Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Puan Sri Nisa Bakri di Food Addict, Dubai

Hello pembaca kesayangan ..

Masih ingat lagi tak kisah Misz-ella tentang bagaimana personaliti terkenal bertaraf VIP di negara kita yang juga penulis buku I AM NOT A CHEF, Puan Sri Nisa Bakri membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa?

Kalau tak ingat, you all kena tekan link ini untuk kembalikan semula memori kepada Al-kisah yang Misz-ella tulis pada bulan November tahun lalu.



Puan Sri Nisa dah pun selesai menjalani penggambaran rancangan masakan beliau untuk program Food Addict di Dubai. Dari 5 episod yang dijadualkan, beliau akhirnya telah berjaya merakam 10 episod dalam masa 10 jam sahaja!

 

Misz-ella rasa bertuah kerana dapat berjumpa dengan Puan Sri Nisa Bakri baru-baru ini. Teruja nak dengar perkongsian Puan Sri Nisa tentang penggambaran rancangan masakan beliau ini ... 



10 episod di lokasi penggambaran ... wangi ruang masakan dengan aroma Daun kari, Bunga kantan, lada hitam, Pes Asam Pedas, Pes Kari Ikan, Tumisan Betutu jenama sendiri (Nisa Bakri), rempah garam masala buatan sendiri dan tumisan campuran rempah juga buatan sendiri yang dibawa oleh Puan Sri Nisa dari Malaysia. Aroma dari masakan buatkan krew-krew penggambaran tertanya-tanya dan teruja nak tau bagaimanakah rasa masakan Malaysia yang dimasak oleh Puan Sri Nisa sendiri ini.      

Antara masakan yang dimasak oleh Puan Sri Nisa adalah Kari Ikan, Ayam Masala, Ayam Lemak Betutu, Udang Goreng Herba dan Roti Cheese Sunflower .. semuanya hasil air tangan Puan Sri Nisa sendiri dimasak dengan penuh kesungguhan dan atas rasa cintanya pada dunia masakan.



Kalau you all nak tau, Puan Sri Nisa ni orangnya sangat peramah dan tak kedekut dengan senyuman. Sedar tak sedar, Misz-ella habiskan masa hampir 7 jam dengan beliau .. dari satu topik ke satu topik, Puan Sri Nisa berkongsi berbagai kisah bagaimana beliau terlalu suka memasak dan suka menjamu kawan-kawan dengan masakan beliau sendiri sejak dari dulu lagi. Food connects people .. kata beliau dan bila kita buat sesuatu dengan ikhlas dan kerana cinta, maka kita akan bertahan lama, kita akan enjoy membuatnya. Love is the keyword here. Love what you do and do it with your heart .. Love is such a beautiful thing .. We can grow with love .kata beliau lagi.  malah rasa cinta pada masakan itu lah yang membawa beliau jauh hingga ke persada antarabangsa.



Paling menarik bila Puan Sri Nisa membawa imej wanita Melayu bila beliau berbaju kebaya dan berselendang di salah satu episod penggambaran. Seperti yang pernah beliau kongsikan sebelum ini .. Saya bangga jadi anak Melayu .. suka dengan baju-baju kebangsaan kita dan nak pakai baju tradisional Melayu masa penggambaran tu. Auwwww .. sweet kan. 

Kata Puan Sri Nisa  .. 10 jam berdiri dan bekerja di lokasi penggambaran dengan kasut tumit tinggi ... Saya letak jiwa dan raga masa bekerja. Penat tapi sangat puashati dan berbaloi kerana apa yang saya hajati dan rancangkan menjadi. Alhamdulillah .. Allah permudahkan urusan saya di sana .. kata beliau. 10 hours on my feet with a pair of LEWRE beautiful shoe (click this entry to find out more about LEWRE) .. sangat selesa, solid dan memudahkan urusan saya di sana .. tambah Puan Sri Nisa.


Puan Sri Nisa turut ditemani oleh tetamu kenamaan dari Dubai iaitu Her Highness (HH) Sheika Hend Faisal Al Qasemmi, seorang artist, penulis, usahawan, dermawan UAE di salah satu episod rancangan masakan beliau. Seronok dapat berkongsi dapur dengan HH Hend, kata Puan Sri Nisa.



Misz-ella sempat tanya .. Apa kata masyarakat Dubai tentang masakan Melayu? They Love It!! .. kata Puan Sri Nisa. Orang Melayu kalau tak hargai masakan Melayu sila lah malu kerana orang luar pun dah mula pandai menyukai dan menghargai masakan kita. Masakan Melayu kaya dengan rempah ratus yang menimbulkan seribu satu rasa .. Puan Sri Nisa sehingga kini masih suka dan bangga dengan masakan Melayu dan itulah yang membuatkan beliau sentiasa bersemangat untuk membawa masakan Melayu kita agar dikenali di mata dunia. Orang kata tak kenal maka tak cinta .. berjam-jam Misz-ella luangkan masa dengan Puan Sri Nisa .. dia suka minum Teh Tarik, orangnya lemah lembut, tersusun tutur kata dan sopan .. Kalau boleh Misz-ella nak bagi gelaran Wanita Melayu Terakhir kat Puan Sri Nisa yang manis dan peramah ni. 



