Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Ikan Siakap Bakar Ala Portugese




Petang semalam Misz-ella masak Ikan Bakar Ala Portugese. 3 ekor ikan Siakap sederhana besar sekejapan licin dikerjakan keluarga tercinta. Auwww .. Bagai piranha kelaparan lagak mereka. Hehehe.

Senang sangat membuatnya :- Tumis bawang merah, bawang putih, halia, belacan, cili kering dan serai yang dah dihiris. Bila dah naik bau, masukkan air asam jawa, gula dan garam. Tunggu sampai cili garing boleh la angkat.

Ikan Siakap yang dah dibersihkan, letak dalam aluminium foil. Sendukkan pes sambal yang sudah dimasak tadi ke atas ikan. Tutup aluminium foil rapat-rapat, taburkan bendi hiris di atasnya dan boleh la kita bakar di atas kuali leper menggunakan api yang kecil selama 10 minit.

Lepas 10 minit, cucuk Ikan dengan garfu untuk pastikan ikan tu dah masak. Cubalah!!




1 comments:

Rai OurKizuna said...

adoi kakcik... baru pukul 10 nih~!! hahahaha