Hello pembaca kesayangan,
Hari Raya dah berlalu tapi kenangan berhari raya masih segar di ingatan kita, kan. Setiap tahun, Misz-ella tak pernah lupa ke Tanah Aina Fahad, Ulu Dong memenuhi jemputan Puan Sri Shariffa Sabrina yang juga merupakan kawan Misz-ella.
Buat pembaca tetap blog Dari Jari-Jari Halusku ini, mesti dah biasa dengan nama Tanah Aina, kan. Ada 37 entry dalam blog ini yang menyebut nama Tanah Aina. Rajin-rajinlah you all buat search menggunakan keyword Tanah Aina, ye.
Penuh meja dengan makanan ..
Suasana hari raya di Tanah Aina Fahad ..
Kuih muih tradisional Melayu pun ada ..
Tak ketinggalan berjenis-jenis kek ciptaan Puan Sri Sabrina sendiri ..
Suasana meriah di dalam dewan makan ..
Puan Sri Sabrina bersama Pam.
Puan Sri Sabrina, sememangnya terkenal dengan sifat pemurah .. suka dia dapat menjamu tetamu dengan pelbagai jenis hidangan.
Pam, Tan Sri Syed Yusuf, Misz-ella dan Sophine
Tan Sri Syed Yusuf, suami Puan Sri Sabrina yang terkenal dengan sifat ramahnya. Ke mana sahaja Misz-ella pergi, siapa sahaja yang Misz-ella jumpa sentiasa kongsikan cerita yang best-best tentang beliau. Tentang keramahan beliau, tentang kebaikan hati beliau. I think this family is special .. they have a very good heart.
Qis, Arissa, Fieda, Misz-ella, Akish, Julie, Fatimah dan Datin Sofea
Fieda, Puan Sri Sabrina and Akish
Fieda, Yati (PA Puan Sri Sabrina), Misz-ella dan Akish
OK lah .. sekeping dengan puan rumah, Puan Sri Sabrina buat kenangan, kan.
Sopan sangat bagai wanita Melayu terakhir, kan *hehehe*
Lepas makan, kita jalan-jalan dalam hutan. I always love the nature at Tanah Aina. Hutan di sini kaya dengan pokok-pokok cantik .. khazanah alam yang tinggi nilainya ..
Tanah Aina Fahad is damn pretty .. You have to agree with me *hehe*
Dr. Zyro Wong my friend was also there. Amboi .. handsome kau berbaju Melayu .. hampir Misz-ella tak kenal
Dengan Bro Max
Puan Sri Sabrina melayan tetamu istimewa beliau, orang Asli Gua Musang. Istimewanya kawan Misz-ella seorang ni, dia sentiasa hormat dan sayang pada sesiapa sahaja, tak kira pangkat mahupun darjat.
Puan Sri Sabrina dan Bill Keith
Seperti biasa, ada sessi menari Sewang dengan orang Asli Gua Musang. Seronok! fun!
Comel-comel .. they are pretty, nice, kind and shy at the same time
Betrina dari Womens Sports Fitness Foundation Malaysia tengah cuba alat muzik tradisi orang Asli ni. Misz-ella tak pernah cuba .. takut lari tempo sebenarnya *hehe*
Betrina, Tan Sri Syed Yusuf, Pushpa dan Daniel
Nak jugak lah bergambar dengan Tan Sri Syed Yusuf, kan. He is humble, friendly and always smile .. dimana sahaja Misz-ella berjumpa dengan Tan Sri, begitulah dia .. tak pernah sombong usahawan korporat terkenal ni tau.
Lepas makan, kita jalan-jalan ..
Cantik, kan
Nak balik dah masa ni, tapi dia orang ni tak cukup lagi .. ok mai kat sini satu ..
Lepas tu nampak signboard ni, semua ok last-last .. jom ambik gambar kat sini. Amboii .. bukan main suka dia orang dapat berhari raya di Tanah Aina Fahad. Beraya di dalam hutan .. special, kan.
All in .. all in .. we had a blast berhari raya di Tanah Aina Fahad, Ulu Dong, Pahang. Makanan sedap, suasana meriah dan alam semulajadi di sini tersangat lah cantik. Terima Kasih puan rumah, Puan Sri Sabrina yang mengundang kami untuk berhari raya di sini. Jumpa lagi tahun depan!
Gambar-gambar adalah dari koleksi sendiri, dari FB Danial, Pam dan Dr. Zyro.
0 comments:
Post a Comment