Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Raya ke 2 - Segamat dan Rembau

Petang Raya Pertama, Misz-ella dan adik beradik Ber konvoi pulang ke Segamat untuk Berhari raya dengan Mama Ida dan adik beradik di sana.





Juadah Raya Mama Ida ~ Ayam Masak Merah, Semur Ayam, Kuah Lodeh, Sambal Kacang, Lemang dan Nasi Impit. Wahhh .. bukan main lagi 'happy' ye kau 'tummy'.. Dari pagi sampai malam makan yang sedap-sedap.

Seronok balik sini. Mama Ida, walaupun dia mak tiri kami tapi kami sayang dia macam mak sendiri. Wajib jumpa dia di Hari Raya even Arwah Abah dah tak da. Meriah, riuh rendah rumah Mama Ida. Misz-ella dan yang lain-lain tidur jam 2 pagi. Seronok borak, makan, minum, gelak. Punya la lena Misz-ella tidur sampai harus dikejut oleh Mama Ida dan KY keesokan pagi. 

Pagi Raya ke 2 di rumah Mama Ida.  Cadangnya nak gerak awal pagi. Hurmmmmm ..  cadangnya je lah .. sebab kat Segamat cuaca pagi sangat best.  Very cooling, breezing buat kami rasa melepak adalah sangat best di sini. Rasa nak sambung tidur jer. Haha.

Dalam hidup saya, saya cuma ada seorang kakak dan dia adalah Zaimah Binti Ismail. Dia la satu-satunya kakak saya dunia akhirat.  Thanks Sis for being a wonderful sister for me. I love you very much, Sis.

We are the SUPER SISTERS!!

Selamat Hari Raya dari Misz-ella, adik saya Aishah dan kakak saya Zaimah.

 From Segamat with Love
We love you Mama Ida

Beramai-ramai menziarah Pusara Arwah Abah. Moga Arwah Abah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin. We Miss You Abah.


On the way back, kami singgah Kg. Bongek, Rembau rumah Sepupu Abang Ipar Misz-ella. We have been to this house for many years .. since Arwah Mak Long masih ada. 



Makan tengahari ramai-ramai. Nasi Putih berlaukkan Ikan Keli Cili Padi, Rendang Daging Negeri Sembilan, Kari Ayam, Telur Dadar dan Sayur Campur. Alhamdulillah.

The Lovely Ateh and Family.  Terima Kasih banyak-banyak.  We had a great time here. The people are good, the food are delicious .. Alhamdulillah untuk sebuah ukhuwah yang sangat indah.

I love Kids.  Budak-budak ni comellah.  Sebelum balik kita salam. Dah salam yang pakai tudung tu kata .. Nak cium. Nak cium!! Lepas bagi dia cium kita yang lain-lain pun nak jugak. Alalala .. so comel. Family Ateh ni kan, Dari yang berpangkat Wan sampai la ke cucu-cucu .. all are so warmth and happening.  Meriah beb raya kat sini.


Keriangan Raya berterusan. Kids queuing for Duit Raya. They enjoy receiving it .. we enjoy giving it.

We had a great moment on First and Second Hari Raya.  Baik di Sungai Buloh, di Segamat mahupun di Kg Bongek, we enjoy our quality time spend together.  Even perjalanan pulang ke Sungai Buloh mengambil masa 4 jam dari Rembau kerana Highway sangat jem, it is still worth it.  

Raya ke 3 di Sungai Buloh jer. Rehat sekejap sebelum sambung Raya seterusnya .. lepas ni nak ziarah adik beradik Mama dan Abah di Teluk Intan .. nak gi rumah Pak Long kat Melaka .. nak ziarah sepupu di KL.  Minggu depan nak balik rumah Mertua dan nak ziarah sedara mara belah Abah sekitar KL ni.

Selamat Hari Raya kawan-kawan. I hope raya you all pun meriah.  Dalam kemeriahan berhari raya, harap you all tak membazir ye. Harap you all dapat amalkan konsep Bersederhana di Hari Raya. Bersederhana tanpa mengabaikan kemeriahannya. Buat yang lain-lain .. Happy Holiday.  Enjoy every moment spend with your love one. BYE.




1 comments:

mama said...

salam aidilfitri buat ella & family..bestnya dpt beraya bersama family..