Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Nikmati Pelbagai Perisa Cinta Bersama Drama TV3 & NTV7

Hello pembaca kesayangan,

TV3 dan NTV7 terus membawakan pelagai perisa cinta untuk kita nikmati bersama. Siapa lah yang tak suka dengan topik cinta, kan. Walaupun perasaan cinta itu merupakan sesuatu yang sangat rumit dan sering memberikan kita pelbagai perisa ~ adakalanya manis, kadang-kadang masam, pahit dan ada waktu-waktunya tawar .. tetap kisah cinta paling dinantikan oleh penonton semua. 

Meski sedang dilanda perasaan dengan kisah cinta tiga segi Fika, Husna dan Shah melalui Jangan Benci Cintaku yang masih lagi bersiaran, TV3 dan NTV7 terus membawakan variasi drama-drama menarik yang akan menghiburkan malam penonton semua bermula akhir bulan Julai ini.


ntv7: Cinta Koko Coklat



Sinopsis
Drama ini merupakan sebuah adaptasi daripada telenovela Chile yang berjudul ”Dulce Amor”. Bermula dengan insiden Haikal dan Faizal kehilangan kerja apabila bengkel tempat mereka bekerja terpaksa ditutup. Mereka berdua juga terpaksa ambil keputusan untuk berhenti sementara daripada bidang lumba kereta berikutan kekangan kewangan. Haikal dan Faizal berusaha mencari kerja untuk menampung kehidupan mereka. Sementara itu,  Damia Sofia rimas didesak kekasihnya Malik, agar perkahwinan mereka dipercepatkan kerana dia belum bersedia. Damia terkejut apabila Malik tiba-tiba melamarnya sewaktu sambutan ulang tahun syarikat milik keluarganya, Rich Chocolate. Dia terpaksa bersetuju demi menjaga air muka Malik, walaupun hatinya tidak sepenuhnya mencintai Malik. Lama kelamaan, Damia sudah mula rapat dengan Haikal. Malik mula mengatur rancangan lain untuk memisahkan mereka dan menggunakan ibu Damia iaitu Puan Sri Soraya untuk menghalang cinta mereka. Apakah kesudahan kepada konflik cinta dan keluarga Damia ini?

Membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Zahirah Macwilson, Aqasha, Raja Afiq, Mimi Lana, Azrel Ismail, Sweet Qismina dan Sasqia Dahuri, Cinta Koko Coklat sudah mula disiarkan dari 23 Julai 2018 yang lalu pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 8:30 malam.





TV3: Samarinda – Semerah Cinta Humairah



Sinopsis
Humairah meneruskan tradisi kahwin muda dalam keluarganya. Pak Zali, bapanya terima lamaran Datuk Kamarul untuk jodohkan Humairah dengan Shahir. Walaupun Shahir sudah mempunyai kekasih yang bernama Camelia, dia tetap bersetuju untuk mendirikan rumahtangga bersama Humairah atas arahan ibunya. Mungkin bagi orang lain, perkahwinan mampu memberi cahaya baharu dalam kehidupan. Namun, nasib Humairah tidak menyebelahinya kerana selepas berkahwin, dia mendapat tahu bahawa keluarga Shahir ingin menjadikannya sebagai menantu dengan harapan bahawa Humairah mampu menjinakkan Shahir yang suka berfoya-foya. Berjayakah Humairah membimbing suaminya itu ke jalan yang benar? Adakah Shahir akan berubah?

Semerah Cinta Humairah sudahpun bersiaran di TV3 sejak dari 24 Julai 2018 yang lalu pada setiap Isnin hingga Rabu dari jam 10.00-11.00 malam.

Wahhh .. layan perasaan lah penonton TV3 semua dengan drama lakonan Fahrin Ahmad, Janna Nick, Wan Sharmila, Fadlan Hazim, Idzham Ismail dan Kuza ini !




TV3:  Sonia – Main Naa Bhoolungi

Sinopsis
Drama penuh ini berkisar tentang Shikha Gupta, seorang wanita cerdik dan berdikari. Shikha telah berkenalan dengan jejaka bernama Sameer Verma, yang merupakan seorang usahawan berjaya. Disangkakan sesuai untuk dijadikan suami, Shikha jatuh cinta lalu berkahwin dengan Sameer. Tidak lama kemudian, mereka dikurniakan dengan seorang cahaya mata. Pada mulanya, rumahtangga pasangan ini kelihatan seperti bahagia dan sempurna. Namun, Shikha langsung tidak tahu bahawa nama sebenar suaminya ialah Aditya Jagannath, dan lelaki ini mempunyai muslihatnya tersendiri. Suatu hari, Sanveer telah tunjuk belangnya, dan cuba untuk membunuh Shikha serta menculik anak mereka, Manav. Shikha bernasib baik kerana dia berjaya diselamatkan. Sejak hari itu, hati Shikha diselubungi dengan perasaan benci dan marah. Dia bernekad untuk mencari anaknya dan membalas dendam terhadap Aditya yang telah memusnahkan kehidupannya.

Main Naa Bhoolungi ini adalah khas buat ibu-ibu yang bekerja dari rumah (suri rumahtangga la .. hehe) atau mereka-mereka yang bekerja sendiri seperti Misz-ella kerana waktu siarannya adalah pada jam 4.00-5.00 petang setiap Isnin hingga Khamis bermula dari 26 Julai 2018. 


So pembaca-pembaca kesayangan, mari kita nikmati pelbagai perisa cinta bersama drama-drama hebat TV3 dan ntv7 ini! 

Setiap drama bersiri ini juga dapat disaksikan di portal video www.tonton.com.my melalui langganan pakej tonton VIP. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.xtra.com.my. Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, Instagram TV3 dan ntv7 iaitu @tv3malaysia serta @ntv7malaysia, dan juga Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

1 comments:

Siti Yang Menaip said...

hahaha klakar je tajuk =D