Ish .. sungguh tak sopan, kan. Tehehehe.
Bila budak bandar masuk desa, ada jer akal korang yer ..
Thanks Pak Cu, Makcik Jah, Cik, Embah, Makcik Zizah, Mak Su Nor & Pakcik Mokhtar kerana sudi menerima kedatangan kami. Raya kat Teluk Intan pun meriahlah!! Best!
Dah kenyang, dah sembang, dah kait rambutan dan dapat cempedak untuk dibawak pulang ke rumah, kami pun beransur pulang. Alhamdulillah untuk sebuah perjalanan hidup yang sangat indah. Rezeki Allah SWT .. Allah kan pemurah .. Dia bagi rezeki kat kita dengan berbagai cara dan keluarga besar kami ini adalah salah satu darinya. Alhamdulillah. Ok dah. Sekian Entry Berhari Raya dengan Adik beradik saya buat Kenangan Hari Tua nanti. Misz-ella nak gi buat kerja lain. TQ baca. Bye.