Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Good friend never leave


Hello lovely readers,

No matter how busy you are, make time for those important in your life. After all, the most important gifts we can give are our time, love and attention. 


Lunch with my lady doctor, a friend who always at my side, during my up and downs, who always checked on my situation.





Lunch with my ex-colleagues. We knew each other since I was so young, single and slim! The place where I learned about hospitality, where I practiced my PR skill, learned about organizing events .. etc... etc .. Malaysian Petroleum Club sentiasa di hati kita, kan. Kerana disitulah kita bertemu. Dia orang kat service. Myself kat Sales & PR.

I still remember .. I was a small, skinny girl, at a very young aged, I was given a hard task. Sect Gen tak nak jumpa orang lain, nak jumpa Ella je. Maka si kecil tu pun dengan malu-malu dan debar di hati menaiki Menara Dayabumi dengan tugasan yang diberi. Tak cukup dengan tu, Menara Shell, Boss Esso dan bermacam lagi Misz-ella kena pergi. When I looked backwards, I feel grateful with what I had gone through in the past. It shaped me to a better person today. Walaupun tidak sempurna, masih bersyukur kerana saya berpeluang untuk belajar dan memperbaiki diri melalui pengalaman.

And to all my friends who are still with me, during rain and shine, laughter and tears, THANK YOU. A good friend never leaves, kan. They are like stars. Far. But shine our dark night and make us smile. 


Dache Colours of Rama-Rama di London Fashion Week 2018


Hello pembaca kesayangan,


Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang Dache - satu jenama fesyen oleh rakyat Malaysia yang mungkin asing dikalangan kita tetapi telah menempah nama di pentas antarabangsa.

Yadz Harudin, Fieda dan Julie dari Dache

Dache baru-baru ini telah mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan dan media di Butik Dache di Kota Damansara untuk berkongsi kisah kejayaan jenama Dache beraksi di pentas London Fashion Week 2018 (LFW 2018) pada bulan September yang lalu. Misz-ella pun tak ketinggalan untuk turut serta. 


Jangan betulkan mata anda ye pembaca-pembaca sekalian,  kerana Misz-ella tak salah taip, saya memang mentioned LFW.  

LFW adalah salah satu dari empat pertunjukan fashion terbesar didunia bersama dengan New York Fashion Week, Milan Fashion Week dan Paris Fashion Week. LFW diadakan dua kali setahun di Kota London iaitu pada bulan Februari dan September dengan 250 penyertaan dari seluruh dunia.



Jenama Dache telah terpilih untuk menyertai pertunjukan fashion LFW iaitu di Aston Martin herRunway Show, satu platform yang disediakan untuk usahawanita di bawah kategori 'emerging designer'. Dache terpilih setelah melalui tempoh saringan yang ketat dimana kesemua rekaan Dache telah diaudit terlebih dahulu. Sebanyak 114 jenama telah menghantar rekaan masing-masing dan hanya 10 label terpilih ke pentas Aston Martin herRunway Show, termasuklah Dache.







Pentas Aston Martin herRunway Show adalah merupakan pentas ketiga buat Dache selepas pertunjukan pertama di Kuala Lumpur dan Dubai Fashion Week pada tahun 2017.


Membawakan tema Colours of Rama-Rama, setiap rekaan adalah bermotifkan sifat rama-rama yang sentiasa menjadi sumber inspirasi kepada CEO Dache, Yadz Harudin. 

Rama-rama sangat unik dan tersendiri. Apabila saya melihat si rama-rama, ia bagaikan melihat kehidupan kita sendiri. Setiap rama-rama adalah istimewa dan punyai identiti tersendiri .. begitulah juga dengan wanita. Setiap wanita dilahirkan berbeza. Meski kita cuba memakai baju yang sama, tetap akan berbeza penampilan kita kerana berbeza jiwa yang memperagakannya ~ Yadz Harudin.

Koleksi Colours of Rama-rama yang dibawa ke Kota London dibuat dengan sangat teliti oleh Yadz bersama rakan kongsinya Julie bagi menyerlahkan sisi feminin si pemakai. Bermula dari pilihan fabrik yang bersesuaian, Yadz turut mereka sendiri corak atau print fabrik tersebut. Koleksi Colours of Rama-rama direka khas buat wanita moden hari ini yang berkerjaya, sentiasa sibuk dan mementingkan kkeselesaan. Rama-rama sangat feminin, elegant dan sesuai digayakan di mana sahaja ~ dari bilik mesyuarat ke majlis cocktail malah sesuai juga untuk si lincah yang bijak menggayakan Rama-rama menjadikannya kelihatan lebih 'funky'


Yadz bersama rakan-rakan dan media

Dache ditubuhkan pada tahun 2015 oleh Yadz bersama rakan kongsinya Julie dengan menjadikan 'Authentic. Natural. Art' sebagai identitinya. Ini bersesuaian dengan jiwa Yadz yang mementingkan keaslian, mencintai seni dan alam semulajadi. Pada tahun 2016, Dache membawakan koleksi Colours of Spice di Kuala Lumpur diikuti dengan koleksi Colours of Rangoli di Dubai Fashion Show.

Saya sukakan Kota London. Pentas LFW yang sentiasa menjadi idaman setiap pereka fesyen terlalu besar buat nama kecil seperti Dache. Bagai mimpi yang menjadi kenyataan bila diberitahu Dache tersenarai antara 10 jenama lain untuk beraksi di pentas LFW. Tambah terharu apabila diberitahu Dache satu-satunya jenama yang terpilih dari benua Asia. Ini semua telah menyuntik semangat saya untuk beri yang terbaik. Meski berdepan dengan pelbagai cabaran seperti kurangnya sokongan moral dari pihak-pihak yang berkenaan, kedudukan kewangan yang agak terbatas disamping sibuk dengan Kerjaya saya sebagai Pereka Hiasan Dalaman, saya nekad untuk membawa Dache dan Malaysia ke pentas LFW. Saya dan Julie terpaksa berjimat cermat malah ke sana sini untuk mencari penaja bagi merealisasikan misi ini. Alhamdulillah berkat kesabaran, kesungguhan dan dengan izin Allah SWT, Dache berjaya dipentaskan di herRunway, Aston Martin Show, Park Lane London pada 15 September 2018. Colours of Rama-rama diterima baik di London dan bakal memasuki pasaran London pada bulan April 2019 ~ Yadz Harudin.


Team Dache

Team Dache tidak besar tetapi kuat dan sentiasa bersemangat. Dache sentiasa mahu tampil dengan idea-idea baru yang lebih segar berinspirasikan alam semulajadi yang boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat. Koleksi ready-to-wear Dache akan mula berada di pasaran tempatan pada Januari 2019 dan impian kami adalah ingin pergi lebih jauh lagi dalam bidang ini tambah Yadz lagi.




Rakan-rakan rapat yang hadir di Majlis Dache Bersama Media 

To be honest, I always believe in Yadz. Begitu juga dengan kawan-kawan yang lain iaitu Puan Sri Nisa, Datuk Rozzana, Nurul dan Liza. Sebagai kawan rapat, kami sentiasa jadi saksi kesungguhan dan kegigihan Yadz dalam usaha untuk merealisasikan impian melihat Dache berdiri seiring dengan jenama-jenama terkemuka yang lain.

Misz-ella sentiasa ingat akan kata-kata Yadz .. Saya masih baru lagi Sis. Masih merangkak-rangkak mengejar impian. In Sha Allah Sis, satu hari nanti saya akan berjaya. Sis doakan saya ye.


All The Best, Dache! Semoga impian Yadz dan teamnya untuk melangkah jauh dalam industri fesyen dipermudahkan Allah SWT. Kami dah tengok serba sedikit koleksi Dache dan tak sabar menanti kemunculan sulung koleksi Ready-To-Wear Dache pada bulan Januari 2019 nanti. Nanti kita pakai sama-sama ye, geng. Pakai sama-sama, cantik pun sama-sama, baru lah kawan, kan.

OK Misz-ella dah habis berkongsi kisah Dache Colours of Rama-Rama di London Fashion Week 2018. Seronok rasa dapat kongsi kisah realiti penuh inspirasi ini kepada pembaca semua. Mudah-mudahan ada pengajaran buat kita semua. Terima Kasih baca ye. Jumpa lagi di lain entry. Bye.












Kondominium 3 Bilik untuk disewa ~ LakePark Residence, KL North


Hello pembaca kesayangan,


Kalau ada sesiapa yang sedang mencari rumah, di lokasi yang tidak jauh dari Pusat Bandar Kuala Lumpur atau berdekatan dengan Selayang/Batu Caves/Rawang dan kawasan sekitarnya, kawan Misz-ella ada Kondominium 3 bilik untuk disewakan.




Lokasi Kondominium ini adalah di LakePark Residence, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur. Kondominium 3 bilik bersaiz 975 sq. ft. ini sesuai untuk orang bujang, yang baru kahwin atau yang baru memulakan keluarga dan juga keluarga yang bersaiz kecil.




Ada 3 bilik dan kesemua bilik lengkap dengan perabut, kipas siling dan penghawa dingin. Kesemua bilik juga lengkap dengan 'wardrobe'. Kesemua bilik adalah 'tastefully furnished'


Bilik Mandi lengkap dengan 'shower room'

pic from google

Dapur lengkap dengan peralatan yang diperlukan termasuklah mesin basuh baju.


Lengkap dengan 'swimming pool dan fitness center'




Kemudahan-kemudahan lain termasuklah :-

Berdekatan dengan tasik dan taman rekreasi (kemasukan percuma buat penduduk LakeParkside Residence)
Berdekatan dengan Hospital Selayang,
Pusat membeli belah Selayang Mall, Mydin Selayang dan NSK Selayang
Berdekatan dengan 
Hanya 20 minit ke pusat membeli belah Suria KLCC
Pemilik adalah Melayu
Kawalan sekurity 24 jam
Kemasukan masuk ke unit kediaman adalah dengan penggunaan 'access card' sahaja

Kondominium lengkap, semua dah ada. Penyewa masuk bawak beg sahaja. SEWA BULANAN adalah RM2,000.00. Kalau sesiapa berminat untuk 'view' unit ini, sila mesej atauwhatsapp 016-6223138.

OKBye. Misz-ella dah habis kongsi-kongsi, you all pun kongsi lah sama-sama dengan kawan .. kot la ada kawan yang sedang 'mencari', kan. Terima Kasih baca ye.




Mueang Kao Thai Cuisine at Damansara Jaya


Hello lovely readers,


Another food review to share with you. This time, I and friends went to Mueang Kao Thai Cuisine Restaurant, an Authentic Thai restaurant located at Damansara Jaya, Petaling Jaya Selangor.


The location of the restaurant is quite strategic, in a row of shop lot on the way to Atria Shopping Mall. However, I did not realize the restaurant even I passed by the road quite often. When I was invited to Mueang Kao Thai Cuisine food review, I was excited to explore more!





Mueang Kao Thai Cuisine has added Set Lunch/Meal into their Menu. Available at the restaurant daily from 11:00AM to 2:30PM, there are two sets offered ~ Pasta and Rice with a choice of Seafood or Chicken.

Seafood set is priced at RM15.90 while the Chicken set is priced at RM13.90. The price includes a cup of either Italian Hot Coffee or Hot Chocolate.



Me and other blogger friends - So excited to try!

3 Rasa Chicken Rice 
3 Rasa is always my choice when comes to Thai Cuisine and I will not hesitate to order this set during my next visit to Mueang Kao Thai Cuisine.

Red Curry Chicken Rice 
A simple authentic Thai red curry ~ slices of chicken with spices, it is wonderfully coconut creamy, bursting with layers of flavour .. I LIKE!



Dry Curry Seafood Rice 
Nice!


Green Curry Rice 
Nice but it's not my favourite *I enjoy spicy food more *hehe*


Sweet Sour Chicken Rice 
A plate of 'happy meal'. Well, I guess everyone enjoys a sweet & sour life, right. I enjoyed this sweet sour chicken rice too.

Pad Gra Pow/Thai Basil Leaves Chicken 
Sweet, spicy and tasty minced chicken with Thai Basil leaves flavours. My favourite!


