Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

KFC ada KFC Zinger Waffle Burger


Hello pembaca kesayangan,







KFC menawarkan sensasi terbaharu! Para penggemar KFC kini boleh menikmati hidangan satu hidangan terbaru yang lebih unik dan menakjubkan iaitu KFC Zinger Waffle Burger. 

Ciptaan terbaharu ini merupakan sebuah olahan unik kepada burger Zinger KFC kegemaran ramai, dan ianya berbeza daripada hidangan burger biasa.

KFC Zinger Waffle Burger ini menampilkan kelazatan di setiap lapisan. Tidak dihidangkan bersama roti biasa, burger ini menampilkan wafel Belgian empuk yang mengapit filet ayam Zinger pedas bersama kepingan ayam rangup, lalu dicurah dengan sirap mapel manis bersama sos mayo KFC bagi menghasilkan kombinasi menyelerakan di antara manis dan pedas bersama ciri empuk dan rangup.

“Kami sedia maklum bahawa generasi kini gemarkan kelainan di dalam hidangan makanan dan ini menjadi inspirasi kami untuk mencipta konsep burger istimewa yang lazat dengan ciri lain daripada yang lain. Burger ini bukan sekadar hidangan ringkas biasa kerana ianya padat dengan ramuan yang mampu mengenyangkan di samping memenuhi selera unik para penggemar KFC. Anda pasti tidak mahu melepaskannya,” ujar Ling Mee Jiuan, Ketua Pegawai Operasi KFC Malaysia.

KFC Zinger Waffle Burger boleh didapati secara à la carte bermula daripada RM13.50. 

KFC Zinger Waffle Burger juga boleh didapati dalam set kombo serta Mega Box. Kombo Zinger Waffle Burger didatangkan bersama Crispier Fries dan minuman Pepsi Black. 


Manakala, Mega Box didatangkan bersama seketul ayam Hot & Spicy atau Original Recipe.

KFC Zinger Waffle Burger telah mula berada di semua restoran KFC seluruh negara bermula 2 Oktober 2018 yang lalu. Ianya lain dari yang lain,  bukan sekadar Wafel biasa.

So pembaca kesayangan blog Dari Jari-Jari Halusku, jangan tunggu lama-lama, cepat-cepat kita ke KFC dan nikmati waffle lazat terbaharu dari KFC hari ini sebab ianya boleh didapati dalam masa yang terhad sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kfc.com.my