Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Hari Sukan Negara (HSN) bersama Women's Sports and Fitness Foundation Malaysia (WSFFM)


Hello pembaca kesayangan,



Hari Sabtu yang lalu telah berlangsung sambutan Hari Sukan Negara peringkat kebangsaan.  

Realitinya, kesedaran untuk menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat masih rendah di kalangan masyarakat kita. Sebab itulah KBS mengambil langkah untuk mengisytiharkan hari Sabtu ke dua bulan Oktober sebagai Hari Sukan Negara, nak galakkan rakyat Malaysia agar bersenam dan jadi lebih sihat.

(gambar dari FB WSFFM)

Misz-ella pun tak ketinggalan. Al-maklumlah, dah memang kaki fitness, kan maka Misz-ella dan kawan-kawan turut menyertai sambutan Hari Sukan Negara yang dianjurkan oleh Women's Sports and Fitness Foundation Malaysia (WSFFM).



Pagi 14 Oktober 2018 tu hujan, dari North Kiara ke Sungai Buloh lepas tu kami beramai-ramai ke Padang C, Shah Alam untuk bersenam. Tinggi betul semangat untuk bersenam pagi tu dan jugak teruja! Teruja sebab Kak Yun, Azie dan dua orang lagi kawan Azie yang turut sertai kami pagi tu pertama kali nak mencuba SAB 20/30, Stick2Stick dan Fitness Drummin. Ketiga-tiga senaman khas ini hanya boleh dipelajari secara eksklusif bersama WSFFM sahaja, tiada di tempat lain. Berganda-ganda keterujaan mereka!



Senaman pertama bermula pada jam 7:15 pagi. Hujan masih renyai-renyai tapi tak kesahlah .. niat kita ke sini untuk bersenam, rugi lah kalau tidak memanfaatkan peluang yang ada. Misz-ella tak takut demam ke? Baju hujan lupa nak bawak, kepala pun tak bertutup .. setakat ni sistem pertahanan badan saya Alhamdulillah .. askar-askar dalam badan (antibodi) ni masih kuat mempertahankan badan dari diserang batuk, selsema atau demam sewenang-wenangnya. Kesihatan yang baik itu rezeki Allah SWT, syukur Alhamdulillah.

SAB 20/30  diilhamkan oleh Presiden WSFFM, Puan Sri Toh Puan Datuk Shariffa Sabrina Syed Akil yang menggabungkan gerakan dalam senaman qigong, taichi dan aerobik. Hanya 10 langkah dengan ulangan 20x dan mengambil masa 30 minit sahaja. Walau cuma 30 minit dan tiada aktiviti cardio extreme seperti melompat atau berlari bagai nak rak yang bisa membuatkan jantung kita berdegup kencang bagai dikejar hantu malam *hehehe*, kami tetap berpeluh di dalam hujan. 



Selepas itu, kami sambung dengan senaman Stick2Stick, satu lagi senaman yang diilhamkan oleh Puan Sri Shariffa Sabrina. Stick2Stick adalah senaman cardio menggunakan 2 batang kayu (stick). Muzik best, instructor cantik Adilla pun happening, memang fun lah semua orang, kan. Sayangnya stick basah dan sedikit kotor kerana padang lecah kerana hujan, maka penggunaan stick agak terbatas. Apa pun, kami tetap enjoy!



Senaman ke tiga pula adalah Fitness Drummin, juga diilhamkan oleh Puan Sri Shariffa Sabrina. Fitness Drummin adalah senaman cardio yang menggabungkan gerakan badan, bunyi stick dan kompang. Fitness Drummin mencabar minda kita supaya sentiasa fokus. Kalau tak fokus, maka akan sumbanglah bunyi di sana sini. Misz-ella pernah kongsikan pengalaman Misz-ella ber Fitness Drummin sebelum ini. You all baca di sini, ok ..



Senaman Fitness Drummin pagi itu dipimpin sendiri oleh Puan Sri Shariffa Sabrina. Satu jam yang meriangkan, seronok kita semua pagi tu ber fitness drummin, kan.

Misz-ella, Kak Yun, Puan Sri Shariffa Sabrina, Azie dan Adilla

Peserta-peserta HSN bergambar bersama (gambar dari FB WSFFM)

Barisan EXCO dan Sekretariat HSN bersama Presiden WSFFM
(gambar dari FB WSFFM)

Tahniah WSFFM di atas kejayaan menganjurkan HSN 2018. Secara keseluruhannya, sambutan HSN bersama WSFFM berlangsung meriah dengan tiga jenis senaman hebat lagi eksklusif yang hanya boleh dipelajari melalui platform yang diiktiraf oleh WSFFM sahaja. 

Baik SAB 20/30, Stick2Stick mahupun Fitness Drummin, semua ada kelebihan tersendiri. Keesokan harinya, kami berlima sakit badan dek kerana keberkesanan senaman-senaman tersebut yang telah mengejutkan otot-otot kami yang telah lama menyepi. Well, 2 hours non-stop Zumba pun tak berkesan macam ni tau!

Buat mereka yang ingin tau lebih lanjut lagi tentang 3 senaman ini, jangan lupa ikuti FB WSFFM. WSFFM di bawah pimpinan Presidennya, tidak pernah jemu mendidik dan mengajak masyarakat agar memilih gaya hidup sihat dengan menganjurkan kelas-kelas percuma. Ikuti FB diaorang, OK. Banyak informasi tentang kesihatan di sana. 








0 comments: