Hello pembaca kesayangan,
Sedar tak sedar kita sudah menghampiri penghujung bulan Oktober. Ini bermakna tak lama lagi dah nak habis tahun 2018. Cepat betul waktu berlalu, kan.
Pihak TV3 mengakhiri Oktober dengan membawakan tiga buah drama terbaru melalui slot Dahlia, Iris serta Zehra iaitu Isteriku "Mem" Besar, Budak Usin dan Mencari Qiblatnya. Ketiga-tiga drama tersebut menerapkan nilai-nilai kekeluargaan, keharmonian dan kerohanian yang penuh dengan pengajaran.
Misz-ella sebenarnya jarang menonton TV kerana jadual harian Misz-ella yang sentiasa sibuk dan padat. Kalau ada peluang pun, sambil jari-jari halus Misz-ella mengetuk keyboard laptop menaip entry untuk tatapan pembaca kesayangan yang tak jemu-jemu datang. Terima Kasih ye korang selalu datang, tak la i rasa syok sendiri bercakap sorang-sorang, kan *hehe*
OK Jom kita baca sinopsis 3 drama yang dibawakan oleh TV3 di penghujung bulan Oktober ini.
Mendirikan
rumahtangga adalah impian setiap orang. Walaubagaimanapun ianya adalah keputusan yang amat besar dan tidak boleh dipandang remeh. Perkahwinan melibatkan dua insan yang sanggup bertolak ansur dan kuat bersabar
kerana melalui ikatan tersebut, mereka harus sentiasa bersama, tidak kira susah atau senang. Ikuti kisah
Azizi (Arash Mohd) dan Maziah (Amyza Aznan), pasangan yang telah lama
berkahwin namun hubungan mereka berubah menjadi dingin kerana masing-masing
mempunyai perspektif yang berlainan.
Azizi yang
penat bekerja di kota bercadang untuk pulang ke kampungnya, dan bersara dengan
aman ditemani oleh ahli keluarga tersayang. Namun, isterinya Maziah tidak bersetuju dengan cadangan tersebut kerana merasakan gaya
hidup mereka sekarang tidak sesuai untuk kehidupan kampung. Berjayakah Azizi
mencari ketenangan yang diidamkan olehnya selama ini? Adakah beliau berjaya memujuk Maziah agar bersetuju untuk berpindah ke kampung bersama seluruh keluarganya? Jawapannya korang kena cari sendiri ye.
Tarikh Siaran
Setiap Sabtu & Ahad, bermula sejak 13 Oktober
2018
Masa Siaran
6.58 petang – 8.00 malam
Pengarah
Dato’ Ahmad Tamimi Siregar
Produksi
A-Ten Alliance Sdn. Bhd.
Pelakon
Amyza Aznan, Arash Mohd, Mawar
Rashid, Amirul Faqeem, Azhar Osman
Drama genre komedi keluarga ini merupakan ‘spin-off’ kepada drama Budak Ijat. Mengisahkan sebuah keluarga
yang harus berdepan dengan pelbagai isu berkaitan buli, persepsi serta diskriminasi
oleh orang lain selepas berpindah dari kampung ke sebuah bandar besar. Usin (adik Akhbar Latefi) ialah seorang
budak yang petah bercakap, comel dan berpewatakan menarik. Walaupun dia
terpaksa menempuhi pelbagai cabaran hidup, tetapi dia tidak pernah mengalah
atau tewas dibuli oleh seorang pelajar nakal bernama Syafik. Sebaliknya, Usin
sentiasa perjuangkan apa yang betul dan salah, seakan-akan dia ialah seorang
hero.
Di rumah, Usin harus melayan karenah keluarganya pula. Bapanya Rahim (Shamsul Ghau Ghau), berubah menjadi
seorang yang kedekut dan berkira setelah ditipu pelanggan. Abangnya yang
bernama Hud (Zalif Sidek) pula
bercita-cita untuk menjadi seorang jurulatih zumbah terkenal, manakala kakaknya
Najwa (Njua P. Ramlee) sedang mengejar
impian untuk menjadi pelakon terkenal. Ibu kepada Usin iaitu Imah (Syanie) pula sentiasa dicemburui oleh
jiran sebelah rumahnya, Naquyah (Mak Ude),
yang pantang melihat Imah lebih daripadanya. Naquyah akan lakukan apa saja
untuk buat Imah dibenci jiran tetangga. Persoalannya, bagaimanakah Usin dan
keluarganya terus cekal dan hidup bahagia apabila dikelilingi oleh
orang-orang yang dengki terhadap mereka?
Well, pada pendapat Misz-ella, topik kedengkian masyarakat sekeliling ini adalah antara kejadian realiti yang sentiasa terjadi, terserah kepada kebijaksanaan kita menangani konflik yang tidak diundang ini. You all jangan lupa tonton, ok .. mudah-mudahan mendapat pengajaran hendaknya.
Iris: Budak
Usin
Tarikh Siaran
Setiap Isnin – Khamis, bermula sejak 16 Oktober
2018
Masa Siaran
6.30 petang – 7.00 malam
Pengarah
Shahrulezad Mohameddin
Produksi
Radius One Sdn. Bhd.
Pelakon
Adik Akhbar Latefi,
Shamsul Ghau Ghau, Syanie, Zalif Sidek, Syafiq Kyle,
Nik Adam Mika
Menampilkan
Aeril Zafrel sebagai teraju utama,
drama Mencari Qiblat yang bertemakan kerohanian ini mengetengahkan penceritaan
berbeza pada setiap episod. Adam ialah anak tunggal dalam keluarganya, dan dia
sudah biasa hidup dengan penuh kemewahan. Oleh kerana Adam lalai serta alpa
dengan kemewahan hidupnya di dunia, dia sentiasa berfoya-foya dan kerap
melanggar segala hukum-hakam kehidupan sebagai seorang umat Islam sehingga
hilang pedoman hidupnya.
Malangnya, kemalangan jalanraya telah meragut nyawa ibu dan ayah Adam. Kematian mereka ini akhirnya
telah menyedarkan Adam bahawa duniawi ini hanyalah sementara
dan selama ini, dia hidup dalam kegelapan. Sejak itu, Adam cuba kembali
ke pangkal jalan, dan memahami erti sebenar kehidupan ini. Mampukah Adam mencari
qiblat hidupnya?
Zehra – Mencari Qiblat
Tarikh
Siaran
Setiap Rabu dan Khamis, bermula 25 Oktober 2018
Masa
Siaran
9.00 malam – 10.00 malam
Pengarah
Rashid
Sibir
Produksi
Rashbir
Media Sdn. Bhd.
Pelakon
Aeril Zafrel, Elly Mazlein, Fahrin
Ahmad, Didie Alias, Arash Mohd,
Dato Rahim Razali, Fauziah Nawi
Saksikan
drama-drama hebat TV3 ini! Setiap drama bersiri ini juga dapat disaksikan di
portal video www.tonton.com.my. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman
web www.xtra.com.my. Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, Instagram TV3 iaitu @tv3malaysia, dan juga Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.
So peminat-peminat drama Melayu, jangan lupa saksikan drama-drama hebat yang dibawakan oleh TV3 ini. Duduk depan TV dan tekan nombor 103 di remote control TV anda ye. Lagi bagus kalau dapat tonton beramai-ramai bersama 'kesayangan'
OK Misz-ella dah habis berkongsi dengan you all semua. Nak pergi buat kerja lain pulak. Terima Kasih baca. Bye.
0 comments:
Post a Comment