Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Cabaran Kurus secara sihat dan ganjaran tunai 5,000USD dengan IsaBody Challenge

Hello pembaca budiman ..

Kali ini mari kita cerita tentang Kurus. Ramai yang mengadu berat badan meningkat/naik selepas Raya ni .. nama pun Hari Raya .. banyak rumah kita ziarah dan semestinya setiap pertemuan kita raikan dengan pelbagai makanan ... lalu berat badan pun bertambah, kan.

Alahai berat .. kalau dah meningkat .. memang payah nak turun, kan. But food is sinful pleasure .. rasa berdosa pada badan tapi kerana makanan yang sedap dan lazat beri kita rasa yang sangat menyenangkan, maka rasa berdosa itu kita tolak tepi .. lepas ni lah baru fikir diet .. betul tak?

Well .. Misz-ella pun macam tu. Suka makan. I love food ... u name it .. Japanese? Chinese? Korean? Arabian food? Western? Indian .. asalkan Halal, semua Misz-ella layan. Eventhough I love eat clean, I cheated a lot too.



Baru-baru ini Misz-ella dijemput oleh kawan baik Misz-ella, Della dan pasangannya Le Roy untuk ke Majlis Hari Raya dan Anugerah Tahunan buat pertandingan IsaBody Challenge yang menawarkan hadiah utama sebanyak USD5,000!

Betul ke USD5,000? Dan apakah Isabody Challenge ni? Datang je lah .. dan dengar sendiri .. disebabkan Misz-ella sentiasa teruja dengan apa sahaja perkataan yang kena mengena dengan kecergasan, kesihatan dan 'kewangan' .. maka Misz-ella pun tanpa banyak cakap terus setuju! Saya suka berkongsi pengetahuan tentang kecergasan dan kesihatan degan pembaca blog Dari Jari-Jari Halusku ini.



IsaBody Challenge adalah inisiatif yang dijalankan oleh pihak Isagenix, pengeluar makanan kesihatan dunia untuk menggalakkan pelanggan-pelanggan atau rakan niaganya (ahli/pengedar Isagenix) agar merubah gaya hidup sedia ada mereka ke arah yang lebih sihat dengan cara menyertai pertandingan IsaBody Challenge ini. Isagenix percaya yang setiap dari kita berhak untuk memiliki tubuh badan yang kuat, menarik dan memiliki gaya hidup sihat. Melalui IsaBody Challenge, Isagenix menyokong dan memberi ganjaran kepada pengguna-pengguna atau rakan niaganya yang berjaya merubah hidup mereka.



Di dalam cabaran IsaBody Challenge ini, peserta hanya perlu mengikuti beberapa langkah yang sangat mudah :-

Menghantar gambar Sebelum dan Selepas
Mengikuti cabaran ini selama 16 minggu (4 bulan) sahaja
Mengambil makanan kesihatan Isagenix sebagai sebahagian pemakanan harian mereka
Menghantar 'essay' sebanyak 250-500 patah perkataan tentang transformasi mereka 2 minggu sebelum tarikh tutup pertandingan.

Mudah, kan .. tak susah pun. Dalam ayat yang lebih mudah difahami .. Melalui IsaBody Challenge ini, peserta yang berjaya menjalani transformasi menurunkan berat badan secara sihat dengan pengambilan produk Isagenix akan diberi ganjaran Wang Tunai dan produk Isagenix secara Percuma!! WoW!! Beruntungnya lah .. sudahlah berjaya kuruskan badan .. dapat pulak ganjaran Wang Tunai. 

Senang cerita .. Kurus kan badan secara sihat dan dan menang Duit!! Haishhh .. Nasib baik berat badan Misz-ella ideal .. kalau tidak, harus lah Misz-ella jadi peserta pertama mendaftar. I nak kurus and I want Money ... Hehehe.




IsaBody Challenge ini adalah pertandingan berterusan sepanjang tahun yang diadakan setiap 16 minggu (4 bulan sekali) .. ini bermakna ada tiga (3) sessi cabaran yang boleh disertai oleh sesiapa sahaja yang berminat dalam masa satu (1) tahun. Setiap empat (4) bulan, pihak Isagenix akan memilih seorang pemenang dan pada setiap penghujung tahun (selepas 3 kali pertandingan Isabody Challenge), ketiga-tiga pemenang ini akan bertanding untuk merebut gelaran Juara Tahunan.




Ini bermakna setiap peserta yang menunjukkan kesungguhan dalam mentransformasi kan diri mereka berpeluang untuk menang dua kali .. dalam cabaran Sessi 1, 2 dan 3 dan pada Cabaran Akhir dimana setiap Juara akan berentap bagi merebut gelaran Juara segala Juara!



Dalam majlis anugerah tersebut, sejarah telah tercipta apabila Encik Jaini Bin Jani telah berjaya merebut Hadiah Paling Utama iaitu produk Isagenix dan Wang Tunai USD5,000!!

Yes readers .. jari-jari halus Misz-ella tak salah tekan nombor di papan kekunci laptop comel ni .. Isagenix memang beri ganjaran USD5,000 kepada pemenang utama cabaran Isabody Challenge ini. Jom kita cari Currency Converter  .. berapa Ringgi Malaysia lah Encik Jaini dapat tu ye? Pemurah dan prihatin sungguh pihak Isagenix, kan dalam memberi ganjaran kepada mereka yang ingin men transformasi kan hidup mereka ke arah yang lebih sihat.

Dan semua cabaran serta ganjaran ini tidak terhenti di sini kerana Juara yang memenangi USD5,000 ini akan diterbangkan ke US secara Percuma untuk bertanding merebut gelaran Grand Finalist yang menawarkan hadiah USD25,000 diantara 15 buah negara Isagenix!!

Misz-ella tak sempat nak temubual Encik Jaini tapi Misz-ella bernasib baik kerana sahabat baik Misz-ella, Della rupa-rupanya pernah menyertai Cabaran Isabody Challenge ini. Jom kita ikuti pengalaman beliau.



Della di zaman 'kegemilangan' nya. Kusss .. semangat .. sahabat ku kah ini? Besarnya kau Della. Ye Kak .. Ini lah Della sebelum menyertai cabaran Isabody Challenge ini ..


Pada tahun 2015, Della mula terdengar-dengar tentang cabaran Isabody Challenge ini dan mengenangkan badan dah terlalu berat dan bila umur semakin meningkat, metabolisma badan semakin rendah, diet biasa-biasa dah tak jalan dah. Atas kesedaran ingin merubah hidup ke arah yang lebih baik dan sihat, Della sahut cabaran menyertai Isabody Challenge ini. 




Dengan pemakanan yang betul disertai dengan pemakanan kesihatan keluaran Isagenix, Della berjaya dapatkan berat badan ideal dalam hanya empat (4) bulan sahaja. Berat badan menurun, penampilan lebih menarik dan paling penting, keadaan kesihatan lebih baik dari dulu .. Della dah tak cepat mengah atau penat malah bila badan dah semakin ringan, Della mula menyertai kelas-kelas kecergasan untuk memantapkan lagi visi gaya hidup sihat Della.



Lagi gambar Della yang buat Misz-ella ternganga dan terfikir .. Kawan aku kah ini? Ye kak .. Itu lah saya suatu waktu dahulu. Della tak makan nasi ke? Della diet gila-gila ke? Jawap Della ialah TIDAK. Anak Della ni ramai dan dia suka masak .. husband dia pulak rajin membelai si isteri dengan makanan yang sedap-sedap .. jaga perut isteri betul suami dia, kan *hehehe*

Walaupun dikelilingi makanan sedap-sedap dari hidangan utama hinggalah ke pemanis mulut .. Yes .. Della is sugar craze .. dia suka segala jenis ABC ke, Waffle ke kuih muih Melayu atau 'dessert' tapi dengan pengambilan produk kesihatan Isagenix, berat badan Della, masih terkawal lagi. Menarik, kan. Jeles sekejap Misz-ella bila dengan pengakuan jujur Della ni. Teruja nak cuba pun ada!!

Satu yang Misz-ella belajar dari perkongsian Della ini ialah .. Kita boleh berjaya men transformasi kan diri kita ke arah yang lebih baik dengan pengambilan makanan kesihatan dan cara pemakanan yang betul disertai dengan kesungguhan. Kalau you all jenis yang suka makan, maka Misz-ella sarankan you all ikut apa yang Della buat.

Nak tau lebih lanjut lagi tentang Macamana nak kurus dan lepas kurus dapat duit pulak tu .. *sapa tak nak kurus dan duit, kan* ..

Hubungi Della atau Le Roy di nombor telefon 014-2376188 atau layari laman web www.dellarich.isagenix.com. Cepat-cepat cari telefon anda, telefon atau whatsapp dia sekarang. Lepas ni tak perlu risau kena perli sebab gemuk, risau tak boleh makan itu dan ini atau stress keluar masuk kedai tak jumpa baju Ready Made. Dah kurus la katakan ... Yang penting .. KURUS SECARA SIHAT! Kedua penting .. Diberi GANJARAN wang TUNAI kalau sihat kerana sertai ISABODY CHALLENGE!! 

OK .. Misz-ella dah habis berkongsi dengan you all semua. Misz-ella sudahi entry ini dengan ucapan Terima Kasih kepada Della dan Le Roy kerana menjemput Misz-ella ke majlis ilmiah dan berinspirasi ini. Kisah-kisah kejayaan .. nak pulak ke arah gaya hidup sihat semestinya adalah kisah yang paling suka Misz-ella nak kongsikan dengan pembaca blog Dari Jari-Jari Halusku ini. OK Bye. Terima Kasih baca. Jumpa lagi di entry seterusnya, ye.



0 comments: