Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Puan Sri Shariffa Sabrina lancarkanTanah Aina Cookies & Cakes Recipe Book

Hello pembaca kesayangan,

Baru-baru ini Misz-ella telah menghadiri majlis pelancaran Buku Resepi Biskut dan Kek Tanah Aina atau Tanah Aina Cookies & Cakes Recipe Book.


Tanah Aina Cookies & Cakes Recipe Book adalah koleksi resepi-resepi yang dicipta oleh sahabat baik Misz-ella, Y Bhg Puan Sri To' Puan Datuk Shariffa Sabrina Syed Akil, tuan punya Tanah Aina Cafe dan Tanah Aina Resorts yang juga adalah Presiden kepada Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia.



Bertempat di Tanah Aina Cafe milik beliau di Shah Alam, majlis pelancaran dihadiri oleh ahli keluarga dan disaksikan oleh teman-teman rapat yang hadir bagi memberikan sokongan ke atas majlis pelancaran Buku resepi sulung beliau ini.



Puan Sri Sabrina berkongsi cerita dengan hadirin tentang bagaimana beliau menghasilkan cookies beliau yang pertama seawal umur enam tahun lagi. Biskut Milo merupakan biskut pertama yang dibuat oleh beliau. Minat beliau diteruskan sehinggalah beliau mendirikan rumah tangga bersama YAD Dato Jurga Kurnia Tan Sri Dato' Seri Syed Yusuf bin Tun Syed Nasir, Tokoh korporat terkenal yang tidak asing lagi. Semasa mereka menetap di Australia, Puan Sri Sabrina mengikuti kursus membuat kek secara intensif. Kisah ini pernah diceritakan oleh Tan Sri Syed Yusuf kepada Misz-ella semasa Misz-ella berkunjung ke kediaman mereka. Seingat saya, saya tidak pernah membuang masa. Setiap masa saya luangkan dengan menjalankan aktiviti-aktiviti berfaedah dan 'baking' adalah salah satu darinya ~ kata Puan Sri Sabrina.

Sebagai seorang yang rapat dengan beliau, Misz-ella ingin kongsikan pandangan peribadi Misz-ella tentang beliau dengan pembaca semua. Puan Sri Sabrina seorang yang sangat komited dengan apa sahaja yang beliau lakukan. Meskipun Tanah Aina Cafe dan Tanah Aina Resorts milik beliau mempunyai lebih dari 100 orang kakitangan, beliau tidak pernah lepas tangan atau buat sambil lewa operasi perniagaan beliau. Beliau sentiasa turun padang bagi memastikan segalanya berjalan lancar dan mengambil berat hal-hal kebajikan pekerja-pekerjanya.

Beliau tidak kekok berada di dapur menurunkan ilmu melatih pekerja-pekerja dengan resepi-resepi baru beliau. Kebersihan, layanan mesra, kualiti makanan adalah perkara-perkara yang sentiasa beliau terapkan di kalangan pekerja-pekerja beliau. Buat pelanggan-pelanggan yang biasa ke Tanah Aina Cafe, bukanlah perkara yang mengejutkan sekiranya terserempak dengan Puan Sri Shariffa Sabrina di cafe beliau, sentiasa tersenyum mesra kepada sesiapa sahaja yang menyapanya.



Berbalik kepada Tanah Aina Cookies & Cakes Recipe Book, Misz-ella merasa bertuah kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada pembikinan buku ini. Teringat bagaimana kami menghabiskan masa di sebuah cafe di Subang Jaya meneliti setiap helaian mukasurat buku ini dari mula sehingga laman yang terakhir. Berjam-jam masa kami habiskan. Apa yang boleh Misz-ella katakan ialah beliau sangat teliti dan komited dengan kerja beliau. Pernah Misz-ella katakan kepada beliau .. Kalau orang lain dah give-up dah tapi tidak beliau. Walaupun penat, walaupun kadang-kadang emosi terusik, tetapi beliau tidak mengalah. I am pretty lucky to witness her strong spirit, dedication. Even when she was not in Malaysia, she kept her heart and mind closely on the book and finally, on 12th May 2018, she managed to launch Tanah Aina Cookies & Cakes Recipe Book. Bukan sahaja beliau, Misz-ella turut rasa lega dan tumpang bangga!



Bersama sebahagian dari tetamu yang turut hadir meraikan hari pelancaran buku resepi beliau.


Misz-ella, Kak Laila Johari dan Nur Balqis 


Bersama Puan Sri Dato Zainab ..


Bersama Datin Mimi Wahedah dan Jay



Misz-ella sendiri telah memiliki senaskah Tanah Aina Cookies & Cakes Recipe Book ini. Buku resepi setebal 104 mukasurat ini sangat berkualiti tinggi dan mengandungi 21 resepi biskut dan 21 resepi kek pilihan Puan Sri Sabrina sendiri. Puan Sri Sabrina mempunyai lebih dari 100 koleksi resepi cookies & cakes ciptaan beliau dan sudah menjadi amalan biasa beiau untuk menjamu kek hasil tangan beiau sendiri di majlis harijadi suami dan anak-anak beliau. Selain dari itu, Puan Sri Sabrina turut menyediakan 100 jenis biskut raya setiap kali sambutan majlis hari raya Tanah Aina Resort.









Antara resepi ciptaan Puan Sri Shariffa Sabrina yang terdapat di dalam buku ini ..



Buku Tanah Aina Cookies & Cakes Recipe Book ini sesuai untuk dijadikan koleksi sendiri dan juga sesuai untuk dijadikan hadiah kepada kenalan, sahabat atau sesiapa sahaja kerana kualitinya yang sangat tinggi. 


Tanah Aina Café Cookies and Cakes Recipe Book ini hanya berharga RM80.00 ini boleh didapati di Tanah Aina Café atau secara Online di :-
Facebook Tanah Aina iaitu di https://www.facebook.com/tanahainacafe/
Email :-Farhanas.oven@gmail.com


Atau hubungi no telefon 017-2881023 dan 03-55243258.


0 comments: