Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Ikan Siakap 3 Rasa, Pavlova Terbalik,Tart Gulung Best!

Its been a while Misz-ella tak berpeluang masuk dapur. Not that i a lazy .. not that i have no time to do it .. but because most of the time waktu Berbuka Misz-ella adalah di luar. Bersahur je di rumah and usually we will bersahur outside.  Dorang takmau Misz-ella berpening-pening memasak juadah padahal aku tak kesah pun disusahkan pagi-pagi camtu. Masak is therapy for me and i love it even though i masak tak la sedap sangat macam yang lain-lain tu .. but still enjoy doing it for kesayangan.


Ikan Siakap 3 Rasa
Hari Jumaat tu, disebabkan ada urusan perlu diselesaikan, Misz-ella decided to pulang awal, leaving GCE booth to both of my staff *usually i stay sampai tutup* .. on the way home, hati mengelegak nak masak. Even peti ais kosong tetap nak masak jugak. So otw balik singgah Kedai Runcit beli Siakap sekor dan lain-lain bahan dan tadaaaaaa ... tu dia Ikan Siakap 3 Rasa hasil airtangan Misz-ella. Nak resepi? Dah pernah keluar berkali-kali dah dalam Blog ni. Rajin-rajin cari eh.

Sayur campur Sos Tiram dan Tempe Goreng. All 3 dishes clear masa Buka Puasa. Usually macam tu la, sebab Misz-ella ada satu 'habit' tak suka carry forward lauk ke esok hari. Means tiap jenis masakan tu kalau boleh Misz-ella nak habiskan masa tu jugak .. tak nak repeat or bawak ke meal seterusnya. Sahur nanti lain cerita .. we eat something fresh .. gitu la gayanya.

Jem Tart Gulung ni, akak DBKL yang buat.  Dah bertahun Misz-ella order dari dia tapi kan, Misz-ella tak pernah jumpa dia sebab order dari my ex-ofismate si Ayang. Sedap sungguh Jem Tart ni. Pastrynya lemak-lemak dan isinya tak berapa manis. Tak dan raya dah Misz-ella makan. Ekceli Misz-ella ada 'habit' suka makan kue raya di Bulan puasa instead of Bulan raya. So tak da maknanya beli lepas tu simpan tapi i beli lepas tu terus makan. Tehehe. Makan dengan Nescafe di rumah girlfren ku Emi. Bila jumpa Emi, cite tak da lain la .. sokmo cite pasal ofis lama je .. ofis yang aku bermastautin di situ selama 18 tahun .. ofis di mana 'everyone said i wont leave the company' .. last-last orang yang cakap tu masih disitu and i sudah di luar buat bisness sendiri. Next time dont simply judge people ok. Haha.

Desert of that night ~ Pavlova Kasih Sayang dari Cik Tina Firman Ibrahim.
Tak tau la kenapa dia boleh terbalik .. sebab Tina tak careful of Misz-ella yang terlebih ganas. Hehehe. Tapi Pavlova Kurang Manis air tangan girlfren Misz-ella si Tina ni memang super sedap. Kurang manis dan crispy tahan berhari-hari. Certain Pavlova yang Misz-ella order crispy nya tak lama. Lepas 2, 3 hari pastry dia dah lembik tak lagi rangup tapi yang ni tahan lebih lama dan best. Contact Tina at 012-3376648 or add Tina Firman Ibrahim kat FB. I knew her since she started her baking business. Minah ni bab 'bakery' dia ada Sentuhan magic. Tergoda 'tummy' i. 

Hari Jumaat minggu lepas.
 This Baju Kurung Pahang will be GCE next project dengan syarat Tukang sulam *kat lengan dan keliling baju ada sulam bunga* tak naikkan harga. Misz-ella tak suka la nak caj my customer mahal-mahal. I love my customer macam kawan .. tak nak buat customer Touch n Go sahaja.

This Baju Kurung Sulam Bunga dan Manik warna Biru Firus is also SOLD. Jubah cotton + Lycra sebelah tu pun dah tak banyak dah.

Lagi berapa hari dah nak raya. Baju raya akak belum beli lagi .. baju Melayu dorang pun tak da lagi dalam lemari. Tak pe .. Jumaat-Sabtu ni kita shoping ye. Kitorang comel-comel .. tak da masalah cari baju 'Ready made' .. nanti kita terjah Jalan TAR dan Seksyen 7 Shah Alam Jumaat-Sabtu ni. Yeayy!! Ok bai kawan-kawan. Selamat Berpuasa. By the way, my collection of Kerongsang 2014 almost sold. Almaklumlah .. harga murah all below RM100. yeayy!!

3 comments:

azieazah said...

Tahun ni tak sempat lagi nak beli tart Nenas. Aduhai. Pun sibuk keja, sama ler mcm Ella. Sabtu Ahad ni baru nak pi shopping.

uncle gedek said...

uncle aim tempe tu je....

sedap!

ummi aqilah (LM) said...

Nmpk sedap ikan KC tu!!