Hello pembaca kesayangan,
Peneraju roti leper (wraps) Mission Foods dan produk tenusu terbesar Emborg telah bergabung melancarkan kempen #perfecttogether bersama lagenda kulinari, Chef Wan. Kempen #perfecttogether ini menjanjikan kelainan kreativiti resipi hasil daripada gabungan kedua-dua produk jenama ini dengan pelbagai cara yang lazat dan menyenangkan.
Sepanjang
bulan Ramadan sehingga menjelangnya Syawal, Chef Wan akan berkongsi petua dan
resipi asal ciptaannya yang digabungkan bersama produk Mission Foods dan
Emborg. Sebanyak 10 resipi #perfecttogether mudah dan cepat boleh didapati
secara dalam talian dalam bentuk video yang boleh ditonton oleh pengguna sama
ada di rumah atau di mana-mana sahaja mereka berada.
"Kolaborasi
bersama Mission Foods dan Emborg untuk
kempen ini benar-benar merupakan satu pengalaman yang sangat indah dan
berinspirasi.
Ramadan dan raya segala-galanya mengenai keluarga, sahabat dan
orang tersayang untuk berkongsi makanan sama ada ketika bersahur atau pun
sewaktu berbuka puasa. Oleh itu, resipi-resipi ini dihasilkan bersama gabungan
bahan-bahan terbaik daripada Mission Foods dan Emborg. Kedua-dua produk ini
benar-benar #perfecttogether," kata Cef Wan, Chef antarabangsa yang terkenal dan juga merupakan 'khazanah' negara.
Baru-baru
ini, satu sesi ramah mesra bersama media telah diadakan sempena pelancaran
kempen #perfecttogether. Tetamu yang datang telah menjadi antara yang pertama mendalami kempen tersebut dan turut berpeluang mengikuti demonstrasi masakan oleh Chef Wan.
Antara
resipi pilihan Chef Wan pada majlis itu ialah wraps murtabak kambing, piza tuna pedas dan
ikan bilis, serta wraps tat keju kelapa dan pisang. Dalam demonya, Chef Wan
turut berkongsi cara terbaik untuk menggunakan kedua-dua produk tersebut
termasuk tip dan maklumat mengenai nilai pemakanan.
Seronok menyaksikan demo Chef Wan kerana kesemua masakan yang beliau persembahkan menggunakan Mission Foods dan Emborg adalah mudah, cepat, berkhasiat dan
enak – menjadikannya makanan ideal untuk Ramadan di mana rata-rata masyarakat lebih
cenderung memilih masakan yang menjimatkan masa memasak.
Acara ini
juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti masakan seperti Juliza
Adzlizan, Didie Nasir dan Danish Harraz yang merupakan sebahagian daripada
kempen ini dan turut berkongsi resipi masing-masing bersama resipi Chef Wan
#perfecttogether.
Buat pembaca-pembaca blog Dari Jari-Jari Halusku ini, jangan ketinggalan ikuti kempen yang telah bermula dari Mei ini kerana resepi-resepi ciptaan Chef Wan mudah disediakan, cepat dan dijamin akan membangkitkan selera kita sekeluarga. Kesemua siri resipi ini telah dipaparkan secara eksklusif di Instagram dan Facebook Misssion Foods Malaysia, Emborg dan media sosial Chef Wan untuk dinikmati semua.
Di Instagram, anda boleh lawati laman-laman ini: @missionfoods.my; @emborgasia; dan @ _chefwan58; manakala untuk Facebook pula, anda boleh layari: https://www.facebook.com/missionfoodsmalaysia/ dan https://www.facebook.com/EmborgMalaysia/
Untuk
maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Mission Foods dan Emborg di www.missionfoods.com.my
dan www.emborg.com.
0 comments:
Post a Comment