Otak-otak Pasta 
Otak-otak flavours pasta is new to me and the tastes were not bad at all. You guys should give yourself a try!

Red Curry Pasta 
Typical Thai Red curry in a plate. Simple yet delicious!



Seafood Pasta
A plate of pasta with fresh seafood. It is not spicy at all. If you are a seafood lover, this would be your perfect choice.


Green Curry Pasta
A little creamy and delicious!

Choice of Italian Hot Coffee/Hot Chocolate



BBQ Beef
BBQ Beef was also the newly introduced menu at Mueang Kao Thai Cuisine ~ Mmarinated roasted beef is soft and juicy. Dipped it with the special home made sauce served ~ Yummy!


 Mango Sticky Rice (RM9.90)
Delicious!


Thai Red Rubies (RM9.90)
A bowl of colourful traditional Thai dessert which leaves us with a satisfying feeling that night. I love it!


Thank You Mueang Kao Thai Cuisine for the dinner. I had a wonderful time experiencing your Thai gastronomy with my blogger friends.

Mueang Kao Thai Cuisine is located No.21, Jalan SS 22/11 , Damansara Jaya , Petaling Jaya, Selangor. Call 014-2711512 for reservation or further queries and do not forget to like their Facebook page at https://www.facebook.com/mueangkaothaicuisine/



Cannis ~ Bintang yang bakal bersinar di NASDAQ


Hello pembaca kesayangan,


Baru-baru ini Misz-ella bersama rakan-rakan blogger telah berpeluang menghadiri Persidangan Cannis "The Upcoming Greatest Star in Nasdaq" bertempat di Kuala Lumpur Convention Center.



Terlebih dahulu, mari kita kenali Cannis dengan lebih dekat lagi. 

Apakah Cannis? Cannis adalah aplikasi bersepadu pertama di dunia dengan tujuh fungsi (7 dalam 1) meliputi penyiaran langsung, e-dagang,  diskaun membeli belah, rangkaian sosial, video pendek, permainan dan pembayaran.

Aplikasi mudah alih Cannis telah mencipta sejarah apabila berjaya mengumpul 100 ribu pengguna dalam masa kurang dari dua bulan dari tarikh pelancaran.

Bermula dari awal 2018, Cannis telah melabur dalam industri yang disukai ramai iaitu teknologi, filem, kecantikan, ubat-ubatan preventif, teknologi terkini dalam pertanian dan sebagainya. Dengan kerjasama bersama rakan strategik mereka, Cannis telah memperluaskan pasaran mereka dengan pesatnya di negara-negara Asia Tenggara dan dijangka akan tersenarai di Nasdaq tidak lama lagi seterusnya menjadi bintang terhebat di Nasdaq, Amerika Syarikat.



Persidangan yang dihadiri turut dihadiri Tetamu Kehormat, YAM Tengku Puteri Datuk Paduka Seri Hajah Zahariah Binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang merupakan Pengerusi Cannis.



Persidangan meriah dan gilang gemilang tersebut telah dihadiri oleh lebih dari 3000 orang ahli Cannis.



Ketua Pegawai Eksekutif Dato 'Ching Eu Boon semasa persidangan tersebut berkata perkongsian Cannis tidak terhad kepada teknologi terkini, seperti teknologi digital, pangkalan data yang besar, kecerdasan buatan, tetapi juga dengan penggambaran, ubat-ubatan  preventif dan industri kecantikan.

"Kami sangat berharap agar perkongsian strategik dengan industri-industri tersebut memenangi kepercayaan pengguna dan meningkatkan pengalaman pengguna O2O dengan lancar."

Suku ketiga tahun 2018 telah menjadi musim yang paling menguntungkan untuk 'App Store' apabila jumlah muat turun aplikasi tersebut di 'App Store' dan 'Google Play' telah melebihi 29 bilion, kenaikan 10% berbanding terdahulu. Manakala perbelanjaan pengguna secara global pula telah mencapai hampir 20 bilion dolar AS, menyaksikan kenaikan sebanyak 20% berbanding dengan musim yang sama pada masa lalu. Kedua-duanya mencipta rekod sejarah baru.

Analisa yang dijalankan mendapati peningkatan dalam kategori aplikasi dibawah muat turun, permainan, hiburan dan aplikasi penyiaran video adalah antara aplikasi  yang paling banyak dimuat turun.
                  
Secara keseluruhannya, pada suku ketiga tahun 2018 menyaksikan 'App Store dan Google Play' kedua-duanya mempunyai sejarah muat turun yang lebih tinggi dalam perbelanjaan pengguna. Ini menunjukkan trend pasaran App yang terus meningkat bergantung kepada populariti penggunaan telefon pintar, menyediakan pembelanjaan tanpa henti dan potensi pembangunan yang besar.

Cannis memberi tumpuan kepada industri yang paling cepat berkembang, menyediakan platform integrasi, mewujudkan fungsi 7-dalam-1 yang kuat.

Mod Maya-Realiti yang digabungkan dengan Mod O2O

Aplikasi Cannis bukan sahaja menggabungkan fungsi inovatif setiap bulan tetapi juga melabur dana besar secara selektif di industri luar talian. Ini bagi membolehkan pengguna luar talian (offline) berbelanja melalui pangkalan data dalam talian (online) seterusnya membolehkan module perniagaan O2O dimulakan iaitu dengan cara menyediakan promosi pemasaran terlebih dahulu, menyeragamkan pengguna online dan offline dan seterusnya membolehkan penghantaran barangan kepada pengguna  lebih lancar.

Ini memberikan kepelbagaian kepada ahli-ahli Cannis dimana mereka boleh berbelanja secara online dan offline iaitu melalui kedai-kedai rakan kongsi strategik Cannis. Mata ganjaran online juga boleh digunakan untuk mendapat potongan harga, memberi lebih penjimatan kepada ahli-ahli Cannis. Selain dari itu, ahli-ahli Cannis turut boleh menyertai pertandingan yang direka khas buat mereka untuk memenangi hadiah utama secara berkongsi.

Ketua Pegawai Operasi Cannis, Encik Mohammad Mustaqim Bin Abdullah menegaskan bahawa platform ini bakal menyediakan susunatur pelan yang komprehensif untuk kedua-duka perkhidmatan, online dan offline. Ini menjadikan ruang berbelanja pengguna Cannis  tidak lagi dibatasi oleh saiz atau sekatan serantau ruang yang terhad. Melalui mod Cannis e-commerce dan  keutamaan belanja, maklumat pedagang boleh diperolehi dengan kos yang paling rendah untuk sasaran pasaran yang tepat. Dengan cara ini, keberkesanan pengiklanan dapat dimaksimumkan.

Rakan Strategik Cannis


Rakan-rakan strategik yang hadir pada hari tersebut termasuklah Dr. Eco-Dr. Coco Alex; Produser Syarikat Produksi Da Motion, Encik Along; Pengarah Kreatif (凯 优 影视 控股 有限公司), Miss Bo Bo; LongTV Sdn. Encik Chis Yen; Weber PDT Pusat Kesihatan Rawatan Kanser Prof Madaya Dr. Martin E. Roberts; Ketua Pegawai Eksekutif (名 资 股份有限公司), Encik (蔡逸群) dan Dr. DNA Encik Jannings Lee.

Konsul Kehormat Republik Slovakia, Tan Sri Datuk Sri Tee Keat berkata bahawa Cannis mempunyai ketajaman idea terhadap perkembangan trend. Melalui analisis pangkalan data yang besar, mereka berpeluang untuk mempelajari keperluan sebenar pengguna dengan lebih tepat. Kekayaan budaya etnik masyarakat Malaysia juga membantu mengembangkan perniagaan ke seluruh dunia dan boleh menarik lebih ramai rakan strategik pada masa hadapan. Sama ada dalam pemasaran media atau strategi pembangunan, Cannis adalah sangat luar biasa.



So, pembaca-pembaca sekalian, Misz-ella telah selesai berkongsi maklumat tentang Aplikasi Cannis, satu aplikasi baru yang bakal bersinar di NASDAQ. Terima Kasih kerana mengundang Misz-ella ke majlis perkongsian ini. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila layari https://cannis.app./