Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Hari Raya 2015

Selamat Hari Raya readers. May you all enjoy your raya. As for me, ini adalah antara Raya paling sedih yang pernah I lalui sebab pada hari raya pertama haritu, genap 60 hari abah pergi tinggalkan kami. 36 tahun beraya bersama abah, dengan tiba-tiba segalanya berubah. Abah pergi tiba-tiba pada tanggal 17hb Mei yang lalu .. pergi menemui penciptanya meninggalkan kami semua. Abah yang penyayang, yang membesarkan kami dengan penuh kasih sayang, yang meski hanya bapa tiri tapi kasih dan layanannya kepada kami bagai kami ini anaknya sendiri. Moga Allah SWT memberkati segala penat lelah dan pengorbanan abah mendidik dan membesarkan kami. Moga Arwah Abah, Salam Bin Samad berada di bawah lindungan serta kasih sayang Allah SWT. Amin.

Sehari sebelum Aidilfitri, kami ramai-ramai bawa Mama ziarah pusara Arwah Abah. We love you Abah. We miss you. I know its not easy for mom but together, we went thru this hard time. Moga Mama lebih terus tabah dan kuat selepas ini,

Setelah 60 hari berlalu, pokok yang kami tanam masih segar walau cuaca sepanjang bulan Puasa tersangat lah panas. Subahanallah. Kun Fa Ya Kun itu milik Dia. Perancangan Allah SWT itu sangat indah, setiap kejadian tidak akan berlaku tanpa izinNya.

Solat Aidilfitri beramai-ramai di Kg. Matang Pagar. Seronok tengok Aiman dan sepupunya membesar bersama .. mesra tak kira dimana dan ketika. Alhamdulillah .. we had a good life.

Makan raya berjemaah. Sehari sebelum Raya, Misz-ella dah sibuk di dapur membantu Mama menyediakan juadah  - Rendang Dendeng, Rendang Ayam Pedas dan Kuah Kacang. Sekadar makan bersama dan bermaaf-maafan. Tiada sessi fotografi keluarga, tiada baju sedondon seperti kebiasaan kerana realitinya kami masih sedih kerana kehilangan.


Malam raya pertama, kami di Segamat. Setiap kali raya, mesti ke sini. Tak lengkap raya kami kalau tak menziarah keluarga sebelah sini.

Ayam Masak Merah dan Rendang Ayam Maman .. antara juadah istimewa Mama Ida di Segamat.

Menziarah pusara Arwah Abah, Ismail Bin Haji Hamzah yang kembali ke pangkuan Allah SWT tiga tahun yang lepas. Abah is such a wonderful person in my life. Abah menyatukan kami dengan kasih sayang. Abah mendidik kami yang kasih sayang itu tiada batas dan sempadan. You can love anyone ... your step mother, your brother sisters from different mother .. as long as you have a good heart. Bersihkan hati, jangan ada dengki. Walau dah 3 tahun abah pergi, kami tetap pulang berhari raya with Mama Ida, our stepmother and adik-adik di sana. I am so grateful and blessed with what God gifted me in my life. Tak semua orang bertuah punya hidup yang sentiasa berkasih sayang seperti kami. Tak semua orang yang punya mak tiri itu boleh makan sepinggan tidur sekatil dengan mak tiri mereka. Kebiasaan yang kita dengar adalah sebaliknya. Tapi kami sangat bertuah kerana masih berpeluang menjalin kasih walau Abah sudah tiada. Terima Kasih abah atas didikan abah. You are our teacher. Segala didikan abah menjadi pegangan hidup kami harini. Hidup lebih indah kalau kita memilih untuk berkasih sayang dari bersengketa, kan. Hidup lebih bermakna kalau kita mempunyai hati yang bersih, tiada benci dan prasangka. Takdir Allah itu sangat indah. Bagai disusun-susun setiap kejadian yang bercampur segala rasa tetapi yang manis-manis sahaja buat kami akhirnya. Alhamdulillah.

Selamat Hari Raya dear readers. Have a blast raya ye. Tak da gambar Misz-ella buat kenangan dalam entry ini kerana memang saya tiada gambar raya. Ok Bye. Thanks baca.

1 comments:

Amanda Suria said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri maf zahir batin KC...