Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Telekung Lycra Lace. Baju Raya 2014.

Dah hampir separuh puasa. Raya tak lama lagi.
Korang dah buat persiapan?
Baju raya dah ada? Kueh raya dah tempah?
Langsir?  Kasut?
Amboiii .. panjang sungguh 'list', kan.

Misz-ella tak buat apa pun lagi.
Baju raya tak da. Kueh raya pun tak order.
Tak pe .. baju nanti sebelum raya kita beli.
Kueh raya pun. Tunjuk-tunjuk je kita.

Lacey Kimono yang dijual di Booth Grand Cotton Enterprise di KL Sentral. SOLD.
Terima Kasih Customer.

Jangan risau .. masih ada banyak warna.

Adik-adik muda bertambah manis kalau pakai warna camni. Ada banyak 'design' dan warna. Cantik. Sejuk. Comfy.


Purple, Hitam, Merah, Biru, Hijau, Turqoise dan Brown yang menggoda. Renda  'luxury'  menambah seri.

Cotton cantik kesayangan Misz-ella. I dont like blockage. I dont like negative thinking. Orang kata raya dah dekat .. cotton orang dah tak nak beli. I dont believe.  Di KL Sentral, Cotton dan Telekung lycra paling banyak kami jual. Orang Melayu, Orang putih, Orang Cina, Orang India .. ramai beli cotton disini. Cotton is accepted everywhere and at anytime.  Tak raya pun orang pakai. Kebanyakan yang beli tak kesah pun Tailor dah tak nak jahit or whatever reason .. sebab pada dorang bukan Raya je ..tak raya pun kami pakai kak. Buat pakai pergi kerja .. pergi kenduri .. pergi sana sini. Kami tak pandang Raya tapi kami suka dan beli cotton untuk dipakai di hari-hari biasa. Alhamdulillah .. ramai jugak yang sependapat dengan Misz-ella.

See my Jubah Maxi Dress? Konon nak pakai Raya nanti tapi bila dah siap, terus 'excited' Misz-ella pakai. I designed the baju myself and ask Tailor GCE jahitkan sepasang only just for me. Tested dan cuba perbaiki mana-mana yang patut.  This will be a long term project for Grand Cotton Enterprise. Doakan saya kuat semangat ye. Tulang empat kerat Misz-ella tak sebesar mana untuk memikul semua perkara. Minda kecil Misz-ella tak sebesar mana 'RAM' nya untuk berfikir merancang strategi seorang diri. Tapi Alhamdulillah .. Dengan izin Allah SWT kita cuba sehabis baik. Yang penting semangat, kerja keras, Ikhlas dan Istiqamah. GCE is my baby, dari mula daftar 'company', cari 'material', cari lokasi, pilih 'design', pilih 'tailor' ... semua saya buat saya sendiri. Dan Alhamdulillah atas kerjasama kesayangan-kesayangan dalam hidup saya yang banyak membantu. Sokongan moral, kata semangat, tunjuk ajar, rujuk saya ke sana sini .. semuanya saya hargai.



Telekung Lycra Double Lace Grade AAA - Alhamdulillah .. Lagi satu produk yang paling banyak dapat sambutan dari pelanggan.  Merah dan orange SOLD. Blue SOLD. White SOLD. Purple, Green SOLD. Pink SOLD. Mocha Nescafe SOLD. Tapi jangan risau. Misz-ella dah re-order stocks for both GCE outlet .. baik di KL Sentral mahupun di Tesco Taiping.  Telekung lycra lace ni sangat selesa, sejuk dan sedap dipakai. Duk bawah kipas masa solat dia tak terbang-terbang sebab elok cantik dia jatuh.  My 3rd batch of Lycra Lace Telekung akan sampai hari Ahad. Minggu depan datang eh. And for those yang bertanya .. Booth GCE lokasinya di Departure Hall, KL Sentral. Berdepan dengan Maybank.


Lagi baju-baju .. Jemput datang kawan-kawan. Baju mak-mak ada, baju muda mudi ada, baju Muslimah ada and more stock will arrive next week. Datang minggu depan je la ye. Tehehehe.


Sekian Entry dari saya, Misz-ella buat pembaca-pembaca tegar blog Dari Jari-Jari Halusku ini.  Thanks for reading. I appreciate every single clicks on Dari Jari-Jari Halusku ini. Bye. 





12 comments:

FatinArina Abdullah said...

cantik2 baju tu ;)

jemput ke blog baru saya www.arinajmee.com
blog lama www.fatinarinabdullah.blogspot.com
TIA :)

azieazah said...

Teringin tapi takut takda saiz jer.

azieazah said...

Teringin tapi takut takda saiz jer.

Nurul Ain Zulkarnaind said...

cantik dress KC

norey said...

Semoga perniagaan akak terus maju dan berjaya..Jangan mudah putus asa atas segala halangan dan dugaan...InsyaAllah....jika opis dah dekat mesti terjah waktu rehat...mmg cantik² baju...

idzwa kamaruddin said...

amboiii menarik ni kak!!

Mrs.Critical Thinking said...

Good luck u!!! Semoga dipermudahakan segalanya, InshaAllah!

Wak Gelas said...

chanteknyerr., ehHHee

uncle gedek said...

telekong merah tu siap ada api-api lagi tu!

Chekgu Azrine said...

Semua lawa2..
All the best ye sis KC..
Teringin nk g 1 day nti

Dr Singa said...

tiap tiap hari saya lalu kl sentral...
nanti saya jenguk kata hai eh!!
:)

JunAina said...

Good luck KC!