Puan Sri Nisa turut menggayakan 'apron' jenama beliau sendiri 'Nisa Bakri' yang dibuat dari bahan 'denim' .. sesuai digayakan baik lelaki mahupun wanita.



Buat Puan Sri Nisa, peluang memperkenalkan masakan Melayu di Dubai adalah pengalaman paling berharga. Bangga bila orang-orang di Timur Tengah suka pada keunikan masakan kita. Masakan Melayu kita tak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan masakan dari benua-benua lain di dunia ini .. kata Puan Sri Nisa. Produk rempah, perencah dan lain-lain barang keperluan rumah jenama Nisa Bakri juga akan berada di pasaran Timur Tengah tidak lama lagi, kata Puan Sri Nisa lagi. Ehem .. ehem .. sebagai seorang Melayu dan berwarganegara Malaysia, Misz-ella turut bangga! Rancangan masakan Puan Sri Nisa di program Food Addict akan ditayangkan pada pertengahan tahun 2018 ini di Dubai. 



Selain dari itu, Puan Sri Nisa dan suaminya Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin telah dijemput untuk makan malam bersama His Excellency (HE) Suhail Al Zarooni, ahli perniagaan terkenal dan berjaya di United Arab Emirates (UAE) yang berasal dari keluarga Diraja.



HE Suhail Al Zarooni ialah Emirati pertama didalam keluarga Diraja Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang memegang Guiness World Record ~ 'The King of Model Cars', 'The Five Million Dollar Man', 'The Pearl of the UAE', 'The Man Who Has Everything' - The National (Abu Dhabi) Pelbagai gelaran diberikan kepada HE Suhail Al Zarooni. Selain dari merupakan Ahli perniagaan yang berjaya, HE Suhail Al Zarooni juga adalah pengumpul kereta di mana beliau mempunyai koleksi 7000 model kereta dan juga merupakan pengumpul koleksi barangan Starbucks yang terbesar. Wahhh .. hebat!



Buah tangan dari Puan Sri Nisa untuk HE Suhail Al Zarooni. Semoga ukhuwah ini berpanjangan .. malah HE Suhail Al Zarroni telah pun menerima jemputan Puan Sri Nisa untuk menjadi tetamu beliau di bumi Malaysia ini. In Sha Allah .. kata Puan Sri Nisa lagi.



4 hari di Dubai .. selain dari memasak, menghadiri jemputan, Puan Sri Nisa dan suami beliau Tan Sri Mohd Bakri sempat luangkan masa berharga mereka dengan berlibur di Dubai. Dubai Safari Adventure antara yang sempat mereka berdua lawati ..




Visit to Spice .. seronok tengok rempah ratus di Dubai ! kata Puan Sri Nisa


Dan melawat Gold Souk! Jatuh cinta dengan emas-emas di Dubai .. bahagia biji mata dijamu dengan kilauan emas bergemerlapan ye .. *hehe* Sesungguhnya pengalaman di Dubai sangat berharga buat Puan Sri Nisa. Saya ke sini kerana cinta .. cinta pada makanan Melayu dan memasak memang cinta saya dari dulu lagi dan 4 hari di Dubai juga sangat berharga kerana ditemani cinta hati saya, iaitu suami saya, kata Puan Sri Nisa.

Aduhaii .. sweet, kan. Berbunga-bunga hati Misz-ella mendengarnya. Di akhir pertemuan, Misz-ella tanya satu lagi soalan .. Apakah perancangan Puan Sri Nisa bersama jenama 'Nisa Bakri' selepas ini? Didalam perancangan untuk berkolaborasi dengan Indonesia dan In Sha Allah masakan Melayu 'Nisa Bakri' akan ke UK dan US dalam tahun 2018-2019 ini. Moga Allah SWT permudahkan urusan saya, kata beliau. 

Buat Misz-ella.blogspot.com sendiri .. Terima Kasih atas sessi perkongsian ini. Teruja dan terinspirasi dengan kisah bagaimana Puan Sri Nisa mendaki tangga demi tangga dengan masakan beliau sendiri hingga ke peringkat antarabangsa. Terbang tinggi-tinggi dengan harapan membawa impian ..  Selamat Maju Jaya Puan Sri Nisa Bakri dan 'Nisa Bakri'.












1 comments:

Kakcik Seroja said...

Tumpang bangga bila anak Melayu bawa nama baik negara ke mata dunia... :)