A very busy week. Misz-ella di mana-mana .. dengan sesiapa sahaja dan bermacam 'itinerary' nya.
On the way for A Pie Thing with my Darling Tammy. Minggu ni memang busy .. macam-macam ada. But dont worry .. busy means good. Busy means my mind and body is working ..busy means Misz-ella sangat dikehendaki .. penat tak pe .. nanti kita rehat la, kan.
A session with The Coolest Photographer ever - Steven Goh. Cute lah dia ni and quite fun too. Very cool, rilex, very supportive. Seronok bekerja dengan dia.
Malam di rumah Tan Sri dan Puan Sri untuk Sessi bersama Chef Jo dari Rancangan Master Chef Malaysia. Saya yang bertuah berpeluang mendengar kisah Chef Jo mengembara seantero dunia bersama masakannya. Chef Jo yang 'humble' dan sangat merendah diri .. reminded me on how we should be .. makin berisi makin tunduk ke bumi.
A meet up with the most handsome PR Director in Town, Dee Leonard to support their Event. Kerana kau aku datang. Kerana kau aku ada kat sini. Tapi best la kan, ber BBQ di tepi swimming pool di waktu tengahari even sebelum tu i rasa macam pelik je. Haha.
UTHM aku datang. Its good to be here. UTHM dan TP bakal melakar sejarah di bidang ilmiah apabila kolabrasi kedua-duanya bakal menyemarakkan lagi arena ilmuan di Malaysia. The official announcement will be out soon, with the presence of the VIP's and i'm gonna be part of it. Seronoknya saya disini dapat menimba ilmu bersama-sama Team TP saya. Alhamdulillah .. perancangan Allah SWT itu sangat indah. Hidup saya penuh dengan warna .. tiap hari ada cerita dan pelajaran baru untuk saya.
Tak sangka ada blog reader saya di UTHM ni. Tq adik kerana menyapa Misz-ella sebaik sahaja habis meeting di sini. Terima Kasih kerana baca blog akak ye. Blog saya tak gah mana pun .. sekadar coretan insan kerdil buat kenangan hari tua. Tu je. Tu cara Misz-ella nak tinggalkan kenangan buat kesayangan .. almaklumlah .. Aiman kan anak tunggal. Biarlah di ketika Misz-ella dah tiada di muka bumi ini nanti, Blog ini menjadi penghubung kami. By that time my blog will be Private ~ For Aiman eyes only. In Sha Allah. Ehh ok lah. I got to go. My partner udah menunggu dalam kereta. Byeeee.