Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

41 Anniversary

Alhamdulillah .. Semalam cukup 41 sudah.
41 tahun yang macam-macam ada.
41 tahun yang ada ketawa ada airmata.
41 tahun yang buat saya rasa Bersyukur atas segala-galanya.
41 tahun yang 18 tahun darinya saya adalah ibu kepada seorang anak bernama Aiman. Syukur nikmat Allah SWT.

Morning Readers .. 
Harini 4hb Julai. Semalam birthday Misz-ella.
I am sharing the same day with my nephew Amir Izzat and my friend Kak Siti Hafsah who always call me Twin Sister. Sweet!
Banyak impian yang dah tercapai di umur ni.
Dulu pernah bercita-cita .. umur 40 aku nak berhenti kerja .. tak nak dah kerja dengan orang .. Alhamdulillah. Dah tercapai.
Hajat nak bukak perniagaan sendiri pun dah terlaksana.
Alhamdulillah. Terima Kasih Allah atas sebuah perjalanan yang indah.
Hidup banyak warna.  Ada suka ada duka.
Kalau ada impian yang tak tercapai, percayalah yang perancangan Allah SWT itu lebih indah dari perancangan kita.
God has his own plan for us. Redha.


Hello KL Sentral. Saya hepi berada di sini.  Disini saya berjumpa dengan pelanggan-pelanggan yang berbeza.  TQ Datin Fairos yang borong cotton dengan Misz-ella. Tq Kak Normah from UK beli Telekung from me.  Paling penting, they are not only a customer .. i am happy we share a lot of thots together. 

TQ Adik manis kat MyFoodLoft. Sepanjang jadi Blogger, di sana sini jumpa Blog Reader. Korang .. Thanks eh baca Blog kita.  And Tq Miloais singgah blog kc. Tetiba je 'Kakchikkkkk .... ' Ingat sapa la tadi. Suspen i. Hehe.

Telekung Lycra Merah yang meriah - Sold to one Guy from Sabah.  Sementara tunggu flight dia jalan-jalan cari barang. Nampak telekung terus dia borong dua pasang untuk Orang rumah. Wahhh .. akak pun suka la kalau laki balik outstation bawah hadiah.

Berbuka Nasi Pilaff di Swiss Oven milik Datin Fairos. I tell you .. Nasi Pilaff kat sini tersangat lah sedap.  Terasa rempah ratusnya. Big portion but small price. Boleh makan dua orang lah. Whenever you are here in KL Sentral, Nasi Pilaff di Swiss Oven is a must try. Cuba ye.

Sausage and Mash Potato pilihan Aiman.  Misz-ella jarang nak makan 'Mash Potato'. I hardly take Mash potato as my side dish tapi yang ni sedap. Kuah dia best. Sambil makan sambil tengok keliling. Aiman .. tengok tu .. sama kan macam dalam gambar. Ha ah, kata Aiman.

Ramadhan ke 6 hari ini.  Selamat Berpuasa kawan-kawan. Bye.

10 comments:

Irfa said...

41 yang nampak cam 21, acaner tuh?
hahaha
saya pun nak bercita2 bekerja dari rumah dan ada bisnes/kedai sendiri pada umur 40. emm lagi 5 tahun tu
sempat ke tercapai?
doakan utk saya juga kakak

btw dress kc tu lawa sgt
nak tempah kat sapa?

Ita Rossi said...

hp bday Ella. Semoga segalanya dipermudahkan dalam hidup ini. Patutlah kita macam serasi sebab k ita pun lahir di bulan julai.

Kniedaz said...

Selamat ulang tahun KC...semoga sentiasa dimurahkan rezeki, bahagia dan sihat selalu ^_^

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Pastinya banyak kenangan dan kesukaan selama 41 tahun bersama.

Azrin Rahim said...

Alhamdulilah... 41 tahn... Sanah helwah sis

Noraini @Nanie said...

Happy Birthday Ella
Semoga umur kematangan ni dapat menjalani kehidupan hadapan dengan tenang. Aamiin

aziekz said...

cantek dress akak :-)

Hudson Hah said...

Happy Birthday to you, Ella !
May all your wishes come true and have a Fullfilling Life.

Anonymous said...

salam aunty.
saya nak tanya- macam mana nak beli ephyra dari aunty? saya sakit lutut agaknya if makan ephyra tu boleh baik tak

azieazah said...

Happy belated birthday Ella. Kedai kat KL Sentral ya?

Nanti kita ronda cari lah.