Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Zahirah Macwilson dah jadi duta produk Meeracle


Hello pembaca kesayangan dan peminat-peminat Zahirah Macwilson atau Fika dalam drama 'Jangan Benci Cintaku' yang sedang hangat diperkatakan sekarang.




Mari Misz-ella nak cerita ~ Pelakon cantik Zahirah Macwilson baru-baru ini telah menandatangani kontrak bersama Edelsteen Sdn Bhd untuk menjadi duta bagi produk kecantikan Meeracle.


Produk kecantikan Meeracle bukanlah asing di kalangan wanita Malaysia dan telah bertapak di Malaysia sejak tiga tahun yang lalu. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Edelsteen Sdn.Bhd, Raja Mohd Nasrullah Haziq Pemilihan Zahirah Macwilson sebagai duta adalah kerana Zahirah menepati konsep jenama Meeracle iaitu ‘simple, urban and expressive’.

Selain itu imej serta penampilan Zahirah yang bersih dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi juga menjadi sebab utama Meeracle memilih beliau. 






Pada majlis tersebut, kempen terbaru Meeracle iaitu kempen ‘Menjadi Dengan Meeracle’ turut dilancarkan. Kempen ini diadakan bagi menarik minat lebih ramai wanita diluar sana untuk menggunakan Meeracle kerana dengan Meeracle bukan sahaja menjadi dari segi kecantikan, malahan menjadi dalam membantu wanita-wanita memulakan perniagaan yang berjaya. 

Raja Haziq turut mengumumkan Meeracle sedang dalam proses akhir untuk mengeluarkan produk-produk Meeracle yang bakal berada di pasaran pada bulan September nanti untuk melengkapi set kecantikan Meeracle. Proses pembangunan produk terbaru ini mengambil masa hampir dua tahun bagi memastikan setiap produk yang dikeluar berada dalam kualiti terbaik.



Buat peminat-peminat Zahirah atau sesiapa sahaja yang sedang mencari produk kecantikan tempatan, Misz-ella sarankan you all cuba produk Meeracle yang diformulakan dari batu permata ini. Mana tau, kot-kot halus dan gebu kulit seperti Zahirah nanti, kan. 

Produk Meeracle boleh didapati di lebih 3,000 stokis dan pengedar Meeracle di seluruh negara dan juga telah memasuki beberapa negara Asia.  Untuk maklumat lanjut sila layari laman web meeracle iaitu www.meeracle.com.my atau hubungi Bahagian Pemasaran Meeracle di 018-2524467.



0 comments: