Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Roti Paratha. Kari Kentang. Cafe Latte.

Hello pembaca kesayangan,

Ramadan ke 6 berbuka di Publika Shopping Gallery

Salam Ramadan ke 7. Bulan puasa tahun ni, kurang sangat entry diary masak memasak Misz-ella, kan. Sebab tahun ni, saya sebenarnya kurang masak. Lebih banyak makan di luar dari makan di rumah sendiri. 



Pagi ni kitorang bersahur Roti Paratha dan Kari Kentang. Kentang je ma? Ayam tak da? Tak da. Kentang je. Ok. Habis dua keping Paratha dia makan. Sedap sangat agaknya mama dia masak pagi ni. Hehe.



Ramadan kali ini, paling tenang. Memang dah berniat dalam hati nak kurangkan aktiviti Ramadan kali ini. Alhamdulillah .. tercapai.


Ramadan pertama balik rumah mama (ini amalan tradisi Misz-ella setiap tahun), Ramadan ke 2 di rumah sendiri, Ramadan ke 3 Misz-ella berbuka puasa with my big family. Ke Restoran Halia, Sime Darby Convention Centre kami kali ini. Seperti biasa, di mana-mana sahaja, famili Misz-ella sangat rapat dan meriah. Tiap kali berjumpa kami berborak tak ingat dunia, kami menari, menyanyi .. dan macam-macam lagi yang kami lakukan bersama. I called my family 'Hip Hop Family'

Misz-ella bertuah kerana punya keluarga yang sangat akrab ... punya dua orang abang yang sentiasa melindungi dan menjagai adiknya ini, punya seorang kakak yang tegas tapi sangat memahami, punya kakak ipar yang sentiasa menyokong dan bersama keluarga kami dalam apa juga keadaan, punya dua orang mama yang sentiasa prihatin dan sayang pada anak-anaknya.



Dan bersyukur kerana keakbraban dan kemesraan itu turut diwarisi oleh generasi kami seterusnya ~ Aiman dan sepupu-sepupunya .. ini cuma sebahagian .. Aliya, Ilyas tak dapat sertai kami di majlis berbuka puasa ini.



Jalan-jalan cari kopi. Malam-malam sikit kita keluar cari kopi. Saya peminat kopi. Kalau tak dapat kopi, tak lengkap hidup saya .. macam ada yang kurang ..

Esok dah 8 Ramadan. Dalam fikiran Misz-ella ada macam-macam .. ada entry tentang kedai perabot yang boleh pembaca kesayangan Misz-ella jadikan rujukan untuk persiapan hari raya nanti, ada entry tentang perkhidmatan fotografi, ada entry tentang Buku Resepi .. macam-macam Misz-ella nak ceritakan dengan pembaca blog Dari Jari-Jari Halusku ini. You all jangan lupa datang dan check it out ye. Seperti biasa, entry Misz-ella semua best-best. ehemmmm .. sesekali puji diri sendiri la pulak, kan *tehehehe*. OKBye. Misz-ella nak pergi buat kerja lain. Jumpa lagi di lain entry. Terima Kasih baca ye. ByeBye.






1 comments:

ZULHILMI TEMPOYAK said...

uihhh.. teruih rasa lapaq ni